Cara putihkan gigi dengan bahan semulajadi..| Memiliki gigi yang berwarna kuning bukanlah bermaksud gigi anda tidak sihat. Tetapi hakikatnya sebenarnya gigi kuning itu jauh lebih kuat berbanding gigi yang berwarna putih.
Baca : Punca gigi bertukar menjadi warna kuning
Bagaimanapun memiliki gigi yang putih dan bersih adalah impian semua orang. Kerana gigi yang putih menunjukkan nilai kecantikan yang lebih manis dan kekemasan yang lebih ketara.
Cara yang lebih baik untuk memiliki gigi yang bersih dan putih ialah dengan membuat appointment dengan doktor gigi. Di klinik gigi, anda akan mendapat rawatan dan nasihat daripada pakar.

Cara putihkan gigi dengan bahan semulajadi
Untuk membuat temujanji dengan doktor gigi anda, sudah pastilah anda perlu menyediakan kos rawatannya terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika anda masih tidak berkesempatan untuk bertemu dengan doktor gigi?
Jom cuba dulu 4 cara untuk memutihkan gigi anda hanya menggunakan bahan dirumah sahaja.
1. Baking soda & hidrogen peroxide
Baking soda merupakan bahan yang biasa ada dalam dapur anda. Kegunaannya biasa digunakan didalam roti untuk melembutkan dan menaikkan tepung.
Baking soda jika digunakan untuk gigi, ia akan bertindak sebagai pembersih manakala hidrogen peroxide akan bertindak untuk melunturkan kekotoran yang ada pada gigi.
Baking soda dan hidrogen peroxide mempunyai sifat asidik dimana ia mampu menghakis gigi anda jika digunakan secara berlebihan. Jadi anda disarankan hanya membuat pes campuran ini seminggu atau dua minggu sekali sahaja.
Caranya ialah campurkan baking soda bersama sedikit cecair hidrogen peroxide. Gaulkan supaya menjadi seperti pes kemudian gosokkan menggunakan berus gigi pada gigi anda dengan lembut.
2. Campuran cecair hidrogen peroxide
Untuk melakukannya, anda perlu campurkan 1 sudu cecair hidrogen peroxide bersama 1/2 cawan air.
Gunakan air ini untuk berkumur-kumur selepas selesai memberus gigi seperti biasa. Lakukan ia selama 1 minit. Kemudian kumur-kumur seperti biasa dengan air paip.
3. Pes campuran baking soda bersama garam laut
Untuk membuat pes seperti diatas, campurkan satu sudu teh baking soda bersama 1/2 sudu teh garam laut. kemudian gunakan pes ini untuk menggosok gigi anda selama 2 minit.
4. Pes serbuk kunyit
Komponen utama yang terkandung dalam kunyit adalah curcumin. Komponen ini memiliki sifat antibiotik, antiseptik, dan anti-inflamasi yang bisa meringankan radang gusi dan sakit gigi. Selain itu, komponen ini juga mampu mengurangi ngilu akibat gigi sensitif. Bahkan dalam penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Indian Society of Periodontology menunjukkan bahwa kunyit bisa menjadi obat kumur tradisional untuk mengobati radang gusi.
sumber : hellosehat.com/gigi-mulut/perawatan-oral
Selain meringankan sakit, kunyit juga dikatakan dapat membantu membersihkan dan memutihkan gigi.
Cara paling mudah untuk membuat pes ini ialah dengan menggunakan serbuk kunyi segera dan dicampurkan dengan air.
Gunakan pes ini untuk memberus gigi anda selam 3 hari sekali. Cara paling baik ialah gosokkan gigi anda seperti biasa pada waktu pagi dan gunakan pes ini untuk memberus gigi pada malamnya.
Baca juga :
- Hanya 35% populasi manusia lahir tanpa gigi bongsu
- Tips merawat rambut yang beruban dengan bahan semulajadiTips cara menghilangkan sakit kepala
Sumber info : mytotaldentistry.com/blog
- Info Review Wardah Crystal Secret: Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi
- Apa motivasi anda untuk sentiasa menjaga kesihatan?
- 8 Tips untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik sepanjang tahun
- 8 Jenis diet dan penerangannya yang mungkin sesuai untuk anda cuba
- 4 Tips pemilihan snek sihat untuk simanja anda