Tanda depresi dan bipolar disoder | Assalamualaikum kepada semua pembaca. Pada minggu lepas, rakyat Malaysia kecoh dengan video yang dimuat naik oleh aktres Janna Nick tentang tekanan yang sedang dia hadapi. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai andaian dan pendapat dari jabatan-jabatan netizen.
Perkongsian daripada FB/AifaAzlan sedikit sebanyak telah memberi info kepada kami tentang penyakit ini. Sekaligus, kita dapat mengenal pasti tahap depresi dalam diri kita sendiri.
Dengan mengetahui keadaan diri sendiri, baru anda boleh tahu apakah tindakan selanjutnya yang perlu anda lakukan. Malah, pengetahuan ini dapat membantu mengubah diri anda kepada yang lebih positif.
Depression, bipolar disoder, anxiety disoder, panic attack – kenali diri anda
“Maka terjawab sudah. Betul lah andaian aku haritu masa Janna Nick post video menangis dekat Instagram haritu.
And today Janna Nick sendiri bagitahu dia clinically diagnosed with bipolar disorder. Sama macam penyakit aku. Aku dah setahun doktor diagnosed with bipolar disorder dan belum lagi boleh discharge dari PSY. Masih lagi tidur dengan bantuan ubat. Tapi tak mengapa aku dah redha. Sekurang-kurangnya makan ubat otak aku boleh rest secukupnya. Kalau tak seksanya hidup bila tidur otak masih bekerja. Otak overload.
Macam-macam fikir sampai kena serangan panic. Sakitttt sumpah sakit. Jujur aku cakap, aku kalau tengok tingkah laku, percakapan orang aku boleh tahu dia sakit ke tak. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Aku dah makan garam. Even orang tu tak bercerita, aku tengok gaya dan cara dia aku boleh tahu dia tengah down, stress atau depress.
And ada jugak aku takut ramai kawan-kawan dalam fb aku ada ciri-ciri bipolar. Tapi takkan aku nak pergi diagnose. Pandai-pandai lah kalau rasa perlukan bantuan cari doktor.
INi ciri-ciri bipolar disorder.
Ada dua fasa. Fasa manic dan fasa low (depression).
Fasa manic
biasanya seseorang akan merasa sangat bertenaga, banyak cakap, banyak idea, otak bergerak dengan laju, membeli belah tanpa kawalan, memandu secara merbahaya, dan lain lain. Ada satu lagi seseorang itu yang dulunya biasa je tiba-tiba drastik berubah jadi alim. Selalu bercakap pasal agama. Macam aku dulu la masa tahun 2019. Terlalu drastik berubah. Rupanya doktor cakap masa tu aku dalam fasa manic. Takpun dari alim tiba-tiba pergi buka tudung atau pakai ketat-ketat. Ni pun sama jugak.
Fasa low( depression)
Rasa sedih yang berpanjangan, rasa kosong,hilang minat kepada benda yang disukai. Cepat letih dan tak bertenaga. Rasa diri tak berguna, rasa bersalah, gangguan tidur, payah utk membuat keputusan. Alhamdulillah selepas dapat rawatan dan kenal ciri-ciri penyakit bipolar aku dah boleh tepis dah benda-benda tak elok.
Contoh berbelanja tanpa kawalan. Setiap kali aku nak start spending spree aku akan cakap dengan diri sendiri. This is not me. Penyakit aku dah datang. Bahaya kalau kita tak sedar tentang penyakit kita.
Doktor cakap ada ramai orang bisnes ada bipolar. Bila tak sedar dia akan spending spree atau buat pelaburan sampai licin duit dalam akaun. Sekarang otak aku dah boleh berfikir secara waras bila dah dapatkan rawatan. Aku tak buat keputusan secara melulu. Aku dah tak ambil tahu benda remeh temeh. Benda-benda kecik pun aku tak masukkan dalam kepala otak. Emosi aku makin stabil. Otak aku rileks. Tenang. Aku betul-betul dapat tidur cukup 8 jam sehari. AlhamdulillahAnd one more thing. Doktor akan mendiagnose seseorang itu ada bipolar selepas seseorang itu mengalami episode depression yang teruk dalam hidup dia. Dan mostly yang ada bipolar adalah orang yang kuat berkerja menggunakan otak dan biasanya cantik. Hahaha ni doktor yang rawat aku cakap tau.”
Rujukan : hellodoctor.com
Baca juga :
- Checklist barang bayi : persediaan awal untuk ibu mengandung
- Mencari baju muslimah dan baju raya di shopee ??
- Kayu Gaharu |Nilainya mencecah RM30k sepokok!
- Maksud BPA Free vs. botol minuman biasa
- Jenis kod botol plastik yang selamat digunakan
- Penyebab bayi baru lahir sudah tumbuh gigi
- Penyakit anoreksia di Malaysia? Punca dan rawatan
- 3 Cara cek duit palsu atau asli – BNM
Tanda depresi dan bipolar disoder ..|