Cara jaga bateri phone supaya tahan lama..| Dalam musim pandemik covid-19 ini, telah memaksa diri kita untuk ‘stay at home’. Dengan hanya berbekalkan telefon untuk menghilangkan rasa bosan semasa masih terperangkap didalam rumah.
Hal ini menyebabkan tempoh menghadap skrin menjadi lebih panjang daripada kebiasaannya. Sekaligus menyebabkan bateri phone cepat habis dan mengurangkan jangka hayat bateri.
Jadi macam mana nak kekalkan bateri phone sentiasa baik? Samaada ianya bateri android mahupun iphone. Jom lihat cara paling berkesan untuk jaga bateri phone supaya tahan lama.
![Cara jaga bateri phone](https://www.motivasinformasi.com/wp-content/uploads/2021/11/bateri-phone.jpg)
5 Cara jaga bateri phone supaya tahan lama
1. Onkan mod “power saving”
Cara yang paling cepat dan mudah untuk mengekalkan atau menjimatkan hayat bateri telefon anda ialah dengan mendayakan ‘power saving mode’.
Cara untuk mengaktifkan mod ialah :
Pergi ke Tetapan peranti anda > Penyelenggaraan peranti, kemudian tekan pada ikon Bateri di sudut kiri bawah.
Setelah dionkan, ciri ini akan mengurangkan kecerahan skrin paparan anda dan menggunakan bateri secara minimum.
2. Buang applikasi yang tidak diperlukan
Anda dinasihatkan supaya telefon anda dimuatkan dengan applikasi yang minimum.
Applikasi yang didownload tetapi tidak dipakai hanya akan membazirkan power bateri kerana power tetap berjalan untuk penggunaan latar belakang apps.
Selain itu, pastikan skrin utama anda tersusun dengan applikasi yang diperlukan sahaja. Padamkan applikasi yang tidak perlu atau jarang digunakan. Pengurangan ini akan sangat membantu memanjangkan jangka hayat bateri phone anda.
3. Tutup ‘location service’ jika sudah tidak diperlukan
GPS yang juga dikenali sebagai perkhidmatan jejak lokasi antara yang biasa kita gunakan ialah google map dan waze.
Sebenarnya mod lokasi ini memakan sangat banyak power bateri. Jadi anda selalu dinasihatkan supaya sentiasa menutup mod ini jika sudah tidak digunakan.
Selain daripada itu, modul lain seperti tetapan wifi, data telefon dan bluetooth juga akan menggunakan power yang sangat tinggi. Jadi, untuk menyelamatkan lebih banyak power telefon, sentiasalah menutup tetapan diatas jika tidak digunakan.
4. Gunakan tetapan ‘auto-brightness’
Sama ada iphone atau android, kebanyakan telefon yang terkini dilengkapi dengan tetapan ‘auto-brightness’ yang mengawal kecerahan telefon.
Tetapan ini membantu anda memantau tahap kecerahan peranti anda mengikut cahaya persekitaran. Jika anda berada di rumah atau tempat kerja, ia akan mengurangkan kecerahan peranti anda secara automatik untuk menjimatkan hayat bateri.
Anda boleh mendayakan tetapan ini pada telefon anda daripada Tetapan > Umum > Kebolehcapaian > Paparan.
5. Elakkan penggunaan telefon dalam cuaca yang terlampau
Cuaca yang terlampau samaada panas atau sejuk sebenarnya akan menyebabkan jangka hayat telefon semakin pendek. Mengikut laporan, kebiasaannya peranti telefon berfungsi dengan baik pada suhu 0° hingga 35° C.
Suhu panas atau sejuk yang melampau boleh menjejaskan bateri secara negatif dan lebih cepat habis. Download applikasi yang boleh cek suhu telefon. Jika penggunaan terlalu lama sehingga panas, anda dinasihatkan supaya rehatkan atau sejukkan sekejap telefon untuk menurunkan suhu.
Paksaan penggunaan telefon walau dalam suhu yng tinggi akan memberi masalah lain kepada bateri phone seperti kembung dan rosak.
Baca juga :
- Tips cas telefon dengan betul supaya bateri tidak mudah rosak
- Review Realme buds wireless : earbuds untuk aktiviti lasak
- Mobile game terbaik untuk perkembangan otak anak anda
- Ciri-ciri ‘earbuds wireless’ yang terbaik
Rujukan : 1, selongkar10.blogspot,
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- 6 tempat menarik di Kuala Lumpur 2022 untuk percutian kanak2 dan keluarga
- Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja
- Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama