Makanan untuk perkembangan otak anak | Mempunyai anak yang bijak dan pintar menjadi satu impian kepada semua ibu bapa diluar sana. Perkembangan otak yang baik bukan sahaja dirangsang dengan kepelbagaian aktiviti yang memerlukan pemikiran yang baik, tetapi pemakanan juga boleh membantu untuk mengembangkan otak anak anda.
Sejurus selepas lahir, bayi anda akan menerima susu ibu. Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik untuk anak anda. Ia sememangnya lengkap dengan semua nutrisi untuk perkembangan anak yang baik. Tetapi selepas 6 bulan dan keatas, bayi akan mula diperkenalkan dengan makanan luar.
Hal ini kerana, semakin bayi membesar, mereka akan memerlukan nutrisi yang lebih banyak untuk menyokong tumbesaran tulang dan tubuh. Contoh makanan pepejal ini ialah puri buah-buahan dan bubur nasi kosong tanpa garam dan perisa. Nutrisi tambahan ini juga penting untuk menguatkan tumbesaran otak anak anda.
Jom Ibu-ibu kita lihat 5 makanan berikut yang dikhaskan untuk perkembangan dan kecerdasan otak anak anda.
1. Wholemeal (bijiran penuh)
Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan makanan bijirin sebagai sebahagian daripada diet sihat keseluruhannya boleh memberi kesan positif kepada fungsi kognitif minda.

sumber : grocer.com
Bijiran penuh ini termasuklah gandum, barli, quinoa dan sebagainya. Ia kaya dengan banyak vitamin B yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan otak dan berpotensi memelihara ingatan anda.
Terdapat banyak produk pemakan yang terbuat daripada bijiran penuh yang mudah untuk anda konsumsi. Antaranya ialah roti, tepung, pancakes dan sebagainya.
Waktu paling baik untuk mengambil bijiran penuh ialah pada waktu pagi. Sarapan dengan makanan berasaskan bijiran penuh bukan sahaja membantu mencerdaskan otak, malah ia membantu memberi tenaga untuk kita bertahan sehingga sebelumnya waktu makan tengah hari.
2. Khasiat omega 3 daripada sumber ikan
Antara 3 ikan yang mempunyai omega 3 paling tinggi ialah yang pertama salmone, kedua ialah sardin dan yang ketika ialah atlantika mackerel.
Kandungan Omega-3 yang merupakan asid lemak memberi banyak manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek.

sumber : healthline.com
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ia juga turut membantu otak menerima oxygen secukupnya sekaligus membantu otak berkerja dengan menerima maklumat baharu sementara mengingati maklumat lama.
Selain Omega 3, ikan juga kaya dengan vitamin B3, B6 dan B12 yang boleh didapati di dalam minyak ikan sekaligus meningkatkan ketajaman fikiran. Sebagai contoh, lihat saja masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah daripada sushi. Mereka menjadi antara masyarakat yang mempunyai pencapaian akademi yang tertinggi didunia.
3. Telur
Telur adalah sumber nutrien yang baik untuk kesihatan otak, ini termasuklah vitamin B6 dan B12, folat, dan kolin (64). Choline adalah mikronutrien penting yang digunakan oleh badan anda untuk membuat asetilkolin iaitu neurotransmitter yang membantu mengatur mood dan ingatan.

sumber : brainblogger.com
Telur juga menjadi salah satu sumber protein kepada manusia selain ia mempunyai kos yang rendah untuk dimiliki.
Para pelajar digalakkan untuk selalu mengambil telur kerana ia membantu otak anda untuk mengingat. Tetapi harus diberi perhatian, jika ia diambil berlebihan, ia juga boleh menyebabkan bau badan yang tidak enak.
4. Kekacang

sumber : brainfutures.org
Pengambilan pemakanan yang banyak daripada kacang dan bijirin memberi kesan yang baik untuk otak, kerana makanan ini mengandungi asid lemak dan antioksidan omega-3.
Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014. Para saintis mendapati bahawa pengambilan kacang keseluruhan yang lebih tinggi dikaitkan dengan fungsi otak yang lebih baik pada usia yang lebih tua. Ini bermaksud, pengambilan kacang akan memberi kesan jangka panjang yang baik kepada otak kita.
Kacang manakah yang terbaik untuk otak anak anda ? Bagi penyelidik, walnut adalah kacang yang paling baik untuk kesihatan otak. Terutama, atas sebab ini : Mereka mempunyai kepekatan DHA yang tinggi iaitu sejenis asid lemak Omega-3. Beberapa penyelidik mencadangkan bahawa DHA mungkin menjadi kunci utama untuk meningkatkan prestasi otak anak anda selain mencegah penurunan kognitif atas faktor usia.
5. Sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayuran berdaun seperti kangkung, bayam, collard, dan brokoli kaya dengan nutrien yang boleh menyihatkan otak seperti vitamin K, lutein, folat, dan beta karoten. Penyelidikan menunjukkan bahawa makanan berasaskan tumbuhan ini dapat membantu memperlambatkan penurunan kognitif otak.
Kebanyakan buah beri termasuk beri hitam, beri biru dan raspberi kaya dengan antioksidan yang baik untuk otak. Ia mendapat gelaran sebagai ‘superfruit’ kerana kandungan fisetin dan flavanoidnya bagus untuk meningkatkan ingatan dan dapat membantu membalikkan kesan penuaan pada otak.

sumber : healthybrains.org
Baca juga :
- Senarai 5 tahap perkembangan kanak-kanak umur 0-2 tahun
- 10 Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak
- 7 Aktiviti luar rumah yang membantu perkembangan minda anak
- Mobile game terbaik untuk perkembangan otak anak anda
Sumber : tzkrah.com, gpsbestari.com, healthybrains.org