Jenis perut lembu : Tahukah anda bahawa lembu sebenarnya ada empat perut?? Rasanya subjek sains masa sekolah dulu ada mention pasal perut lembu ini. Cuma biasa makan perut lembu, dah tidak engat mana satu perut lembu ni.
Pernah dengar orang sebut babat? babat ialah nama lain untuk perut. Babat haiwan ternakan yang biasa di makan cuma kambing dan lembu.
Sedikit sejarah pemakanan babat nih. Babat ialah hidangan yang popular, berkhasiat dan murah untuk kelas pekerja Inggeris bermula daripada zaman Victoria sehingga separuh kedua abad ke-20. Walaupun ia masih popular di sebahagian dunia pada hari ini, bilangan pemakan babat di UK telah merosot dengan cepat. Babat telah dianggap sebagai makanan haiwan peliharaan, kerana peningkatan kemakmuran Britain selepas perang telah mengurangkan daya tarik makanan yang pernah menjadi ruji itu.
Tetapi di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara asia lain, resepi daripada babat atau perut lembu ini masih lagi popular hingga sekarang. Terutama sekali masa hari raya korban, majlis akikah atau majlis perkahwinan.
Pelbagai menu boleh dijumpai dengan berasaskan perut lembu, tapi kalau di Malaysia, sate perut yang paling popular. Memang sedap weyhhh..
4 Jenis perut lembu
Jika dilihat pada rajah :
1. Rumen atau perut tuala atau perut tebal. Merupakan fasa pertama proses pencernaan rumput. Warnanya agak gelap berbanding yang lain. Sifatnya yang kembang dan rata. Bahagian dalamnya berbulu-bulu yang dikenali sebagai vili.
2. Recticulum atau dipanggil perut sarang lebah. Namanya diambil seiring dengan rupanya seperti sarang lebah bersegi-segi.
3. Omasum atau perut kitab. Seiring dengan namanya, ia kelihatan seperti lembaran kitab.
4. Abomasum atau dikenali perut jerami.
Rumusan..
Tetapi tidak semua jenis perut lembu senang didapati atau terkenal dengan masakannya. Biasa yang terkenal dengan sate dan kerabu perut lembu dibuat menggunakan perut jenis tuala dan perut kitab. Manakala untuk sup biasa orang menggunakan perut tebal/perut tuala.
Apa pula beza perut lembu besar dan perut lembu kecil. Sebenarnya perut lembu besar atau kecil juga dikenali sebagai usus besar dan usu kecil.
Anda boleh lihat disini @mamatisya.blogspot.com perbezaan dan cara penyedian perut lembu besar dan kecil.
Nah ini dia dua masakan perut lembu kegemaran cikna.
Haishhh..bila dah tengok gambar pun dah teringin teruk. Sedap sangatt. Nak kene bali nih. Cikna nak cuba buat sup perut lembu nih.
Sebenarnya dulu cikna geli nak makan benda ni. Yela. organ dalaman kan. Tapi bila dah cuba sekali berkali-kali nak tambah. Dia punya chewy-chewy tu memang sedap.
Baca juga :
- Tips dan cara bersihkan perut lembu
- Jerung laut dalam : mengeluarkan cahaya paling besar di dunia
- 3 Haiwan dan tumbuhan yang telah pupus di Malaysia
Apa itu babat? Dijelaskan tentang daging organ yang berkhasiat ini
DUNIA. BAHAGIAN organ dalaman merupakan antara masakan tradisional dan sumber nutrient kepada pelbagai budaya seluruh dunia.
Pelbagai menu dan corak pemakanan yang berbeza-beza mengikut keistimewaan budaya masing-masing.
Jadi,apa itu babat? Dan apa nutrisi dia yang anda boleh dapat dengan memakan babat nie?Jom kite rungkaikan satu-satu dari artikel dibawah.
- vitamin B12
- selenium
- zink
- kalsium
- besi
Ini dia antara 5 nutrient dan protein yang kaya didalam babat.
Dengan erti kata lain, babat yang terkandung dengan pelbagai protein ini mampu memberi manfaat kepada tubuh anda, seperti :
1๐ – Membantu membina otot dalam pengurusan berat badan yang lebih ideal
2๐ – Membantu pembentukan sel darah merah dan membantu mengelakkan pembentukan anemia
3๐ – Membantu membentuk dan mengekalkan tulang yang lebih kuat
4 ๐ – Membantu mengurangkan risiko perubahan kognitif yang berkaitan usia
5 ๐ – Mempercepatkan penyembuhan luka dan menyokong tindak balas imun yang sihat
6 ๐ – Kaya dengan protein berkualiti tinggi
1 hidangan/140g perut lembu yang dimasak dipercayai mempunyai ….
Babat atau perit merupakan sumber protein yang lengkap, bermaksud ia mengandungi kesemua sembilan asid amino penting yang diperlukan badan anda.
Tambahan makanan yang kaya dengan protein ini mampu membantu anda mengekalkan berat badan yang ideal serta mengurangkan lemak badan yang berlebihan.
Babat juga memrupakan sumber vitamin dan mineral yang sangat baik, terkandung dengan sejumlah nutrien yang mengagumkan, termasuk selenium, zink, dan vitamin B12.
5 auns/140g hidangan perut lembu mengandungi :
- Kalori: 125
- Lemak: 5 gram
- Protein: 18 gram
- Vitamin B12: 1.53 mikrogram atau 64 peratus daripada DV ( Daily Value)
- Selenium: 18.2 mikrogram atau 33 peratus daripada DV
- Zink: 2.07 miligram atau 19 peratus daripada DV
- Kalsium: 101 miligram atau 8 peratus daripada DV
- Fosforus: 93.8 miligram atau 8 peratus daripada DV
- Zat besi: 0.868 miligram atau 5 peratus daripada DV
- Magnesium: 19.6 miligram atau 5 peratus daripada DV
- Babat juga merupakan sumber mangan dan niasin (vitamin B3) yang baik
Ada kelebihan ada juga kekurangannya โขโขโข
Babat mempunyai kandungan kolestrol yang agak tinggi.
5 auns babat mempunyai 178 miligram kolestrol
Sesetengah kebanyakan orang, diet kolestrol tidak memberi kesan yang banyak terhadap level kolestrol keseluruhan badan, namun bagi sebahagian kecil orang, kolestrol diet kecil sudha boleh memberi kesan yang tinggi pada keseluruhan kolesterol.
Untuk mereka yang dalam kategori – hyper-responder , anda dinasihatkan supaya mengambil hidangan perut pada kadar yang minimim.
Selain daripada kaya dengan kolesterol, bau, rasa dan tekstur babat mungkin membuatkan sesetengah orang tidak lalu untuk memakannya.
Namun pada sesetengah orang juga, teksturnya yang kenyal dah mudah dikunyah memberikan nikmat makan yang lebih baik
Babat yang dijual di pasar-pasar biasanya akan dimasak terlebih dahulu sebelum dijual kepada penggemarnya
Babat ialah daging bertekstur keras yang biasanya dimasak terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna.
Sebelum dijadikan hidangan, ia perlulah dimasak sekurang-kurangnya 2-3 jam lagi untuk memastikan hidangan anda lebih lembut dan mudah dikunyah.
Anda disyorkan untuk menggunakan kaedah memasak dengan merebus. Penggunaan preassure cooker untuk melembutkan babat lebih baik untuk menjimatkan masa dan gas dapur!
Manakala rasanya yang agak hambar bagi sesetengah orang, anda boleh perasakan dengan perasa tambahan da rempah ratus yang disyorkan oleh pakar-pakar masakan.
50+ idea masakan perut/babat lembu yang anda boleh cuba
Pelbagai resepi yang senang, simple, menarik, rare, dan pelbagai teknik masakan yang anda boleh cuba dengan babat ni.
Jika anda sudah busan dengan sup babat, com cuba 50+ idea lain yang mungkin boleh bagi kelainan pada masakan anda :
- Perut masak lemak cili padi umput buluh (rebung)
- Soto Babat (perut lembu) Campur Daging
- Perut Masak Berlada
- Kerabu Perut Lembu
- Babat Goreng Berempah
- Sate Perut Lembu
- Masak Lemak Perut Lembu
- Perut Lembu Masak Sambal Sayur Pengantin
- Perut Muda Masak Lemak Cili Api
- Masak Lemak Cili Padi Rebung & Babat
- Rebung Madu + perut
- LEMAK CILI PADI PERUT LEMBU & DAUN SALAM
- Perut Masak Lemak Cili Padi Bersama Pucuk Paku
- Asam Pedas Perut Muda
- Perut Lembu Air Asam Simple
- Masak Lemak Umbut Perut
- Lemak Cabai Melaka Perut Lembu & Belimbing Buluh
- Masak Lomak Cili Api Rebung & Perut Lembu
- Sayur lemak perut lembu
- Sup perut simple
- Perut Muda โLembu Menangisโ ft. Thai Dipping Sauce (Nam Jim Jeaw)
- Kerabu perut kerisik
- Perut Air Pencicah
- Perut Muda & Pencicah Air Belacan
- Gulai Lemak Daging + Perut + Kulit Lembu
- Sup perut cara ma
- Kerabu Perut Epal
- Sambal perut lembu
- Kerabu Perut Utara
- Perut Muda MiL
- Gulai Rebung + Perut
- Babat Gongso Semarang
- Sup perut siam
- Kerabu Maggi Perut
- ๐ฉโ๐ณBawal Putih Rebus
- Kerabu Pucuk Paku Perut Kitab
- Perut Air Asam Bersantan
- Kerabu Perut Pucuk Gajus
- Perut Air Asam Kicap
- Perut Lembu Cicah Sambal Belacan
- Maggi Goreng Perut
- Sayur lodeh campur perut
- Kerabu Perut Lembu Cik Rose #chefzam
- Masak lemak perut lembu bersama daun gelugor
- Masak Lemak Perut Tembusu/Babat bersama Rebung#MAHN
- Kerabu Inspirasi Ibu Mertuaku
- Dalca daging #Kelate
- Empal Gentong
- Perut lembu masak kari asam
- Perut lembu masak kicap pedas
- Perut lembu masak berlada
- Perut lembu masak blackpaper
- Perut lembu salai masak lemak cili api
sumber dan rujukan : mamatisya.blogspot.com, wikipedia/babat, bukuprima.com, https://www.healthline.com/nutrition/tripe#uses, https://cookpad.com