Info

Cara review tag yang orang tambah pada timeline facebook sebelum ia muncul

cara review tag di Facebook..| Sejak kebelakangan sedang tular kes facebook ditagged secara random oleh orang yang tidak dikenali.

Yang lebih parahnya, subject yang ditag adalah perkara yang tidak baik. Jom lihat dulu beberapa punca anda ditagged.

Kemungkinan yang berlaku jika anda ditag di facebook

Tular facebook ditag dikatakan kerana virus yang sedang menular atau akaun anda sudah dihacckk oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.

Apa yang admin perasan ialah :

  • Anda akan ditagged secara automatik jika anda menekan link yang ditagged di facebook anda secara sengaja atau tidak
  • link yang diberi mungkin berupa phishing link dimana jika anda klik akan terpampang video yang tidak baik sekaligus memberi ruang kepada pihak lain untuk mengunggah facebook anda.

Cara review tag post sebelum ia keluar di timeline facebook

Salah satu cara untuk menghentikan penularan virus facebook ini ialah dengan mereview tag post tersebut sebelum ia muncul di facebook timeline.

Jika anda tidak mengubah setting review ini, rantaian penularan virus ini mungkin akan lebih besar.

ikuti langkah-langkah dibawah untuk menukar setting review tag anda.

Cara review tag post sebelum ia keluar di timeline facebook

Anda boleh menggunakan semakan tag untuk meluluskan atau mengetepikan tag yang orang tambahkan pada siaran anda. Apabila anda menghidupkan semakan tag, jika seseorang tag nama facebook anda pada sesuatu post, post itu tidak akan muncul sehingga anda meluluskannya.
Untuk menghidupkan semakan tag :

  1. Klik pada baris 3 sebelah kanan menu atas facebook anda
  2. Scrollkan kebawah dan klik pada tetapan dan privasi ( setting & privacy )
  3. Seterusnya tekan pada tetapan
  4. Scroll kebawah sikit dan tekan pada penonton & keterlihatan (audience & visibility)
  5. Klik pada penandaan profile(profile & tagging)
  6. Scroll kebawah pada bahagian semakan (reviewing) ONkan pada pilihan 1 dan tiga seperti dalam kotak gambar 1 dibawah.
cara review tag di Facebook
Gambar 1
Nota

Apabila anda sudah onkan review post tag sebelum ia muncul di timeline, anda akan menerima notifikasi yang menyuruh anda untuk review post tersebut.

Post tersebut tidak akan muncul pada profile anda selagi anda tidak riview.

Untuk mereview, tekan pada notifikasi tersebut dan tekan pada pilihan sembunyikan (hide) seterusnya tekan pada pilihan buang post (remove post).

Dengan cara begini, anda mungkin boleh memutuskan rantaian virus facebook tersebut.

Baca juga : Review unifi mobile BEBAS prepaid : selepas seminggu pakai

Baca juga : Berapa lama pin google adsense akan sampai – Malaysia

facebook.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like