Penyebab bayi baru lahir sudah tumbuh gigi..| Sehingga hari ini iaitu 26 Desember 2021, masih viral tentang kisah anak seorang selebriti popular yang sering digelar sebagai kak KM. Mana tidaknya, anaknya yang baru menginjak usia 2 hari sudah dikejutkan dengan penampakan pertumbuhan gigi.

anak kak km
sumber gambar : kmfavourite.testimoni

Jika anda seorang yang masih bujang seperti penulis, berita ini pastilah sesuatu yang baharu. Kebiasaannya anak-anak buah penulis akan tumbuh gigi pada usia 6-7 bulan.

Pertumbuhan gigi yang normal pada bayi dan tanda-tandanya

Bilakah umur yang normal biasanya bayi akan mula tumbuh gigi?

Kebanyakan bayi akan menunjukkan tanda untuk pertumbuhan gigi pertama mereka pada usia 6 bulan. Manakala pada usia 3 tahun mereka sudah memiliki set lengkap gigi yang tumbuh dalam mulut mereka.

Manakala tanda-tanda pertumbuhan gigi yang normal ialah :

  • Air liur yang meleleh dengan banyak.
  • Waktu tidur yang semakin berkurangan. Ia mungkin bernuca daripada rasa kesakitan apabila gusi bayi mula terbuka.
  • Kerap menggigit apa sahaja yang boleh dicapai. Tekanan daripada menggigit membantu mereka menghilangkan sedikit tekanan daripada gusi dan melegakan rasa sakit.
  • Sering menggosok bahagian pipi dan telinga. Bayi yang merasa tidak selesa sering ditandai dengan pergerakan tangan pada bahagian telinga mereka. Tetapi habit ini juga boleh menjadi pentanda yang mereka mengalami jangkitan telinga. Dapatkan konsultasi doktor jika habit ini berlarutan.

Normalkah gigi yang tumbuh pada bayi yang hanya berusia seminggu?

Walaupun kebanyakan bayi mendapat gigi pertama mreka beberapa bulan selepas kelahiran, sesetengahnya pula dilahirkan dengan gigi yang sudah terkeluar.

Gigi pada bayi baru lahir ini dikenali sebagai gigi Natal. Gigi natal sangat jarang berlaku, iaitu 1 daripada setiap 2,000 kelahiran.

4 jenis gigi Natal

Jenis gigi yang tepat pada bayi baru lahir akan menentukan risiko komplikasi. Ini juga akan membantu doktor anda menentukan rawatan yang paling sesuai.

Kebanyakan kes gigi Natal melibatkan hanya satu atau dua gigi sahaja. Sangat jarang terjadi dimana kes bayi dilahirkan dengan gig yang sudah penuh,

Gigi hadapan bahagian bawah adalah yang paling biasa, diikuti dengan gigi bahagian hadapan.

Terdapat empat jenis gigi natal yang akan ditentukan oleh doktor :

  • Gigi yang berkembang sepenuhnya, walaupun longgar, crown gigi terlekat pada struktur akar.
  • Gigi longgar yang tidak mempunyai akar sama sekali.
  • Gigi kecil yang baru keluar daripada gusi.
  • Gigi yang kelihatan mahu keluar menembusi gusi.

Penyebab bayi baru lahir sudah tumbuh gigi

Genetik atau keturunan

Laporan daripada kajian melaporkan bahawa antara 8% dan 62% bayi dengan gigi natal mempunyai sejarah keluarga yang juga pernah mengalami gigi Natal.

Jadi jika keluarga anda mempunyai sejarah dengan kes ini, maka anak-anak anda juga berpeluang lahir dengan gigi.

Sumbing pada bahagian bibir atau lelangit

Keadaan gigi Natal biasa terjadi kepada pesakit sumbing bibir dan mulut. jadi, bagi para doktor, sumbing merupakan keadaan perubatan yang paling biasa berkaitan dengan gigi Natal.

Masalah perubatan lain yang berkaitan dengan gigi Natal
  • Sindrom Sotos,
  • Sindrom Ellis-van Creveld (displasia kondroektodermal),
  • Sindrom Hallermann-Streiff (sindrom oculomandibulofacial dengan hipotrikosis),
  • Sindrom Jadassohn-Lewandowsky
Kalsium yang berlebihan?

Punca utama terjadinya masaalah gigi Natal masih menjadi misteri kepada pakar perubatan.

Kalsium merupakan elemen yang paling pening dalam pertumbuhan tulang gigi. Jadi adakah pertumbuhan gigi Natal dikaitkan dengan keadaan kalsium yang berlebihan dalam badan ibu mengandung?

Baca juga :

Sumber info : colgate.com, healthline.com, hurstpediatricdentistry.com, ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like