Aktiviti yang memberi terapi pada minda : Setiap dari kita pasti tidak terlepas daripada tekanan dan masaalah hidup yang dapat tanpa henti. Begitulah asam garam kehidupan, ujian yang datang untuk membentuk dan menguji diri ini.

Apa yang dimaksudkan dengan terapi minda ini? Terapi disebut juga sebagai rawatan pemulihan. Tetapi dari segi bahasanya terapi membawa maksud kaedah yang digunakan untuk membantu orang lain.

Minda pula membawa maksud akal fikiran. Akal ni kurniaan Allah yang hanya dimiliki oleh manusia, tidak pada haiwan, tumbuhan dan lain-lain.

Minda

Minda atau akal ini ada yang sifatnya lemah dan ada pula yang kuat. Tidak semua orang memiliki minda yang kuat. Minda yang kuat boleh juga didefinasikan sebagai minda positif. Minda positif sangat membantu seseorang menjalan kehidupan yang lebih tenang dan teratur.

Manakala minda yang lemah pula boleh memberi kesan yang buruk dalam kehidupan. Antara punca terjadinya minda yang lemah ialah masaalah kehidupan yang datang seperti masaalah ditempat kerja, masaalah dirumah, disekolah, hutang keliling pinggang dan sebagainya. Ia menyebabkan anda berasa lebih senang untuk marah, ‘down’, rasa diri tidak berguna, tidak tenang, gangguan perasaan dan sebagainya.

Wujudnya terapi minda ini untuk membantu memulihkan kembali minda yang menjadi lemah kerana ujian kehidupan.

1. Terapi minda secara islami
Aktiviti yang memberi terapi pada minda
sumber : news.detik.com

Perkongsian daripada Dr Azuraida Shahadan melalui artikel Sinar Harian pada 16 Julai 2021, satu teknik yang menjadi terapi minda dan dibuktikan dari segi sains dan psikologi. Iaitu tahajud dan doa selepas solat tahajud.

"Secara saintifiknya, waktu solat tahajud adalah sekitar jam 3 ke 4 pagi. Ia dikaitkan dengan keadaan badan dan minda yang tenang dan berada dalam gelombang yang dinamakan alpha.

 Gelombang dari segi saintifik, ketika dalam keadaan gelombang alpha atau gelombang ketenangan, otak akan merembeskan serotonin, kontisol dan endorfin yang akan menjadikan kita tenang.

 Hormon ini meningkatkan sistem tahan badan, membuka pembuluh darah dan menstabilkan denyutan jantung.
 Maka, tekanan perasaan akan berlalu dengan perlahan dan otak mampu mengawal situasi tersebut.
 Terdapat istilah waktu-waktu tenang yang dapat menjadi penawar tekanan perasaan. Antara waktu tenang lain adalah ketika solat dhuha, ketika membaca al-Quran dan selepas berzikir.

 Waktu tenang digunakan untuk melakukan terapi minda, dengan cara 'self talk' kepada diri sendiri segala kata-kata positif dan baik.
 Berdoa atau bercakap la dengan khusyuk, susulkan dengan emosi, insya-ALLAH ia mampu menjadi terapi minda yang paling berkesan menewaskan tekanan perasaan."
2. Terapi minda dengan aktiviti berkebun

Berkebun bukan sahaja membantu menghasilkan tanaman organik dan menjimatkan wang, tetapi ia merupakan satu aktiviti yang sangat menenangkan.

Dengan berkebun, anda boleh mengeluarkan peluh yang mana ia membantu sistem tubuh menjadi lebih sihat dan memberi minda yang lebih positif.

Dimusim-musim covid 19 yang sedang melanda malaysia, kerajaan telah mengetatkan pergerakan rakyat dengan harapan dapat melawan penularan virus ini.

Jadi masa ini anda boleh memulakan aktiviti berkebun secara kecil-kecilan di balkoni atau sekeliling rumah anda. Apa yang anda perlukan hanya pasu-pasu kecil atau polybeg hitam, dan biji benih. Melihat tumbesaran pokok anda dapat menenangkan jiwa dan mengalihkan perasaan anda dari terus tertutup dan terkurung.

Contoh kebun kecil di rumah :

terapi minda dengan berkebun
Aktiviti berkebun di tepi rumah. sumber :
terapi minda dengan berkebun
Aktiviti berkebun di halaman rumah. sumber : pinterest.com
Kebun kecil di balkoni rumah. sumber
Kebun kecil bertingkat di balkoni rumah. sumber : artikel.rumah123.com
Aktiviti yang memberi terapi pada minda
Kebun kecil di balkoni rumah. sumber : pertanianku.com
3. Terapi minda dengan aktiviti menternak haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan ialah haiwan domestik yang telah dijinakkan untuk menjadi hiasan, teman, pelindung dan sebagai hiburan. Bagaimana haiwan peliharaan boleh menjadi terapi minda anda?

Dengan memelihara haiwan, lahir rasa dan sifat kasih sayang yang baik untuk minda anda. Dengan haiwan peliharaan anda menjadi lebih bertanggungjawap untuk memastikan peliharaan anda hidup dengan baik.

Bahkan dengan haiwan peliharaan anda boleh berkasih sayang seperti berinteraksi dengan mereka, memeluk mereka dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dengan anda seperti menuntun tv bersama-sama dan sebagainya.

Anda boleh memilih haiwan peliharan yang sesuai untuk anda. Sama ada ianya yang comel atau yang ganas. Contohnya kucing, burung, hamster dan landak kecil. Manakala haiwan peliharan yang agak eksotik yang boleh menjadi pilihan anda ialah ular, cicak, biawak dan sebagainya.

Pilihan lain selain haiwan daratan, anda juga boleh memilih untuk memelihara hidupan air. Bagi penulis, menjaga ikan menjadi satu terapi buat diri penulis sejak pkp tahun lepas.

Satu terapi minda yang penulis terapkan.
4. Terapi minda dengan muzik

Muzik telah dipercayai dapat memberi kesan kepada emosi dan mampu menambahkab neurokimia dalam badan termasuk endorfin baik. Terapi muzik turut dikenali sebagai terapi muzik aktif atau terapi muzik pasif, yang berkeupayaan untuk memperbaiki kawalan motor dan fungsi emosi kepada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan.

Dari segi kes skizofrenia sehingga kepada penyakit Parkinson, penggunaan muzik dikatakan membantu mengurangkan simptom semula jadi bagi masalah kesihatan seperti kegelisahan, kemurungan, meningkatkan kreativiti, dan pelbagai manfaat lain.

Aktiviti yang memberi terapi pada minda
sumber : kickstory.net

Antara manfaat lain daripada terapi muzik ialah :

  • Mengurangkan kegelisahan dan tekanan
  • Membantu menenangkan individu autisme
  • Memperbaiki dan mengurangkan tekanan
  • Membantu pesakit Alzheirmer dan parkinson
  • Membantu meningkatkan perkembangan janin untuk ibu mengandung
  • Mengurangkan tahap kesakitan yang dialami

Baca juga :

sumber : myhealth.gov.my, utusansarawak.com.my, sinarharian.com.my, hellodoctor.com, Aktiviti yang memberi terapi pada minda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like