Tips cas telefon dengan betul..| Korang memerlukan tips untuk bateri telefon tahan lebih lama? Jomcuba praktikkan beberapa tips berikut untuk mendapatkan jangka hayat bateri lebih lama.
Kebiasaannya pengguna telefon pintar samaada yang kasual mahupun penggunaa yang berat akan selamanya memberi keutamaan kepada ciri-ciri bateri yang berkapasiti tinggi dan tahan lama.
Kalau korang perasan, dalam masa 2 atau tiga tahun, bateri telefon mula menunjukkan perubahan yang mendadak, sangat berbeza daripada telefon pintar yang baru dibeli.
Kadang-kadang bateri akan sangat tercungap-cungap untuk bertahan dalam masa sehari”
Tips cas telefon yang betul untuk maximizekan jangka hayat bateri
Keseluruhan telefon pintar yang terbaru didatangkan dengan bateri jenis Lithium-ion.
"Secara umumnya, kitaran pengecasan biasa yang lebih kecil dan memastikan telefon korang sejuk adalah perkara utama yang perlu diingati. Harus ditegaskan disini bahawa bateri telefon yang berbeza akan sentiasa berumur sedikit berbeza bergantung kepada cara kita merawatnya."
1. Cas bateri separa adalah lebih baik
“Terdapat satu mitos tidak benar dimana korang perlu mengecas bateri sampai penuh untuk mendapatkan bateri yang lebih lama dan memadamkan memori bateri”
Sebenarnya mitos diatas hanya dipraktikkan untuk bateri keluaran lama yang menggunakan sel asid plumbum. Ia tidak sesuai untuk betari telefon pintar yang lebih moden.
Pengecasan separa yang terbaik adalah antara 30% hingga 80%. Menurut Bateri Universiti, tabiat pengecasan secara separa sedikit sebanyak meningkatkan jangka hayat bateri yang lebih baik.
Terdapat satu cara dimana bateri perlu dicas pada setiap 20% penggunaan sebenarnya tidak praktikal terutamanya untuk kita tidak banyak masa untuk sentiasa berfikir tentang bateri telefon.
Tetapi pengecasan selepas separuh penggunaan bateri adalah lebih baik berbanding jika korang mengecas telefon secara penuh.
2. Elakkan mengecas telefon semalaman
Tabiat yang biasa diamalkan oleh kebanyakan pengguna smartphone ialah mengecas telefon semalam atau seharian tanpa menghiraukan batei sudah pun penuh.
Sebenarnya tabiat ini adalah tidak baik. Terdapat 3 kesan buruk jika bateri dicas secara berterusan :
- Pengecasan yang berterusan untuk bateri yang penuh boleh menyebabkan penyaduran litium logam, dimana ia mengurangkan kestabilan bateri dalam jangka panjang dan boleh, dalam kes yang jarang berlaku, membawa kepada kerosakan seluruh sistem telefon.
- Kedua, ia meninggalkan bateri pada voltan tegasan yang lebih tinggi apabila pada 100%.
- Ketiga, dan yang paling penting, ia akan menghasilkan haba berlebihan yang disebabkan oleh pelesapan kuasa yang terbuang jika bateri mencapai tahap maximum.
Apa yang berlaku ketika bateri sudah sepenuhnya dicas?
Kebanyakan telefon pintar sekarang akan menghentikan pengecasan jika bateri sudah 100% tetapi ia akan akan topup bateri seiring penurunan kuasa. Perkara ini dipanggil kitaran-mini. Kitaran kecil ini sebenarnya akan menyebabkan bateri sukar untuk disejukkan dan melambatkan proses untuk bateri menjadi sejuk.
3. Elakkan penggunaan telefon semasa dicas
Berlaku beban yang berat kepada bateri untuk ia bekerja 2 perkara dalam masa yang sama. Aktiviti semasa bateri dicas seperti menonton video dan bermain game adalah beban parasit yang perlu ditanggung oleh bateri.
Antara kesan buruk jika menggunakan telefon ketika bateri dicas ialah :
- Membantutkan kitaran bateri yang sedang dicas.
- Menghasilkan kitaran-mini yang lebih banyak.
- Sekaligus menyebabkan suhu telefon mendadak naik dan menyebabkan telefon lebih cepat rosak.
Ringkasan kepada tips cas telefon supaya bateri tahan lama
- Elakkan kitaran penuh (0-100%) dan pengecasan semalaman. Sebaliknya, cas telefon anda dengan lebih kerap dengan caj separa.
- Menamatkan pengecasan pada 80-90% adalah lebih baik untuk bateri daripada bateri dicas sepenuhnya.
- Gunakan teknologi pengecasan pantas dengan berhati-hati dan pastikan telefon anda dalam keadaan sejuk sebelum dicas.
- Haba adalah pembunuh utama bateri. Pastikan telefon anda tidak dicas dikawasan yang mempunyai haba yang tinggi.
- Jangan bermain permainan intensif, strim video atau jalankan beban kerja intensif lain semasa mengecas untuk mengelakkan haba dan kitaran mini.
Baca juga :
Sumber rujukan : https://www.maskulin.com.my/9-cara-mengecas-telefon-dengan-betul-agar-bateri-tak-mudah-rosak/, https://harianpost.my/cara-cas-telefon-dengan-betul/