Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka untuk memulakan perkembangan otaknya dengan aktiviti dan permainan yang menyeronokkan. Semua perkara yang anda lakukan seperti bermain, bercakap, makan, berjalan, membaca, berpelukan, dan menyanyi akan membantu simulasi pada otak mereka. Anak-anak akan belajar “jalur imaginasi” mereka sendiri daripada imaginasi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.
Bila dan bagaimana sel otak anak anda berhubung
Kebiasaannya otak kanak-kanank akan tumbuh dengan cepat pada tiga tahun pertama kehidupannya. Dalam tempoh pertumbuhan otak yang kritikal ini, jalur saraf yang nipis dan panjang akan memulali tumbuh di dalam otak. Saraf ini merupakan kabel yang menghubungkan dan membawa impuls elektrik antara se-sel otak.
Rantaian saraf yang dihasilkan inilah yang akan membentuk asas kemahiran neurologi dan digunakan oleh anak anda sepanjang hayatnya. Aktiviti selepas kelahiran dan gen yang dibawa inilah yang akan menentukan bentuk pendawaian otak manusia sehingga dewasa.
Sambungan yang sedia ada didalam otak kanak-kanak sentiasa menantikan pengalaman baru. Dimana ia akan membentuk rangkaian saraf baru untuk bahasa, penaklukan, penyelesaian masalah, dan nilai moral. Pengalaman baru dibina berdasarkan corak yang telah ditetapkan dan membuat corak dan rangkaian baru untuk lebih banyak pembelajaran.
Sambungan saraf yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal manakala saraf yang tidak digunakan akan terus dibuang.
1. Aktiviti untuk perkembangan kemahiran menyelesaikan masaalah
Penyelesaian masaalah dalam kehidupan kanak-kanak bermula dengan asas sebab-dan-kesan daripada penaklukan dan fleksibiliti (kemampuan tanpa batas).
Pada ketika bayi mencapai usia kanak-kanak, kemahiran menyelesaikan masaalah mereka akan semakin matang. Dari masa ke semasa mereka akan membentuk sifat ingin tahu, sabar dan kepuasan jika dapat menyelesaikan masaalah.
1.1 Pattern block
Kesesuaian umur : satu setengah tahun dan keatas.
Sebagai permulaan, ibu boleh menggunakan blok yang berbentuk untuk membuat satu struktur sederhana dan simple seperti bentuk bunga, bentuk blok yang bertingkat menyerupai bangunan dan sebagainya. Kemudian minta anak anda untuk meniru corak yang anda buat.
Selepas itu, anda boleh meminta anak anda cuba buat corak sendiri. Tunjukkan kepada anak kecil anda bahawa anda seronok meniru coraknya pula. Kemudian bentukkan dengan corak yang lebih rumit. Ini membolehkan anak anda berfikir diluar kotak dan menjadi kretif.
Akhirnya anda boleh membiarkan anak anda bermain dan berimaginasi sendiri.
1.2 Nesting Block (Permainan bersarang)
Kesesuaian umur : satu setengah tahun dan keatas.
Selain Nesting Block sedia ada seperti yang ditunjuk didalam gambar diatas, anda juga boleh menggunakan mangkuk, cawan atau mainan dengan saiz yang berbeza yang terbuat dari kotak kadbod. Main dengan anak anda dengan menunjukkan kepadanya bahawa mainan boleh dipasang di antara satu sama lain. Ceraikan objek itu dan dorong anak anda untuk meletakkan mainan itu sendiri.
Aktiviti permainan ini mengajar anak kecil anda mengenai perbezaan ukuran, dan menyelesaikan masalah melalui penyelasaian yang logik.
1.3 Matching game (permainan padanan)
Kesesuaian umur : Dua hingga dua setengah tahun.
Untuk aktiviti permainan padanan ini, anda juga boleh membuat sendiri. Hanya perlukan kadbord. Untuk lebih mudah, anda printkan sahaja 2 gambar yang sama kemudian tampal pada kardbord yang sudah digunting segi empat tepat.
Apabila anda sudah menyediakan sekurang-kurangnya 4 pasang kad, anda boleh mula bermain dengan anak anda. Caranya ialah balikkan semua kad. Buka satu kad untuk anak kecil anda. Tanya anak anda apa gambarnya, dan katakan kepadanya bahawa anda akan mencari gambar yang sama. Buka kad yang lain satu demi satu, dan tanyakan kepada anak anda apakah kad yang sama dengan kad yang terbuka. Sekiranya dia menjumpai sepasang, berikan kepadanya, kemudian buka kad lain dan minta dia mencari pasangannya. Ulangi sehingga semua kad dipadankan.
2. Aktiviti untuk kemahiran berfikir
Rangsangan otak yang berfikir membantu sel saraf terbentuk dan menguatkan sal saraf yang sedia ada. Aktiviti yang mencabar tetapi penuh kecintaan akan membentuk pengalaman pembelajaran yang lebih optimum kepada anak-anak.
Mulakan dengan permainan puzzle dengan anak anda. Permainan puzzle akan membantu pembentukan pemikiran, pembezaan dan kawalan otot dimana ia agak mencabar kepada otak anak anda.
Baca halaman seterusnya..
2.1 puzzle kertas
Kesesuaian umur : Dua setengah tahun keatas.
Potong bentuk yang terbuat dari kertas berwarna, dan buat papan dengan gambar yang sesuai dengan bentuknya. Kemudian suruh anak untuk memadankan bentuk potongan menjadi gambar yang asal.
Idea lain adalah dengan mendapatkan gambar objek sederhana berwarna-warni dan menarik dari majalah. Potongnya menjadi empat dan minta anak anda menyatukan semula gambar itu. Untuk menjadikan teka-teki lebih mencabar, anda boleh memotong gambar menjadi lebih dari 4 keping, atau dalam bentuk yang tidak teratur. Anda juga boleh mencantumkan potongan dari 2 gambar.
2.2 Kemahiran membeza
Kumpulkan gambar benda atau lukis gambar benda yang berlawanan seperti besar dan kecil, keras dan lembut, atas dan bawah, dalam dan luar dan sebagainya. Tampal gambar dalam kad. Bercakap dengan anak kecil anda mengenai konsep bertentangan. Campurkan kad di atas meja. Angkat kad dan terangkan apa yang ditunjukkan contohnya “Ini adalah sesuatu yang besar, di mana sesuatu yang kecil?”
2.3 Membacakan buku
Aktiviti membacakan buku cerita membantu anak anda berimaginasi. Anda boleh mengulang buku cerita yang sama untuk membantu otak mengingat.
Sambil bercerita anda boleh memberi soalan menanyakan pendapat mereka tentang apa yang akan berlaku sebelum anda meneruskan penceritaan. Sekiranya dia memerlukan pertolongan, beri dia petunjuk tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Sekiranya anak anda masih tidak ingat, cukup katakan padanya “Jom kita tengok” dan buka halaman, kemudian bincangkan apa yang akan berlaku seterusnya.
3. Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mengingat
Apabila anak anda belajar sesuatu, sinapsis (neuron) baru akan terbentuk atau sinapsis lama diperkuat. Ia mewujudkan ingatan tentang pengalaman atau apa yang anak pelajari. Sama seperti otot, semakin banyak memori digunakan pada tahun-tahun awal, semakin mudah baginya untuk menangani banyak maklumat di lain.
3.1 Tindak balas pada bunyi haiwan
Tunjukkan kepada anak kecil anda buku bergambar haiwan yang mengeluarkan suara atau anda sendiri melakuknnya. Arahkan ke haiwan dan buat suara haiwan itu. Contohnya, arahkan ke lembu dan katakan, “tengok ini lembu. Lembu itu berkata moo! ” Kemudian tanyakan kepada anak anda apa yang dikatakan oleh lembu itu.
“Apa yang dikatakan oleh lembu itu?” Bantu dia dengan mengulangi suara binatang, sehingga dia mengeluarkan suara yang tepat. Anda dapat menunjukkan kepadanya beberapa haiwan seterusnya, dan kemudian kembali ke lembu, dan melihat apakah dia mengingati suara haiwan yang dia temui selama ini.
3,2 Aktiviti dengan keseronokan bergambar
Kesesuaian umur : satu tahun setengah keatas
Dengan menggunakan majalah terpakai, potong gambar objek yang menarik bagi anak kecil anda, seperti kapal terbang, zirafah atau gunung. Kemudian lekatkannya pada kad indeks. Tunjukkan gambar-gambar itu kepada anak kecil anda, beritahu dia nama objek dan bercakap dengannya mengenai objek tersebut. Kemudian, minta anak anda mencari gambar yang anda ceritakan kepadanya.
Contohnya, setelah bercakap mengenai zirafah, anda boleh bertanya kepadanya “Di mana zirafah?” Permainan ini dapat membantu merangsang memori visual anak anda, dan juga membantu perkembangan bahasanya.
Baca juga :
- Mobile game terbaik untuk perkembangan otak anak anda
- Senarai 5 tahap perkembangan kanak-kanak umur 0-2 tahun
- Bagaimana animasi membantu otak anak belajar dan mengingat?
- 10 Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak
- 7 Aktiviti luar rumah yang membantu perkembangan minda anak
Sumber : raisesmartkids.com, superbabyonline.com, Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak, Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak