Motivasi untuk sentiasa menjaga kesihatan..| Kemudahan teknologi zaman kini dengan pelbagai jenis supplement untuk kesihatan yang tumbuh bagai ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ membuatkan diri kita semakin lemau untuk melakukan senaman.

Kesedaran untuk menjaga kesihatan sedari remaja lagi adalah sangat penting untuk memberi kesan jangka masa yang lebih panjang. Jadi bagaimana anda sentiasa bermotivasi supaya sentiasa menjaga kesihatan?

Motivasi untuk sentiasa menjaga kesihatan
Gambar sebagai hiasan. Kredit gambar : shopee.com.my

Melakuka gaya hidup sihat dan aktif adalah lebih sukar untuk dilakukan daripada kehidupan normal seharian anda.

Ia memerlukan komitmen, dedikasi dan motivasi yang kuat untuk mencapai apa yang anda impikan.

Apa motivasi anda untuk sentiasa menjaga kesihatan?

Apakah yang memberi motivasi kepada anda untuk terus menjalani gaya hidup sihat?

Adakah kerana anak-anak anda? Kesihatan umum anda? Musim perlumbaan anda? Ikuti langkah berikut mengetahui perkara yang akan mendorong anda untuk sentiasa menjaga kesihatan.

1. Tetapkan matlamat anda

Menentukan tujuan atau matlamat utama anda adalah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mencapai sesuatu.

Contohnya seperti : anda mempunyai berat badan 60 KG. Menjelang bulan hadapan anda target untuk menurunkan 5% daripada berat badan anda.

2. Tentukan cara yang sesuai untuk anda mencapai matlamat utama

Untuk menurunkan berat badan contohnya, apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat tersebut?

Dari sinilah anda akan menetapkan matlamat mini anda.

Contohnya : untuk menurunkan berat badan dalam tempoh tertentu, anda memerlukan senaman dan diet yang sihat dan konsisten.

Setkan untuk mendapatkan masa senaman selama 30 minit sehari dan dilakukan 4 kali seminggu. Seterusnya, amalkan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Baca juga : Cara kempiskan perut buncit : Punca dan solusi

3.Lihat dengan lebih mendalam faktor pendorong untuk mencapai matlamat anda

Dua orang yang mempunyai matlamat yang sama mungkin mempunyai pendorong yang lebih khusus yang berbeza.

Contohnya seperti seseorang mungkin mahu menurunkan berat badan kerana baju-baju yang sedang dipakai sudah tidak muat. Manakala seseorang yang lainnya mungkin mahu berjaya masuk dalam sesuatu bidang yang memerlukan berat badan tertentu.

4. Kekalkan diri anda dilandasan dengan pendorong anda

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, gunakan pendorong anda untuk tetap kekal pada matlamat.

Tampalkan hasil makmal yang menunjukkan kesihatan anda yang buruk pada pintu peti ais. Ia akan memantu anda terus terinspirasi untuk kekal sihat.

Setiasa melihat apa yang anda inginkan adalah pendorong untuk anda terus mencapai matlamat anda. Ia juga menjadi asbab anda termotivasi dengan lebih baik.

Baca juga : 6 Kesan kepada badan jika tidak mengambil gula selama sebulan

5 cara untuk anda kekalkan tabiat bersenam

Konsistent dalam membuat sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mudah. Begitu juga untuk sentiasa bersenam. Lihat 5 langkah berikut :

  1. Mulakan dengan langkah kecil dan kekal momentum tersebut. Cuba anda lakukan senaman yang mudah setiap hari. Contohnya seperti berjogging perlahan 1 minit setiap hari tidak akan mengganggu kerja anda.
  2. Pencetus automotik. Contohnya seperti setkan alarm berserta nota ringkas yang menyuruh anda bersenam setiap hari.
  3. Membuahkan ganjaran pada diri adalah motivasi yang baik. Selepas anda bersusah payah mencapai matlamat anda, setkan satu ganjaran yang akan membuatkan anda tertunggu-tunggu.
  4. Lakukan aktiviti yang anda gemari. Jika anda lebih sukakan situp daripada jogging, lebih baik anda lakukan situp daripada memaksa diri untuk berjogging.
  5. Konsisten itu sangat penting. Untuk mencapai matlamat yang lebih besar, konsisten dalam melakukan senaman yang lebih ringan itu adalah lebih baik.

Kredit info : neuroversiti.com, active.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like