Aktiviti yang membantu perkembangan minda anak : Pembentukan neuron-neuron otak lah yang akan membuatkan anak lebih bijak. Anda boleh memulakan dengan aktiviti luar rumah yang memerlukan untuk berfikir dan membantu perkembangan minda anak.
Aktiviti luar rumah dapat membantu mengembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak dan juga kemampuan berfikir secara kritikal.
1. Hide and seek
Aktiviti luar rumah klasik ini menggunakan banyak kemahiran untuk digunakan. Permainan ini dapat membantu kanak-kanak berfikir dan menghubungkan titik pemikiran sambil bergantung kepada pelbagai input luaran.
Petunjuk pemerhatian, pemikiran kritikal, pendengaran dan visual adalah antara kemahiran yang diperlukan untuk bermain permainan ini.
2. Treasure Hunt (pencarian harta karun)
Permainan lain yang hebat dalam membuat hubungan, meningkatkan daya tumpuan dan pemerhatian adalah Treasure Hunt.
Kanak-kanak mencari barang-barang tertentu dan yang paling banyak mendapat keputusan akhirnya adalah pemenangnya. Ini adalah permainan luar rumah yang hebat yang membantu kanak-kanak melihat perkara biasa dengan penuh perhatian semasa mencuba mencari objek dalam senarai mereka.
Untuk kanak-kanak yang lebih tua, peta mudah boleh dibuat di mana objek tersembunyi. Ini akan membantu kemahiran membaca peta mereka.
3. Teka barang (Feely bag)
Permainan ini bergantung pada deria sentuhan dan visualisasi. Caranya ialah kanak-kanak akan memasukkan tangan mereka ke dalam beg dengan mata tertutup dan cuba meneka objek didalam ‘feely bag’.
Oleh kerana permainan ini tidak bergantung kepada petunjuk visual, ia membantu dalam mempertajamkan kemampuan deria anak-anak dan menghubungkannya dengan imaginasi minda. Ini memerlukan daya tumpuan dan daya ingatan yang baik.
Permainan ini juga membantu anank-anak tumbuh lebih berani dan belajar mencuba sesuatu yang baru.
4. Permainan watak
Permainan watak memberi idea kepada anak-anak anda menjadi apa yang mereka imaginasikan. Permainan ini bukan sahaja membina keupayaan berfikir dan mengingat tetapi ia juga mengajar anak-anak untuk menjadi pemain pasukan yang baik.
5. Permainan halangan jalan
Aktiviti luar rumah dengan permainan halangan jalan ialah salah satu permainan yang paling menyeronokkan. Halangan jalan dapat membantu kanak-kanak membina keseimbangan fizikal dan mental. Ia memerlukan koordinasi fizikal dan analisis logik untuk menghadapi cabaran.
Jika anda tidak mempunyai laman yang cukup besar untuk membuat semua halangan seperti diatas, apa yang anda perlukan hanyalah kapur dan imaginasi gambar. Anda boleh melukis gambar halangan diatas jalan dan ajarkan anak-anak anda bagaimana hendak bermain permainan tersebut.
6. Ting-ting (hopscotch)
Ini adalah satu lagi permainan hebat untuk membina koordinasi, ingatan dan kemahiran logik. Kanak-kanak perlu mengingat langkah kaki mereka dan pada masa yang sama perlu mengambil kira pengiraan lompatan mereka.
7. Melawat dan meneroka tempat-tempat yang baru
Aktiviti lawatan dapat membantu perkembangan imaginasi dan berfikir kanank-kanak. Sambil membawa untuk lawatan, anda juga perlu menerapkan sedikit penerangan tentang apa yang mereka lihat.
Contoh tempat lawatan ialah taman rekreasi, taman permainan, zoo dan sebagainya.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh membantu perkembangan minda anak-anak anda. Apa yang paling penting sekali ialah interaksi dan komunikasi antara ibubapa dan anak-anak mereka.
Baca juga :
- 5 makanan untuk perkembangan otak anak anda
- Senarai 5 tahap perkembangan kanak-kanak umur 0-2 tahun
- 10 Aktiviti meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak
- Bagaimana animasi membantu otak anak anda belajar dan mengingat?
- Mobile game terbaik untuk perkembangan otak anak anda
Sumber : kidpillar.com, Aktiviti luar rumah membantu perkembangan minda anak