Cara mendapatkan minda yang sihat positif : “The Power of Positif Thinking”. Ini adalah pepatah english yang memberitahu tentang 1001 satu kebaikan jika anda memiliki minda yang positif. Minda yang sihat dan positif membantu pekerjaan seharian anda berjalan dengan tenang dan lancar.

Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan minda yang sentiasa sihat dan positif? Jom lihat dulu, kenapa anda perlu memiliki minda yang sihat dan positif.

Cara mendapatkan minda positif
Sebab kenapa perlu sentiasa positif
  1. Minda positif mampu memberikan keyakinan diri yang lebih tinggi. Ia akan menyerlahkan lagi cara anda berfikir, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
  2. Minda positif akan melahirkan aura positif yang mampu memberikan pandangan pertama yang baik daripada orang sekeliling. Dengan aura positif ini dapat menepis aura negatif yang datang tanpa diduga.
  3. Minda positif akan membuatkan anda menilai orang sekeliling secara positif. Ia dapat mengelakkan daripada sentiasa bersangka buruk kepada orang lain sebelum betul-betul mengenal mereka.
  4. Minda positif membuatkan anda lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan. Tanpa rasa putus asa, minda positif membantu anda mencapai apa jua kejayaan yang anda inginkan.
  5. Adapun kekecewaan dan kesusahan yang datang tanpa diduga, minda positif dapat membantu anda keluar dengan cepat daripada rasa kecewa dan sedih akibat dari kegagalan. Sekaligus, membuat diri anda bangkit semula untuk terus berusaha.
  6. Tahukah anda, minda yang negatif mampu memberi kesan yang buruk kepada kesihatan badan anda?? Jadi dengan memiliki minda yang positif, anda dapat melawan rasa sakit sekaligus meningkatkan imunisasi badan.
  7. Kebanyakan orang yang jutawan itu sentiasa bersifat positif. Jadi kalau nak jadi kaya, anda kena paksa diri untuk sentiasa berfikiran positif.
  8. Minda yang positif memberi ketenangan pada jiwa dan fikiran. Ini dapat membantu memberi anda idea yang tidak disangka-sangka.
  9. Minda positif juga akan melihat setiap halangan yang mendatang dalam kehidupan sebagai satu cabaran hidup yang perlu dilawan dengan baik. Selepas cabaran dan halangan pasti ada kejayaan yang menanti dihadapan anda.
7 cara untuk anda mendapatkan minda yang lebih sihat dan positif

Apa yang dimaksudkan dengan “the power of positive thinking” atau dalam bahasa melayunya, kuasa daripada berfikiran positif?

Ia boleh didefinisikan kebaikan yang akan dimiliki oleh fizikal dan mental seseorang dengan memiliki minda positif. Pemikiran yang positif dapat memberi anda lebih banyak keyakinan, meningkatkan mood, dan bahkan mengurangkan kemungkinan terjadinya keadaan seperti hipertensi, kemurungan dan gangguan yang berkaitan dengan tekanan.

minda positif
1.1 Mulakan pagi anda dengan kata-kata positif

Sebelum itu, untuk memiliki minda yang sihat dan positif, anda perlu memiliki tidur yang cukup. Tidur awal adalah cara yang terbaik untuk memiliki tidur yang terbaik. Kualiti tidur yang maksimum juga membantu anda lebih fokus dan bertenaga disiang hari.

Sekali gus ia dapat membantu anda untuk sentiasa berfikiran positif. Seawal anda bangun dari tidur terapkan pada diri anda kata-kata positif untuk anda lebih gembira dan berjaya. Contoh seperti “hari ini aku nak gembira-gembira je”, “Hari ini aku nak berjaya hafal al-quran”, “hari ini aku tak nak marah, nak tenang-tenang ja” dan sebagainya.

Anda boleh menerapkan matlamat hidup yang positif, inshaAllah yang positif-positif juga akan datang.

1.2 Cari kebaikan dalam kegagalan

Setiap orang memang tidak dapat lari dari sekecil-kecil ujian dunia. Ujian dan halangan yang datang tidak akan pernah berhenti.

Untuk menghadapi cabaran yang datang, cuba anda fokuskan kepada faedah daripada cabaran tersebut. Contohnya jika anda tertumpahkan air kopi pada baju anda, cuba anda fikir jika ia tertumpah kelantai, pasti lebih susah untuk anda cuci. Dengan berfikir faedah dari sesuatu cabaran itu, anda akan menjadi lebih tenang dan bersyukur.

1.3 Cari kelucuan didalam situasi yang tidak baik

Anda perlu membiarkan diri anda merasa sedikit lucu dengan keadaan yang paling getir. Tetapi kelucuan ini tidak boleh ditunjukkan kepada orang. Anda mungkin akan dianggap gila lo!

Anda boleh berfikir bahawa sesuatu yang buruk terjadi itu mungkin akan menjadi sesuatu yang melucukan pada masa akan datang.

Dengan cara ini, anda akan sedikit tenang dan seterusnya dapat memikir solusi yang terbaik untuk keluar daripada masa yang gelap.

1.4 Jadikan kegagalan sebagai satu pengajaran

Sentiasa terapkan didalam hati, tiada manusia yang sempurna didalam dunia ini. Kesilapan dan kegagalan pasti tidak akan dapat dielak oleh satu manusia pun.

Daripada hanya menfokuskan perkara yang sudah berlalu, atau mengapa terjadi suatu kegagalan, atau mencari salah siapa yang menjadi punca pada kegagalan, lebih baiklah anda fikir bagamana akan anda lakukan untuk mengelakkan daripada perkara sama berulang.

Ubahkan sebuah kegagalan menjadi salah satu bentuk pengajaran dalam hidup anda. Anda perlu engat, tidak semua orang akan mendapat pembalajaran seperti ini.

1.5 Tukarkan percakapan dalam diri yang negatif kepada positif

Bermonolog sentiasa terjadi kepada semua orang. Terutama mereka yang selalu berdiam, suka menyendiri. Mereka pasti akan bermonolog.

Ketika keadaan minda anda sedang lemah, tanggapan negatif akan datang silih berganti. Kadang-kadang ia datang tanpa boleh dihentikan.

Apabila anda mendapati diri anda sedang berfikiran negatif, paksa hati untuk menghentikan dan ganti mesej negatif tersebut dengan yang positif. Sebagai contoh, “saya sangat teruk dalam hal ini. Apabila saya mendapat lebih banyak latihan, saya akan menjadi lebih baik dalam hal ini. Mungkin dengan praktis yang banyak, saya akan lebih mahir dan berjaya”.

1.6 Fokus dengan hari yang yang dialami sekarang

Perkara yang sedang dialami bermaksud anda hanya fokus bertul-betul detik yang sekarang. Walaupun lima minit lepas anda sedang marah, atau dimarahi, anda perlu belajar untuk melupakan perkara itu.

Cuba fikirkan bahawa perkara yang sudah berlalu akan terbang dibawa angin. Jadi hanya fokuskan perkara yang anda mahu lakukan sekarang.

Fokus pada yang saat yang anda berada sekarang. Anda akan merasakan bahawa dalam kebanyakan situasi, sekarang tidaklah seteruk mana situasinya. Sebilangan besar sumber negatif berasal dari ingatan tentang peristiwa baru-baru ini atau imaginasi masa depan yang terlalu baik. Jadi kekalkan perkara pada masa sekarang.

1.7 Cari kawan dan persekitaran yang positif

Teman-teman dan persekitaran yang positif akan mengeluarkan aura yang lebih positif yang boleh memberi impak yang besar dalam hidup anda.

Cuba elakkan daripada situasi negatif yang boleh memberi impak negatif pada minda anda. Sebagai contoh, teman-teman yang sedang mengumpat atau bercerita yang tidak baik. Pada situasi tidaklah anda perlu untuk bermasam muka. Cuma berikan alasan yang anda tidak boleh nak join mereka atas sebab-sebab tertentu.

Kesimpulannya, tidak semua orang boleh memiliki minda yang sentiasa positif. Tetapi jika anda praktiskan dengan berfikir cara ini, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan tanpap perlu anda memaksa. Jadi mulai sekarang, praktiskan sedikit demi sedikit untuk sentiasa mempunyai minda yang sihat dan positif.

Baca juga :

sumber : majalahlabur.com, mahanommohammad.com, success.com,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like