Kucing paling kecil di dunia : Kucing merupakan haiwan yang kedua terbanyak didunia yang dipelihara. Mana tidaknya, lihat sahaja bulunya yang lembut, matanya yang bulat dan kemanjaannya.
Dalam banyak-banyak jenis kucing, spesis manakah yang telah memenangi rekod sebagai kucing paling kecil di dunia? Jom kenali kucing ini dengan lebih mendalam.

Kucing paling kecil di dunia – rusty spotted cat
Rusty-spotted cat (nama saintifiknya Prionailurus rubiginosus) telah memenangi gelaran kucing liar terkecil di dunia. Jom lihat ciri-ciri yang ada pada kucing comel ini :
- Mempunyai berat sekitar 0.8-1.6 kg sahaja.
- Lebar panjangnya boleh mencapai sekitar 14-19 inci sahaja. Ini tidak termasuk ekornya.
- Panjang ekornya kira-kira separuh daripada panjang badannya.
- Sebahagian besar bulu badannya berwarna kelabu dan bulu tompk-tompok warna karat pada punggung dan badannya.
- Perut bawah badannya berwarna putih disertai dengan bintik-bintik gelap.
- Mukanya mempunyai 6 garis hitam memanjang pada dahi dan pipinya.

Habitat kucing Rusty-spotted
Kucing Rusty-spotted juga dikenali sebagai “burung hummingbird keluarga kucing”. Ia hanya boleh didapati negara di India dan Sri Lanka.
Bilangan kucing Rusty-spotted di alam liar semakin berkurangan dan IUCN telah menyenaraikan kucing ini sebagai mudah terancam. Seperti kucing liar yang lain, Kucing Rusty-spotted juga mengalami kemerosotan kuantitinya disebabkan oleh kehilangan habitat dan menjadi haiwan buruan manusia. Ia memberi kesan kepada mental serta makanan yang berkurangan dihabitat asal.
Kucing rusty-spotted sangat menyukai kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan yang lebat, kawasan berbatu untuk mereka berlindung, semak belukar dan padang berumput yang tinggi.
Kucing ini merupakan pemangsa yang hebat. Antara mangsa makanan mereka ialah katak, tikus, serangga, burung kecil dan reptilia kecil. Terdapat juga laporan bahawa mereka telah menyerang burung unggas yang telah dipelihara oleh manusia. Perkara ini mengakibatkan konflik manusia dan hidupan liar terjadi.

Kucing Rusty-spotted telah dijadikan kucing domestik

Disebabkan saiznya yang sangat kecil dan sifat yang comel, manusia telah menjadikan haiwan ini sebagai haiwan domestik dengan menjinakkan mereka.
Kucing Rusty-spotted dikatakan sangat penyayang apabila sudah terbiasa dengan tuannya. Sifat liarnya tidak hilang dengan menjadikan kucing ini sangat aktif dan sukar bermain-main.
Baca juga :
- 6 haiwan liar yang kini dipelihara dirumah
- 3 Haiwan dan tumbuhan yang telah pupus di Malaysia
- 10 haiwan yang comel dan kecil sesuai dipelihara
- 8 haiwan yang paling setia kepada manusia
sumber dan rujukan : felidaefund.org, wikipedia.org