Kebaikan rumput pendul..| Rumput biasanya dikenali sebagai tumbuhan perosak. Ianya sangat mudah untuk hidup dan membiak tanpa perlu disemai dan dibaja.
Di dalam bidang pertanian, rumput akan sering dihapuskan kerana ia boleh mengganggu sistem pertumbuhan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menghapuskan rumput seperti kaedah kimia, kulture atau biologi.
Kerana semua ciptaan Allah iti ada sebab dan kebaikannya tersendiri, rumput juga mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Contohnya seperti menjadi sumber makanan kepada haiwan, menjadi habitat serangga, dijadikan sumber ulam dan sayuran, menghijaukan bumi dan sebagainya.
Apa itu rumput pendul
Rumput pendul mempunyai banyak nama lain antaranya ialah :
- Rumput helikopter
- Rumput anak misai kucing
- Rumput mata lalat
- Runput jengkut pendul
- Rumput sui wu gong
- Rumput bosikad
- Rumput pakopako
Nama saintifik bagi rumput pendul ialah Kyllinga brevifolia. Rumput ini pertama kali dikenali dan dijumpai asal usulnya ialah di kawasan tropika di Amerika tetapi ia juga boleh ditemui di kawasan panas di seluruh dunia di mana ia adalah spesies yang diperkenalkan.
Dalam satu-satu rumput pokok, beberapa batang akan tumbuh tegak sehingga mencapai ketinggian kira-kira setengah meter mengikut keadaan persekitaran. Tetapi kebiasaannya ia tumbuh pendek.
Rumput pendul dicirikan dengan kehadiran satu bunga kecil ditengah pada setiap satu batang pokok. Saiznya kurang daripada satu sentimeter panjang. Debunganya kecil, kira-kira 20-30 mikron sahaja.
Khasiat rumput pendul kepada manusia
Menurut sumber daripada bicaramentari.blogspot, rumput yang juga dikenali sebagai rumput helikopter ini mampu memberi tenaga kepada tubuh nadan sama ada perempuan atau lelaki.
Khasiat rumput ini tidak diuji secara saintifik, tetapi ada yang menyarankan buat mereka yang bekerja dalam bidang yang berat untuk meminum air rebusan rumput ini.
Rumput ini juga dikatakan mampu membantu dalam proses penghadaman. Caranya ialah dengan merebus seluruh bahagian rumput dan diminum air rebusan tersebut.
Khasiat rumput pendul kepada haiwan peliharaan
Info viral sekarang ialah kebaikan rumput helikopter ini kepada kucing peliharaan.
Antara fungsi rumput pendul ini kepada kucing ialah :
- Melancarkan sistem penghadaman kucing
- Merawat kucing yang mempunyai penyakit parvo, demam dan selsema
- Membantu membuang sisa bulu yang masuk kedalam perut kucing
- Membantu menambah selera makan kucing
Cara-cara menyediakan air rebusan rumput pendul :
- Cabutkan rumput bersama akar-akarnya sekali
- Basuh dan bersihkan ia daripada sisa tanah dan sebagainya. *Pastikan rumput bersih dan sihat daripada sebaranh racun rumput
- Jika terlalu panjang, patahkan sedikit kemudian rebuskan dengan api sederhana. *Elakkan membuka api yang terlalu kuat bagi mengelakkan khasiat daripada rumput mati
- Bila air rebusan sudah sejuk berikan kepada kucing anda antara 10-20 ml sehari
- Simpan lebihan air didalam peti sejuk tidak lebih dari 2 minggu.
Antara komen daripada mereka yang dah mencuba cara ini.
Norazizah izzah : Alhamdulillah kucing saya sihat kembali apabila saya rebus rumput ini dan saya bagi pada kucing saya yang demam dan selsema.
Bulan bintang matahari : Saya baru cuba rumput ni memang berkesan. Lepas saya bagi kucing saya membuang keluar cacing 5cm.
Rudiana Aminuddin : Kucing saya memang suka makan rumput mengalahkan kambing.. tak tahannya dia masuk muntah dalam rumah.
sumber : Fb/viral
Baca juga :
- Review mesin rumput terbaik STEEL POWER 21V
- 4 Jenis perut lembu yang biasa orang makan
- Cara elak kucing daripada kencing dan berak merata
- Kucing paling kecil dan comel di dunia
sumber info : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rumput, https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kyllinga_brevifolia,