Pusar kepala : Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers. Hari ini cikna perasan kat anak kepala anak buah cikna ada dua pusaran kepala bersebelahan. Jadi disini cikna buat research sikit pasal pusar kepala ni. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.
Apa itu pusar kepala? Pusar rambut ialah titik tengah pusingan rambut yang tumbuh disekelilingnya. Pusaran rambut ini bukan sahaja berlaku kepada manusia, malah semua haiwan yang berbulu juga mempunyai pusar bulu badan mereka. Pusar rambut ini boleh berpusing mengikut arah jam atau berlawanan.
Teori manusia dalam kajian terhadap pusar di kepala manusia
Kebanyakan dan kebiasaannya rambut manusia mempunyai pusaran rambut dikepala mengikut arah jam. Pusaran kepala atau rambut yang normal juga bilangannya ialah satu atau dua pusaran. Tetapi bilangan pusar 3,4 atau 5 adalah sangat-sangat jarang berlaku.
Amar J. S. Klar iaitu seorang penyelidik telah menkaji tentang perkaitan pusaran rambut kepala terhadap bilangan pusaran dan hubungan genetik.
Salah satu kajiannya adalah perhubungan antara arah pusar kepala berlawanan jam dan dominan tangan mereka. Hasil kajiannya menunjukkn 8.4% adalah pengguna tangan kanan manakala 45% lainnya adalah dominan tangan kiri iaitu kidal. Ini menunjukkan manusia yang mempunyai pusar kepala berlawanan jam lebih cenderung untuk menjadi dominan kepada tangan kiri.
Walaupun, terdapat segelintir ahli pengkaji yang meragui keputusan daripada hasil kajian Mr. Amar Klar.
Kajian terhadap hubungan antara lokasi, bilangan, jenis pusaran kepala dan tingkah laku kuda
Satu kajian telah dilakukan terhadap 219 kuda jenis ladang yang mengkaji hubungan arah pusaran rambut dengan fungsi pergerakan dominan yang dikawal oleh otak kuda.
Hasil kajian ini mendapati kuda yang mempunai pusaran rambut arah kanan lebih dominan dengan fungsi pergerakan dominan arah kanan manakala pusaran rambut berlawanan jam mempunyai fungsi dominan sebelah kiri.
Kuda Konik yang mempunyai pusaran tunggal terletak di atas mata mereka dinilai lebih sukar untuk dikendalikan sedangkan kuda yang mempunyai pusaran tunggal di bawah atau tepat di antara mata mereka lebih mudah untuk dikendalikan.
Kajian terhadap kuda kecil pony telah menunjukkan bahawa kuda denan pusaran rambut arah lawan jam lebih tenang dan ramah. Manakala kuda dengan pusaran rambut arah jam lebih bersungguh-sungguh dan anggun. Dilihat pula pada kuda yang mempunyai dua pusaran rambut dinilai lebih bersemangat, kurang berwaspada dan aktif.
Mitos terhadapat anak yang mempunyai 2 pusar rambut
Kalau zaman dulu-dulu, makcik-makcik akan cakap yang anak yang mempunyai dua pusar rambut akan menjadi sangat nakal dan sukar dikawal.
Menurut Dato’ Fazilah Kamsah, iaitu seorang motivator television yang sangat terkenal telah memberi pandangan atau hasil penelitian bahawa anak yang mempunyai dua pusar kepala adalah anak yang sangat banyak akal, banyak idea dan sangat bijak. Rujukan daripada FB/pa&ma.
Jadi mitos yang mengatakan anak-anak yang mempunyai dua pusar ialah anak-anak yang nakal adalah mitos sama sekali. Hal ini kerana sejak kecil sifat anak kecil dari lahir adalah kosong ibarat kain putih. Tetapi sebenarnya ibubapalah yang paling penting dalam mencorakkan warna pada kain putih tersebut.
Baca juga :
- Senarai 5 tahap perkembangan kanak-kanak umur 0-2 tahun
- 10 Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak
- Cara mendapatkan minda yang sihat dan positif
Soal jawap tentang pusar kepala
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pusar kepala di kepala manusia?
Rambut yang tumbuh dari titik pusar ini pada kulit kepala anda disusun dalam bentuk bulat yang dipanggil pusaran.
Terdapat juga kepala manusia yang mempunyai lebih daripads 2 pusar. Kedua-dua pusar ini menjadi center pada ketumbuhan rambut anda.
Mempunyai lebih daripada satu pusar biasa dikaitkan dengan pelbagai mitos seperti perangai, kesihatan sehinggalah kepintaran seseorang.
Menurut Institut Penyelidikan Genom Manusia Kebangsaan, hanya 5% orang sahaja yang mempunyai pusaran berganda di kepala mereka.
2. Bolehkah pusar kepala dihapuskan atau dihilangkan?
Mungkin ada kes jangan sangat-sangat jarang berlaku dimana pusar kepala menyebabkan gangguan pada ketumbukan rambut atau keadaan rambut orang.
Jawapannya, Ya, anda boleh menghapuskan pusar kepala anda jika anda mahu.
Anda boleh membetulkannya supaya ia bekerjasama dan sebati dengan seluruh rambut anda, tanpa menggunakan langkah drastik. Terdapat pelbagai cara untuk anda menguruskan situasi ini.
Terdapat berbagai cara untuk anda menguruskan situasi ini. Jadi, inilah cara untuk menghilangkan pusaran kepala andasecara kekal. Anda boleh mencuba satu, atau cubakan kesemuanya sekali!
1. Membiarkan keseluruhan rambut anda kelihatan kusut masai
Sebelum anda akan tambah kesilapan yang akan memberi penyesalan, terdapat satu pilihan yang perlu anda pertimbangkan terpebih dahulu apabila anda cuba untuk menyembunyikan pusaran tersebut iaitu biarkan ia kusut masai.
Anda boleh melakukan ini dengan menjadikan seluruh kepala anda kelihatan sama seperti kusut, yang menjadikan pusaran kepala anda yang degil kelihatan sengaja dibiarkan tidak terurus.
2. Sisirkan rambut kesayangan anda mengikut arah pusaran
Perkara pertama yang anda perlu perhatikan ialah anda betul2 perlu memahami tentang arah pusaran anda sendiri.
Dengan erti kata lain, lihat arah mana rambut anda akan jatuh jadi arah situlah anda perlu sisirkan rambut anda.
Mungkin anda akan memerlukan cerman pegang tangan untuk melihat pusaran kepala bahagian belakang!
Yang akhirnya anda boleh menyikat rambut dari arah yang betul untuk mengelakkan keguguran rambut yang bermula daripada titik tengah pusaran rambut.
3. Peralatan yang lebih kuat mungkin boleh membantu anda! 💇♀️
Hair dryer atau pengering rambut mungkin boleh membantu anda menyelesaikan masaalah pusaran rambut yang membotak!
Dengan bantuan haba daripada alat pengering rambut, boleh membantu mengubah arah tunduk atau jatuh rambut! Terutamanya jika ia dipadankan dengan dandanan rambut dengan penggayaan yang betul. (Namun masih akan jatuh pada pusaran yang sebenar jika anda sudah membasuh atau membasahkan rambut)
Jadi, sebagai tambahan kepada pengering rambut, mungkin sudah tiba masanya untuk anda melabur dalam produk pelembap rambut – pelbagai produk pelembap rambut yang bersesuaian dengan anda boleh didapati.
Sedikit cara untuk menggunakan pelembap rambut ini ialah – Keringkan rambut anda dengan tuala kering sejurus selepas anda mandi dan mencuci rambut.
Setelah itu, oles seberapa keperluan rambut anda dengan pelembat rambut yang bersesuaian dengan anda. Dan akhir sekali, kuncikan dengan angin panas daripada palat pengering rambut kesayangan anda!
4. Biarkan ia panjang dengan sihat!
Jika anda mempunyai masaalah pusar kepala yang memberi kesan kepada keseluruhan gaya anda, mungkin sudah tiba masanya anda biarkan rambut anda tumbuh dengan jayanya!
Bagaimana dengan memanjangkan rambut boleh menghilangkan kesan pusaran pada rambut anda?
Rambut yang panjang akan menambah keberatan rambut yang jatuh dan menarik keseluruhan rambut kebawah. Ini boleh memudarkan kelihatan bentuk pusar.
Ataw dengan cara lain, kurangkan kekerapa anda membasuh rambut atau mensyampu rambut.
Mengurangkan penggunaan syampu pada rambut boleh membantu menambah berat pada rambut anda debgan meningkatkan kelembapan semula jadi dan paras minyak pada kulit kepala.
Pssttt! Jika anda seorang lelaki, why not gaya baru dengan memanjangkan sedikit rambut anda, mungkin penampilan baru anda lebih sesuai dan menarik?
5. Dapatkan nasihat daripada profesional 👩⚕️
Jalan terakhir yang mungkin memerlukan anda untuk mengeluarkan modal sedikit.
Jika anda ingin membetulkan pusar rambut anda, maka anda boleh dapatkan hasil kerja atau nasihat daripada pakar dalam bidang tertentu seperti tukang gunting rambut, pakar ramvut dan salon!
Tukang gunting rambut profesional amda pasti tahu untuk mentekstur, menggunting, menggayakan malah terdapat juga teknik untuk meminimumkan pusar kelapa.
3. Seberapa jarang lingkaran rambut berlawanan arah jam? (Anti-clocwise)
Setakat kajian yang dibuat, pusaran rambut diatas kepala anda tidak mempunyai tujuan spesifik yang boleh membantu anggota badan anda yang lain. Namun…
Kita semua tahu bahawa kebanyak rambut manusia mempunyai pusaran mereka begitu juga dengan rambut haiwan yang berbulu.
Pada tahun 2004, terdapat satu kajian dimana 500 peserta lelaki telah terlibat untuk menentukan peratusan ara pusingan pusaran rambut manusia.
Daripada 500 peserta tersebut, 75% daripadanya menunjukka lingkaran pusaran mengikut arah jam (clockwise), manakala 11% lagi menunjukkan lingkaran pusaran yang tidak mengikut arah jam (counter-clockwise).
Jadi secara amnya, pusingan pusaran kepala pada arah clockwise adalah dominan bagi manusia, manakala counterclockwise adalah kes yang jarang berlaku mengikut genetik tertentu.
Baca juga : Jenis pusar kepala yang pernah wujud di rambut manusia
sumber dan rujukan : wikipedia, wikipedia, FB/pa&ma,
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- 6 tempat menarik di Kuala Lumpur 2022 untuk percutian kanak2 dan keluarga
- Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja
- Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama