Berapa lama pin google adsense sampai..| 17 Disember 2021 : Alhamdulillah.. hampir rasa berputus asa akhirnya sampai juga pin keramatt ni.

Tadaaa..inilah dia pin google adsense yang sangat penting. Kalau tiada ni iklan dalam blog korang akan kena band oleh google.

pin google adsense
pin google adsense
pin google adsense belum sampai
Bahagian hadapan surat pin google adsense

Apa fungsi pin google adsense ni?

Apa itu pin google adsense? Pin google adsense ialah pin yang dihantar selepas pendapatan korang mencapai unit pengesahan.

Pendapatan untuk pengesahan identiti ini berbeza-beza mengikut negara. Kalau di Malaysia, pendapatan korang perlu mencapai $10 baru google akan memulakan operasi pengesahan.

Selepas akaun korang mencapai tahap minimum yang ditetapkan google ini, team google akan menghantar surat Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) ke alamat rumah yang korang dah masukkan semasa mendaftar akaun.

Ia biasanya mengambil masa 2–4 minggu untuk PIN korang tiba, tetapi ia mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung pada lokasi korang.

Seperti didalam gambar diatas, PIN yang disediakan oleh team google ini dalam bentuk angka sebanyak 6 angka.

Berapa lama pin google adsense akan sampai ketika musim pandemik covid 19

Pin google adsense ni dihantar oleh team google daripada Paris. *Sebab tengok dekat address pengirim.

Point nya disini berapa lama surat google daripada Paris nak sampai ke rumah saya? Untuk pengetahuan, saya tinggal di Selangor kawasan pinggir bandar. Rumah saya hanyalah tapak tanah pecahan lot yang hanya ada satu geran besar.

Dipendekkan cerita, selepas bulan pertama google inform sudah hantar surat kealamat sekian-sekian, setiap hari akan cek dalam peti surat. Tetapi semua hampa.

Request resend surat sebanyak 3 kali

Ye, betul. Korang dibenarkan request surat yang sama sebanyak 3 kali setiap 3 minggu sebelum limit tempoh 4 bulan. Selepas 4 bulan jika masih tidak verified address, google akan band akaun adsense korang.

Hari ini, 17 Disember 2021, iaitu selepas 2 bulan 2 minggu, akhirnya sampai juga surat yang ditunggu-tunggu.

Jika dilihat pada perkongsian orang lain, purata mereka akan mendapat surat ini dalam masa sebulan. Tapi mungkin kerana dunia sekarang dilanda pandemik covid 19, perkhidmatan surat tergendala. Mungkin laa..

Sila komen dibawah untuk berkongsi berapa lama surat anda mahu sampai.

Apa perlu buat jika masih tidak menerima surat pin?

Since saya sudah membuat sedikit research mengenai perkara ini selepas hampir giveup sebab surat tak sampai-sampai. Rupanya ada cara lain korang boleh buat.

Caranya ialah, selepas 3 minggu pada request yang ke tiga, korang tekan lagi sekali butang resend.

Kemudian dia akan inform yang korang dah limit untuk request dan meminta korang send kan iC/surat bank yang ada alamat yang sama macam akaun.

Selepas itu dia akan proses dan inform jika korang dah berjaya sahkan identiti. Itu sahajaaa..

Rujukan : sishawa.com

Terima kasih.

Baca juga :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

You may also like