Kayu Gaharu : Kayu Gaharu yang diambil dari pokok Gaharu merupakan tumbuhan yang hanya hidup di hutan tropika. Nama saintifik pokok ini ialah Aquilaria malaccensis. Semua bahagian pokok gaharu boleh dimanfaat menjadi produk wangian, teh hijau, kosmetik dan ubat-ubatan.
Bahagian yang dimaksudkan termasuklah batang, kayu, daun, ranting, buah serta bunganya.
Namun, yang lebih menarik adalah nilai komersialnya yang boleh mencecah sehingga RM30,000 sepokok. Apa yang menyebabkan kayu gaharu begitu berharga dan menjadi salah satu komoditi pelaburan yang menarik? Mari kita selami lebih mendalam tentang keistimewaan kayu ini.
sumber gambar : Google Image
Sejarah awal penggunaan produk gaharu pada zaman Nabi
Kayu Gaharu telah dikenali sejak zaman Nabi Sulaiman AS lagi. Di mana kayu syurga ini biasa digunakan sebagai bingkisan kerajaan, kerana nilainya yang berharga dan istimewa. Kayu ini pernah dijadikan bingkisan kerajaan oleh Ratu Balqis untuk Nabi Sulaiman AS.
Pada zaman nabi juga terkenal dengan wangian daripada gaharu. Selain daripada wangian, Gaharu juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk perubatan islam.
Asal usul minyak Gaharu
Gaharu dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama Agarwood, Oud, Oodh, Agar, atau Aloeswood. Kayu gaharu ini menghasilkan sejenis resin berwarna hitam ditengah-tengah batangnya. Resin ini menghasilkan aroma wangian yang unik. Resin yang bernama oleoresin mempunyai warna hitam dan terhasil kesan daripada serangan sejenis bakteria.
Akibat daripada proses pokok gaharu melawan bakteria atau penyakit yang menyerangnya, terjadilah resin dalam inti batang kayu gaharu (heartwood). Jika dalam keadaan sihat, pokok gaharu ini tidak akan menghasilkan resin yang wangi seterusnya menjadi bahan utama pembuatan minyak wangi gaharu.
Sumber: google image – rupa resin gaharu ditengah batang pokok
Resin gaharu inilah yang kemudian diolah melalui proses penyulingan atau perendaman, menghasilkan pati minyak gaharu murni atau minyak gaharu asli.
Habitat pokok Gaharu
Sehingga hari ini, pokok Gaharu hanya dijumpai di beberapa negara seperti, sebahagian kecil wilayah Cina, sebahagian besar wilayah India dan Asia Tenggara khususnya Filipina, Vietnam, Kamboja, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Pada ketika ini, minyak gaharu atau wangian gaharu ini lebih popular dan banyak digunakan di kawasan asia Timur, Timur Tengah dan Eropah. Di Eropah minyak gaharu ini digunakan sebagai bahan utama minyak wangi.
Pokok ini mengambil masa maximum 10 tahun untuk ia matang sepenuhnya.
Nilai pokok Gaharu yang tiada bandingan
sumber : google image
Menurut laporan akhbar daripada HarianMetro pada Jun 2020, produk Gaharu mampu memberi potensi kepada perkembangan ekonomi. Memetik daripada laporan beliau, bidang pembuatan minyak wangi daripada Gaharu masih tidak ramai yang ceburi. Sejumlah RM8.8 juta nilai eksport masih berada ditahap sederhana jika hendak dibandingkan dengan nilai pasaran global.
Minyak asli gaharu merupakan ramuan popular dalam penghasilan minyak wangi yang berkualiti. Minyak ini terhasil dari pokok yang mempunyai nilai yang sangat tinggi. Pokok Gaharu yang matang boleh mencecah nilai sehingga Rm20,000 sepokok. Dimana, lima tan kayu karas boleh menghasilkan kira-kira tiga liter pati minyak gaharu dan harga purata 1 kilogram minyak pati gaharu antara RM20,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kualiti dan gred.
Kesimpulan
Kayu gaharu bukan sekadar sejenis kayu, tetapi ia adalah simbol kekayaan alam dan pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan yang tinggi.
Nilainya yang mencecah hampir RM30,000 sepokok bukanlah perkara yang mengejutkan, memandangkan proses pembentukan yang unik, permintaan yang tinggi di pasaran global, serta kekurangan sumber yang semakin menipis.
Bagi sesiapa yang berminat dalam dunia pelaburan, kayu gaharu menawarkan peluang yang sangat menarik, selagi ia diurus dengan bijak dan lestari.
Rujukan : 1, 2.
Anda juga berminat membaca :
[…] Kayu Gaharu |Nilainya mencecah RM30k sepokok! […]