Jenis personaliti diri manusia : Setiap kehidupan manusia itu mempunyai personaliti dan keunikan mereka yang tersendiri. Setiap individu mempunyai keperibadian semulajadi mereka, ada yang ceria, pendiam, sensitif, tidak tahu malu dan lain-lain.
Ahli psikologi yang mengkaji ilmu tentang keperibadian manusia mendifinasikan keperibadian sebagai perbezaan individu dalam cara orang berfikir, merasa dan berkelakuan. Setiap sifat yang terdapat pada manusia saling memerlukan antara satu sama lain, dan mewujudkan keperlbagaian sifat manusia yang tidak terhingga.
Ini dia 5 sifat personaliti diri manusia yang terbesar dijumpai oleh pakar psikologi :
- 1. OPENNESS – Mempunyai sikap terbuka
- 2. CONSCIENTIOUSNESS – Mempunyai kesedaran
- 3. EXTRAVERSION – Bersifat sosial (suka bergaul)
- 4. AGREEABLE – Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
- 5. NEUROTICISM – Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)
1. OPENNESS – Mempunyai sikap terbuka
Individu yang mempunyai personaliti keterbukaan mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Orang yang bersikap terbuka sangat cenderung kepada aktiviti dan pengalaman yang baru seperti mengembara. Mereka mempunyai sifat ingin tahu dan menghargai seni, imaginasi dan perkara baru.

Personaliti seseorang yang kurang mempunyai sifat keterbukaan biasanya mereka lebih suka hidup dalam kebiasaan, tidak suka pada pengalaman baru dan ya, mereka bukanlah ‘adventurous eater’.
Sifat persoliti terbuka ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat yang lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup perlu digunakan pada situasi atau persekitaran mengikut kesesuaian.
2. CONSCIENTIOUSNESS – Mempunyai kesedaran
Conscientiousness lebih kepada sifat personaliti seseorang yang peka dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka juga mempunya peraturan dan jadual hidup mereka. Ini menjadikan mereka orang yang mempunyai rasa tanggungjawap yang kuat.

Personaliti orang yang berhati-hati ini boleh dipercayai, berdisiplin dan sentiasa fokus pada kejayaan mereka. Jadi, mereka ini adalah perancang terbaik dimana anda tidak akan menjumpai personaliti ini merayau tanpa arah tujuan.
Orang yang rendah kesedarannya lebih spontan dan bebas. Tetapi jika sifat kesedarannnya terlalu rendah, mereka cenderung untuk melakukan perkara tidak baik atau pencerobohan. Mempunyai kesedaran adalah sifat yang berguna untuk dimiliki, kerana ia dikaitkan dengan pencapaian di sekolah dan di tempat kerja.
3. EXTRAVERSION – Bersifat sosial (suka bergaul)
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya mempunyai sifat yang mesra, ceria dan bersikap positif. Golongan ini mempunyai minat kepada orang lain atau persekitaran mereka berbanding dirinya sendiri.

Golongan yang sangat terbuka ini kebiasaannya mereka yang berfikir positif, sangat suka bercakap dan mendapat perhatian daripada orang sekeliling. Mereka suka keluar rumah dalam kumpulan, melakukan aktiviti yang ramai dan sentiasa membuatkan orang sekeliling menjadi ceria.
Terdapat satu sifat yang sangat bertentangan dengan sifat extraversion iaitu golongan pendiam. Kumpulan ini dikenali sebagai introvert, mereka sangat pendiam, tidak bertenaga, suka bersendirian, dan kurang berhubung dengan masyarakat sekeliling.
Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermaksud mereka ini anti-sosial, sedih atau berasa malu, tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan golongan extrovert dan mereka lebih berminat duduk bersendirian.
4. AGREEABLE – Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)

Manusia yang bersifat senang mencapai persetujuan bersama ini senang untuk mendapat kerpercayaan orang lain, menolong orang dan bersifat penyayang. Berbanding orang yang tidak bersifat senang sering bersifat dingin, curiga kepada orang lain dan sukar untuk memberi kerjasama.
Didalam kajian yang diterbitkan oleh Developmental Psychology pada tahun 2002, menunjukkan bahawa sifat agreeable yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mempunyai tingkah laku yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang lebih rendah sifat agreeablenya.
Manakala kajian yang dilakukan kepada orang dewasa, mereka yang mempunyai sifat agreeable yang tinggi lebih cenderung untuk memiliki kerja yang lebih stabil dan sifat kemurungan yang lebih rendah.
5. NEUROTICISM – Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)
Personaliti sifat neurotik ialah sifat yang lebih kepada emosi yang melampau dan kebiasaannya berpandangan negatif. Sifat negatif ini adalah seperti kemarahan, kemuraman, ketakutan, dan kebimbangan.

Golongan ini sangat susah untuk mengawal emosi mereka sehingga memberi kesan yang buruk. Mereka lebih senang tertekan kepada sesuatu perkara yang dianggap normal oleh orang biasa.
Berlebihan sifat neurotik ini menyebabkan mereka memandang sesuatu situasi yang normal sebagai berbahaya dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah. Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini sentiasa tertekan sepanjang masa. Bahkan mereka sukar untuk berfikir secara logik.
Baca juga :
- Cara nak kenal personaliti diri orang introvert, extrovert, ambievert
- Bolehkah personaliti diri manusia berubah ?
- Tanda orang yang ada personaliti psychopath
- 3 punca utama yang menyebabkan psychopath
- Senarai 5 tahap perkembangan kanak-kanak umur 0-2 tahun
sumber : ciripersonaliti5utama, livescience.com, Jenis personaliti diri manusia