Buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak sulung pasti akan teruja dalam menyediakan keperluan bayi yang bakal dilahirkan. Checklist barang bayi adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan ‘terlupa’ dan ‘tertinggal’.

Di motherhood.com ada menyediakan pelbagai bentuk keperluan bayi untuk anda pilih. Selain itu, ibu-ibu juga boleh mencai keperluan bayi ini di laman shopping terbesar seperti Lazada.com dan shopee.com. OK. jom lihat keperluan yang terpenting untuk memudahkan urusan kelahiran bayi lancar.

Tetapi anda diengatkn untuk membeli mengikut kemapuan anda sendiri. Belilah keperluan mencukupi dan tidak sampai membazir.

Checklist barang bayi
Klik pada gambar untuk melihat laman rasmi ini
1. Pakaian bayi

Pakaian baby haruslah bersesuaian dengan keadaan semasa. Ini untuk mengelakkan bayi anda daripada merasa terlalu panas atau terlalu sejuk. Pakaian yang perlu anda sediakan adalah :

  • Baju bayi lengan panjang
  • Baju bayi lengan pendek.
  • Seluar panjang
  • Seluar pendek
  • barut bayi
  • rompers (optional)
  • topi kepala (optional)
2. Pertukaran diapering baby

Untuk permulaan, anda hanya perlu menyediakan papers newborn untuk baby anda yang baru lahir. Saiz pampers boleh ditukar ketika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas. Saz pampers boleh dibeli mengikut berat dan saiz bayi anda.

  • napkin baby – mengikut pengalaman napkin baby saya guna untuk mengelap dan membalut bayi
  • Pampers secukupnya. Purata sehari pampers yang diperlukan untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah 5 pampers
  • Tisu basah : Ini sangat diperlukan untuk mencuci najis bayi
  • Changing mat : Terkadang bayi akan terkencing kita hendak menukar lampin atau pakaian atau selepas bayi dimandikn. Jadi diapering di atas changing mat adalah sangat digalakkan.
  • Nappy liners (optional)
  • Nappy krim : Kebiasaan baby akan mengalami ruam daripada penggunaan harian pampers.
3. produk penjagaan bayi dan toiletaries

Anda disarankn untuk membeli keperluan toileteries bayi anda dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana ada kemungkinan produk tersebut tidak bersesuain dengan kulit bayi anda. Lihat checklist dibawah untuk produk penjagaan bayi anda.

  • Sabun mandi bayi
  • Shampoo bayi
  • Bedak bayi
  • Baby lotion (optional)
  • Minyak telon bayi (wajib untuk perut kembung)
  • Tuala mandi
  • Pemotong kuku bayi (optional) – saya hanya pakai pemotong kuku biasa yang kecil
  • Thermometer (optional)
  • Kapas bayi
4. Checklist barang bayi : penyusuan
  • Botol susu mengikut saiz dan umur bayi
  • Puting bayi (optional) – Sesetengah ibu tidak mengajar anaknya menggunakan puting untuk mengelak masaalah gigi jongang.
  • Berus pembersih botol bayi – sangat memudahkan.
  • Breast pump
  • Cooler beg untuk ibu-ibu yang berkerja
  • beg simpanan susu ibu
  • Nursing bra
  • Nursing pad
5. Keperluan untuk bayi tidur

Set keperluan tidur bayi kalau boleh anda cari yang lembut seperti tilam kekabu. Ini untuk memberi keselesaan yang maximum kepada bayi anda. Tilam yang bersesuaian juga dapat membalancekan suhu bayi dengan baik.

  • Tilam bayi
  • Selimut bayi
  • Katil bayi (optional) – saya tak pernah guna katil bayi.
  • Kelambu ‘elak nyamuk daripada bayi’
  • Comforter (optional)
6. Checklist penting untuk ibu sebelum kehospital
  • Buku Rawatan Merah
  • Kad Pengenalan
  • Guarantee Letter
  • Telefon Bimbit
  • Baju / T-Shirt
  • Kain Batik
  • Tudung / Skaf
  • Stoking
  • Baju Dalam / Seluar Dalam
  • Tuala Muka
  • Peralatan Mandi
  • Tuala Mandi
  • Sikat
  • Maternity Pad
  • Pad Biasa
  • Breast Pad
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Beg Plastik Baju Kotor
  • Minyak Angin / Urut
  • Beg Pakaian
  • Getah rambut
  • Disposable panties (1set)

Baca juga : Tips membersihkan lantai daripada rambut gugur!

Rujukan : Damia Balqis.blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like