Reviews

Review Realme buds wireless : earbuds untuk aktiviti lasak

Review Realme buds wireless : Jenama Realme biasa kita dengar terkenal dengan smartphone yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan harga yang rendah. Realme juga ada mengeluarkan earbuds telinga yang boleh disangkut pada leher. Review kali ini bercerita tentang earbuds wireless keluaran jenama Realme yang sesuai untuk aktiviti luar rumah.

Realme buds wireless

Review Realme buds wireless : Spefikasi realme buds wireless

  • Real Bass player. Earbuds tanpa wayar dengan kemudahan bluetooth
  • Tuning daripada Alan Walker | Music Producer Magnetic Connection yang sangat terkenal
  • Buds yang terpisah menyambung Bass Boost yang berkuasa tinggi dengan 11.2mm Driver
  • Ketahanan bateri selama 12 jam playback
  • Flexible Neckband – gantung pada leher sesuai untuk aktiviti lasak untuk elak daripada jatuh
  • Mempunyai berat 27g sahaja
  • Jarak bluetooth wireless : 10m
Realme buds wireless
Mudah untuk on off dengan kuasa magnetik pada earbuds
Realme buds wireless
Kuasa magnetik pada belakang earpiece

Salah satu kriteria yang membuatkan earbuds wireless ini best ialah fungsi magnetik seperti pada gambar diatas. Ianya sangat mudah untuk di on off. Hanya anda perlu pisahkan magnet dan ia akan automatik on. Dan jika mahu off hanya perlu dekatkan kepala earbuds dan cuntumkan magnet.

Selain itu, kriteria magnetik mengurangkan peratus peluang untuk ia jatuh dan hilang. Bayangkan jika anda pergi berjogging menggunakan earbuds wireless tanpa neckband, pastilah ia mudah gelincir dan terjatuh bukan?. Tetapi lain pula dengan wireless earbuds neckband dari Realme ini.

Ia memang direka khas untuk aktiviti yang lasak. Hanya anda perlu gantung pada leher dan lekatkan magnetik jika tidak digunakan maka earbuds anda akan selamat dalam apa keadaan sekalipun.

Design anti peluh

Sebenarnya, earbuds ini tidak direka untuk penggunaan kasual. Ianya memang khas direka untuk pengguna dengan aktiviti lasak seperti berjogging, berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.

Badannya yang terbuat daripada bahan daripada IPX4 yang berkualiti. Apa itu IPX4? IPX4 bermaksud design produk ini diciptakan supaya kalis air. Jadi, para ahli sukan tidak perlu risau lagi jika earbuds wireless anda terkena peluh yang banyak atau percikan daripada air hujan. Tetapi perlu diingat, IPX4 bukanlah bermaksud design produk ini boleh direndam didalam air ya.

Realme buds wireless
Butang untuk mengawal volume
Harga dan tempat untuk dimiliki

Mencari barang yang berkualiti sesuai dengan harga sangat penting kepada semua pengguna. Earbuds wireless daripada Realme ini sangat memuaskan hati dengan design dan spesifikasinya yang menarik.

Jadi, anda boleh dapatkan ia di mana-mana kedai official realme seluruh Malaysia ya dengan harga RM167.00 jika anda walk-in terus ke kedai.

Bagi penggemar shopee, anda juga boleh pergi ke official store Realme di Shopee dan dapatkan dengan harga RM147.00 sahaja jika anda beli secara atas talian.

Jom tengok kedai rasmi Realme di shopee disini shopee.com.my/realme.

shopee realme official store

Kesimpulannya, dengan harga serendah RM149.00, sangat berbaloi untuk anda miliki earbuds yang berkualiti ini. Jadi anda tidak perlu risau lagi untuk beraktiviti lasak dengan peluh yang seperti hujan. Anda pasti rasa selesa dengan untuk meneruskan aktiviti anda tanpa perlu risau keciciran earbuds anda.

Baca juga :

Rujukan : pokde.net, www.pukeva.com/2019/10/apa-arti-rating-tahan-air-ipx4-pada.html, Review Realme buds wireless

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like