Perkembangan kanak-kanak : Anak-anak merupakan pusat penumpuan sepenuhnya kepada ibu-bapa. Kanak-kanak memerlukan penjagaan yang tepat untuk perkembangan minda. Jadi ibu bapa perlu mengetahui 5 tahap perkembangan mintak anak-anak mereka.
Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan kanak-kanak?
Setiap kanak-kanak mempunyai beberapa peringkat perkembangan. Corak perkembangannya hampir serupa pada setiap kanak-kanak yang berbeza. Ada yang mengambil masa yang cepat untuk perkembangan minda ini, dan ada yang memerlukan masa yang lambat.
Setiap peringkat pembangunan mempunyai tonggak pencapaian. Oleh itu, banyak pakar menyebutnya ‘milestone development’ iaitu pencapaian perkembangan.
1. Perkembangan minda kognitif
minda kogitif bermaksud kebolehan minda kanak-kanak untuk berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masaalah. Perkembangan minda ini biasanya berbeza pada peringkat umur kanak-kanak.
Kanak-kanak memang akan selalu berfikir. Contoh ketika kanak-kanak yang baru mula belajar berjalan. Mereka akan memerhati persekitaran mereka dan meneliti objek mana yang mereka boleh pegang untuk berpaut. Sama halnya dengan kanak-kanak berusia 5 tahun yang belajar menyelesaikn soalan matematik.
Kedua-dua umur ini merupakan pemkembangan minda kognitif yang berbeza.
2. Perkembangan sosial dan emosi
Perkembangan sosial dan emosi bermaksud bagaimana anak-anak belajar cara untuk berinteraksi dengan orang lain. Bentuk interaksi kanak-kanak boleh menjadi berbeza-beza bergantung pada siapa yang berada disekeliling mereka.
Sebagai contoh, bagaimana kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan anak-anak lain di dalam satu bilik. Berbeza pula apabila mereka berinteraksi dengan orang dewasa.
Kanak-kanak yang membesar akan belajar tersenyum, menolong orang lain ketika mereka memerlukan atau belajar mengawal diri. Semua ini adalah sebahagian daripada perkembangan emosi.
Contohnya, bayi yang berumur beberapa bulan akan belajar tersenyum kepada orang lain. Begitu juga, seorang kanak-kanak yang lebih tua belajar bagaimana melambai ke arah orang.
Ibu bapa perlu menerapkan perkembangan ini dengan memberi contoh yang baik kepada anak. Dari situ anak-anak anda akan belajar untuk membentuk perkembangan emosi mereka.
3. Perkembangan percakapan dan bahasa
Perkembangan bahasa dan percakapan kanak-kanak akan berkembang dari masa ke semasa. Hal ini berlaku kerana mereka akan sentiasa bertindak balas dengan kata-kata dari sekeliling mereka.
Secara umumnya, kanak-kanak memerlukan masa untuk membentuk perkembangan ini. Sedari bayi, mereka tidak memahami satu bahasa pun, tetapi dengan peredaran masa dan tindak balas pada bunyi sekeliling dapat membantu mereka memahami kata-kata yang diluntarkan.
Perkara pertama yang mereka pelajari adalah bagaimana nama orang berbeza-beza seperti mama dan papa yang menunjuk pada ibu dan ayah. Mereka juga akan mula memahami bagaimana untuk memberi tahu sesuatu yang mereka perlukan.
Selepas beberapa ketika, dia mula menggunakan kata-kata untuk menyatakan keperluan. Itu adalah tahap pertama perkembangan bahasa.
Semasa bayi berusia satu tahun, dia belajar menggunakan kata-kata. Pada tahun berikutnya, dia akan belajar bagaimana menamakan objek, dan lain-lain. Kemudian ketika dia semakin berkembang, pengertian bahasanya akan terus bertambah.
4. Perkembangan pergerakan kecil
Perkembangan pergerakan kanak-kanak berkaitan dengan pertumbuhan saraf dan sel otot. Sel-sel otot akan mula melakukan pergerakan yang mudah.
Jadi, otot bayi harus berkembang untuk membolehkan pergerakan yang betul. Manakala tulang mereka perlu tumbuh lebih kuat untuk menyokong badan dan pergerakan otot.
5. Perkembangan pergerakan besar
Terdapat tahap pergerakan lain dalam tempoh pertumbuhan anak-anak. Ini adalah pergerakan besar yang terdiri daripada berdiri, belajar berjalan, dan berlari.
Dalam setiap peringkat, sel otot perlu menjadi cukup kuat untuk memberi sokongan kepada badan yang sedang berkembang. Ketika bayi masih kecil, saraf tunjang, tulang, dan ototnya tidak cukup kuat sehingga bayi dapat duduk.
Namun, setelah beberapa ketika tubuhnya berkembang dengan betul, bayi akan mula belajar duduk. Begitu juga, setelah beberapa lama, ketika bayi merasakan otot kaki sudah cukup kuat, ia mula belajar berdiri.
Tanpa perkembangan otot yang betul, pergerakan di setiap tahap ini tidak akan dapat dilakukan.
Senarai semak perkembangan kanak-kanak yang normal dan tidak normal dari bayi sehingga berumur 2 tahun
Ibu bapa perlulah peka dengan fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa, Ini bagi membantu 5 tahap perkembangan yang diterapkan diatas termasuklah fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.
Selain itu, senarai ini juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak tersebut.
Senarai perkembangan ini diambil daripada myhealth.gov.my,
Umur | Perkembangan normal |
---|---|
Dari lahir (0-4) minggu | Ransangan pergerakn mulut iaitu menhisap. Tangan dan kaki aktif bergerak perlahan Memberikan reaksi terhadap bunyi yang kuat seperti terkejut |
Dari 4-6 minggu | Boleh mengawal posisi kepala secara tegak Berkeupayaan membengkok siku sedikit. |
Dari 6 minggu sehingga 3 bulan | Mengangkat kepala sedikit sewaktu dibaringkan secara meniarap. Boleh menyokong lengan. |
Dari 3 bulan sehingga 6 bulan | Boleh meniarap Boleh memusingkan badan dari posisi terlentang ke meniarap. Menolak badan kedepan dan menarik badan keatas dengan berpaut kepada sesuatu. Mencapai dan menyentuh objek. Mengambil, menggengam dan membawa objek ke mulut. Memerhatikan objek sewaktu bergerak (contohnya mainan yang mengeluarkan bunyi. |
Dari 6 bulan sehingga 9 bulan | boleh duduk dengan sendiri /duduk dengan sokongan. Mengambil dan membawa barang dekat ke badan. Memindahkan objek kedua-dua belah tangan. Menyokong badan dengan sendiri jika didudukkan. |
Dari 8 bulan sehingga 10 bulan | Boleh merangkak. |
Dari 9 bulan sehingga 12 bulan | Berdiri sendiri Berjalan dengan bantuan (peralatan sekeliling yang boleh ditolak untuk berjalan) Menolak dan bermain dengan bola Melontar objek Mengambil objek dengan menggunakan ibu jari dan jari lain. Menjatuhkan dan mengambil semula objek. |
Dari 1 tahun sehingga 2 tahun | Berjalan semakin mudah Boleh mencangkung Boleh menaiki/menuruni tangga dengan bantuan atau memegang sesuatu. Boleh menyepak bola Mula untuk berlari. |
Baca juga :
- 7 Aktiviti luar rumah yang membantu perkembangan minda anak
- 10 Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak
- Bagaimana animasi membantu otak anak anda belajar dan mengingat?
Sumber : backtobasickids.com, healthline.com, theasianparent.com