Reviews

Produk viral review safi minyak zaitun ros hip dan cara guna

Review safi minyak zaitun ros hip..| Biasa kita dengar kebaikan dan penggunaan minyak zaitun dalam satu-satu produk. Tetapi korang tahu ke apa itu ros hip dan kebaikan serta cara guna ia.

Review safi minyak zaitun ros hip
Dapatkan produk safi minyak zaitun di shopee.com.my/safi
Apa itu minyak zaitun

Korang tahu tak? Minyak zaitun Allah ada sebutkan ia didalam alQuran, lihat dibawah :

…yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api…

Surah an-Nur : 32

Hadis lain daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun merupakan minyak yang dihasilkan daripada buah pokok zaitun. Pokok ini berasal daripada lembah Mediterranean.

Pada kebiasaannya, minyak zaitun dihasilkan untuk kegunaan seperti memasak, barangan kosmetik, ubatan dan herba, sabun harian dan juga sebagai bahan bakar seperti lampu minyak.

Antara kandungan utama didalam minyak zaitun yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia ialah kandungan lemak tidak tepunya yang tinggi sehingga lebih daripada 85% (terutamanya asid oleik dan polifenol).

Apa itu ros hip?

Jika anda pertama kali mendengar tentang ros hips, jom baca seterusnya.

Ros hips juga dikenali sebagai rose haw atau rose hep, adalah buah yang terhasil dari pelbagai jenis spesies tanaman bunag mawar. Ia biasanya berwarna merah hingga oren, tetapi berkisar dari ungu gelap hingga hitam pada beberapa spesies.

Secara ringkasnya, buah ros hips terhasil daripada bunga mawar yang sudah gugur kelopaknya

Tahukah anda, kandungan vitamin C didalam buah ros hips adalah lebih banyak daripada buah oren? Amazing right?

Review safi minyak zaitun ros hip
Pokok bunga mawar ada pelbagai jenis warna dan spesis yang sangat cantik

Baca juga : Review kebaikan safi minyak zaitun plus gamat

Kebaikan minyak zaitun ros hip SAFI

Minyak Zaitun plus Ros Hip SAFI merupakan pelembap semula jadi yang diperkaya dengan Vitamin A, C dan E. Ia berupaya memelihara kelembapan serta kesihatan kulit dan rambut.

Formulasinya yang lembut, mudah meresap tanpa kesan minyak dan melekit. Kebaikan Minyak Zaitun plus Ros Hip :

  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Mengurangkan kesan kulit kusam
  • Melembap dan melicinkan rambut

Dapatkan minyak zaitun viral ini selagi stok masih ada di :

Cara guna minyak zaitun viral daripada Safi

Penggunaan minyak zaitun roship daripada safi ini sangat mudah digunakan.

Sama seperti toner muka atau baby oil yang lain, anda hanya perlu titikkan minyak ini pada kapas khas untuk wajah, kemudian sapukan pada kulit anda. Antara bahagian kulit yang sesuai ialah :

Baca juga : Info review susu Glucerna menurunkan paras gula dan berat badan

  • celah peha
  • ketiak
  • Siku
  • Kulit tangan yang tidak sekata
  • Kulit kepala
  • bahagian leher
  • Dan lain lain bahagian yang ada rasa agak gelap dan kusam.

Sapukan juga minyak zaitun ros hip safi ini pada badan anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah sekata dan lembut.

Kata-kata pengguna selepas mencuba produk ini

“@jashhh:Yeee memang berhasil weh takyah pakai kapas pun takpe sapu je lepas mandi and sebelum tidur ketiak akan putih takpakai deodorant pun takpe takberbau”

“”@Kikigriffin19:Minyak zaitun bagus utk rambut juga, saya pakai sebelum tdo & byk baby hair Tumbuh. Tapi Tak semua sesuai ya , try & error”

@Haj29:dh separuh botol dh😂xkonsisten sgt tp nmpk lh beza ckit tu

@tehtriksejuk:Utk kulit kepala pon boleh.Kelimumur makin berkurang.Rambut jadi lembut😊🤯

@wan:sapu kat eyebag boleh

@….:yessss!! i pakai ni je ganti deodorant 🥰 sbb kulit i sensitif pkai deodorant. xyh guna kapas pn, sapu2 buat mcm deodorant

@noona_rein👩‍🎓:wehhh, haah lpas fyp Aku terus try sbb Ada minyak tuh. betul weh mnjdi 😂. nsib Aku dh plan nk beli cream itu ini.

@ekal:pkai kt muka pon bole..insyaallah beminyak

Baca juga : Review Nurfella Beauty serum skin treatment – viral melicinkan parut kulit

Ternyata banyak manfaat minyak zaitun ini untuk kulit wajah ye!
Review safi minyak zaitun ros hip
sumber gambar : pexels.com

Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan antioksidant dimana dua bahan ini adalah ingredient yang sangat baik untuk kulit wajah anda.

Ternyata penggunaan minyak zaitun ini pada kulit wajah akan memberikan manfaat dan penyerapan yang lebih baik!

Dipetik daripada laman kumparan yang memberi pelbagai info dan manfaat, berikut merupakan 7 manfaat penggunaan olive oil ketika anda tidur.

1. Mengurangkan dan menghilang kesan bekas jerawat
gambar sekadar hiasan

Untuk mendapatkan manfaat yang semaksimal yang mungkin, anda disarankan untuk menggunakan minyak zaitun sekera mungkin.

Amalkan mengoleskan minyak zaitun pada wajah anda sambil membuat urutan selama 1-2 minit. Kemudian biarkan ia rehat diwajah anda selama 5-10 minit. Seterusnya cucilah wajah anda dengan pencuci kebiasaan anda seperti biasa.

Amakan dan anda akan dapat mendapat manfaat daripada vitamin E dan antioksidant yang terkandung dalam minyak zaitun terus pada wajah anda.

2. Memberi kelembapan pada kulit wajah

Titiskan beberapa titik minyak zaitun pada tangan anda dan oleskan wajah sebelum untuk memberi kelembapan pada wajah anda.

Kebaikan didalam minyak zaitun, jika dipakai pada malam hari akan dapat meresap kedalam kulit anda sekaligus menyebabkan kulit terhidrasi dan memberikan kelembapan pada wajah anda dipagina.

3. Kulit muka terasa lebih mulus
Gambar sekadar hiasan. Sumber : Google image

Didalam minyak zaitun terdapat kandungan squalene yang mampu memberikan efek mulus pada kulit anda.

Penggunaan setiap hari dan tidak berlebihan pasti anda dapat lihat perbezaan yang ketara pada wajah anda!

4. Agen pencegah penuaan dan kedutan pada wajah

Bagaimana minyak zaitun mampu menjadi agent anti penuaan❓❓

Kandungan vitamin E didalam minyak zaitun sebenarnya adalah anti penuaan yang terbaik untuk wajah anda.

Nak elak muka cepat berkedut? Oleskan minyak zaitun setiap malam ya!

5. Agen pencegah kanser kulit
Gambar sekadar hiasa

Menurut kupasan daripada kumparan.com, minyak zaitun juga boleh menjadi agen anti kanser kerana kandungan antioksidantnya yang tinggi.

Ternyata banyak ye manfaat daripada minyak zaitun yang mungkin diluar kotak fikiran kita!

6. Boleh dijadikan sebagai eye makeup remover
Gambar sekadar hiasa

Titiskan beberapa titik minyak zaitun pada sekeping cotton dan oleskan pada riasan mata untuk menghilangkannya.

Hasilnya pasti memuaskan! Bukan sahaja membantu membuang makeup dimata, ia juga membantu anda mengurangkan lingkaran gelap dibawah mata dan mencerahkan kulit wajah!

7. Merawat dan melembapkan bibir
Gambar sekadar hiasan

Gunakan minyak zaitun untuk merawat bibir anda yang kering dan merekah!

Kandungan bahan utama didalam minyak zaitun iaitu antioksidant, vitamin e dan squalene mampu menangkis kesan radikal kat bibir anda.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan bibir yang lebih lembap dan cerah!

Minyak viral untuk bakal pengantin yang akan berkahwin tak lama lagi!! 👰👰

Malu nak tunjuk kat bakal somi kulit2 gelap dan bertompok?

Anda boleh cuba minyak zaitun rose hip daripada safi nie dah viral di tiktok taw!!

Dengan harga yang sangat murah anda dah boleh memiliki kulit yang lebih sihat dan cerah. Bukan saja menjimatkan, malah sangat mudah dan selamat digunakan.

Lihat harga disini ⏬⏬

Jom baca perkongsian daripada facebook milik Aisyah bajrani tentang minyak yang sedang viral ni.

***********************************************

Ya Allah, Aisyah sampai lupa nak share minyak zaitun viral ni. Nasib baik tadi nampak kat bilik. Kalau tak mesti terperap lagi.

Minyak zaitun ni memang viral kat tiktok hari tu sebab ramai bagi feedback dia boleh cerahkan badan. Paling famous cerahkan celah peha dengan leher la.

Ni salah satu produk yang viral sampaikan semua tempat tak de stock. Bayangkan bukan setakat kat watson dengan guardian jek licin, online pun licin. Memang dasyat betul penangan minyak zaitun ni.

Minyak zaitun ni dia gabungan minyak zaitun dengan rosehip. Macam korang tau, rose hip memang bagus tuk kulit. Tu bila dia bergabung dengan minyak zaitun, kesan dia lagi best.

Minyak zaitun rose hip ni bukan setakat boleh cerahkan kulit, tapi dia ada khasiat lain jugak macam ;

🌷🌷🌷 lembab kan kulit

🌷🌷🌷haluskan kulit

🌷🌷🌷kurangkan kulit kusam

🌷🌷🌷lembutkan kulit

Cara pakai dia pun senang jek. Untuk cerahkan kawasan gelap macam leher atau celah peha, korang tuang jek minyak zaitun ni kat kapas muka. Pastu gosok gosok jek kawasan gelap.

Minyak zaitun dgn rosehip ni ada vitamin A,C dengan E tau. Sebab tu bila konsisten pakai, dia boleh cerahkan kulit secara semula jadi.

Kalau nak lembutkan kulit badan pulak, lepas mandi tu korang sapu jek minyak zaitun ni kat badan.

Minyak zaitun rose hip ni jenis ringan. Jadi bila sapu kat badan, tak de la korang rasa korang dah bertukar jadi orang minyak.

Dia memang cepat serap kat kulit. Yang lagi best, bau dia wangi sangat.

Selamat mencuba.

************************************************

Sumber info : ms.m.wikipedia.org, www.facebook.com, safi.com.my, Review safi minyak zaitun ros hip, m.kumparan.com/, www.pesonapengantin.my, Review safi minyak zaitun ros hip

2 Comments

  1. Saya lepas pakai produk yg bermercury,muka rasa pedih sgt bila sapu dgn cream lain,sy x tahan,lepas tu saya sapu dgn minyak zaitun ros hip,langsung x de rasa pedih. soalan saya adakah lepas pakai skin care yg bermercury kulit muka menjadi hitam… sbb muka sy pun dh ada jeragat ni,rosau la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like