Review safi minyak zaitun plus gamat..| Minyak gamat biasa kita dengar sinonim digunakan untuk luka-luka kecil. Dan ia biasanya digunakan untuk kegunaan didalam rumah. Jadi, jom kita lihat kebaikan Safi minyak zaitu plus gamat ini.

safi minyak zaitun plus gamat
sumber gambar : shopee.com.my/safi
Gamat tu asal daripada mana?

Gamat merupakan spesis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea.

Haiwan ini lebih menyerupai bentuk timun dan tidak mempunyai anggota lain. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut atau teripang di sesetengah tempat.

Kajian saintifik menunjukkan kandungan protein didalam gamat adalah sangat tinggi manakala kandungan lemaknya rendah. Terdapat juga kajian lain yang menunjukkan bahawa gamat mampu menjadi bahan antiradang, antifungus, antikanser dan antibakteria.

Sebab itulah, masyarakat Melayu menjadikan gamat sebagai minyak untuk penyembuhan luka.

Kebaikan Safi minyak zaitun plus gamat

Anda dah tahukan kebaikan gamat kepada kesihatan kita. Baca juga kebaikan minyak zaitun kepada kesihatan manusia disini.

Baca juga : Produk viral review safi minyak zaitun ros hip dan cara guna

  • Diperkaya dengan Vitamin A, C dan E.
  • Cepat meresap tanpa kesan berminyak.
  • Dengan rumusan ekstrak gamat, sesuai digunakan sebagai pelembap terapi untuk kulit kering.
  • Penggunaan secara kerap mampu membantu memelihara tekstur kulit serta berkesan merawat kesan parut.
  • Menyembuhkan kesan luka jahitan(mungkin memakan masa), sekaligus memudarkan kesan parut.
  • Sesuai disapu pada perut wanita yang sedang hamil

Baca juga : Review Nurfella Beauty serum skin treatment – viral melicinkan parut kulit

Safi minyak zaitun plus gamat juga baik untuk haiwan peliharaan anda

Mungkin anda baru tahu, Safi minyak zaitun plus gamat juga mampu memberi kebaikannya kepada haiwan kesayangan anda. Lihat dibawah review seorang pengguna tentang penggunaan minyak ini kepada haiwan kesayangannya.

Alhamdulillah. Minyak ini memang bagus. Kucing saya ada masalah kurap.. selepas dimandikan, saya amalkan buh minyak ini, kesannya memang cepat sihat, bulunya pun makin sihat dan cantik

Fb/IbnuUthmanYusuf

Sumber info : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Gamat, http://www.myhealth.gov.my/gamat/, https://safi.com.my/safi-naturals-olive-oil-plus-gamat/, review safi minyak zaitun plus gamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like