Wardah Crystal Secrete | Wardah Crystal Secret merupakan salah satu rangkaian skincare yang semakin popular sehibgga hari ini, terutama bagi mereka yang ingin memiliki kulit cerah secara semula jadi.
Tidak seperti produk pemutih kulit yang mengubah tona wajah secara drastik, Wardah Crystal Secret diformulasikan untuk membantu mencerahkan kulit dengan lembut dan selamat. Jom kita lihat lebih lanjut tentang produk ini!
Set lengkap produk baru keluaran Wardah Beauty bukan untuk memutihkan kulit wajah sahaja, malah series terbaru ini telah diupgrade dengan kandungan yang lebih baik untuk memberikan kulit yang yang lebih sihat dan berseri tanpa mengira tona kulit wajah anda!
Apa yang membuatkan set lengkap Wardah Crystal Secrete ini viral?
Wardah Crystal Series menitik beratkan tentang perawatan kulit wajah.
Penjagaan dan perawatan yang betul akan memberikan memberikan kesan yang lebih baik kepada keseluruhan penampilan, sekaligus kepada keyakinan diri yang lebih tinggi.
Didalam siri lengkap penjagaan muka ini, Wardah Beauty menerapkan 4 kandungan utama yang akan memberi pelbagai manfaat kepada kulit wajah.
Jom lihat kebaikan 4 bahan utama didalam Wardah Crystal Secrete ini!
1/ Niacinamide
Niacinamide sudah tidak asing lagi didalam kebanyakan produk kecantikan yang berkualiti tinggi.
Fungsi dan kebaikannya adalah sangat baik untuk melembapkan kulit, menghilangkan bintilk hitam, menghilangkan dan mencegah ketumbuhan jerawat sekaligus mampu mencegah daripada kanser kulit.
2/ Edelwies Extract
Terkenal sebagai bunga abadi yang ada di gunung, ternyata edelweiss memiliki extract yang baik untuk merawat kulit wajah.
Antara kebaikan Edelweiss Extract ialah :
- Mampu mengembalikan dan mempertahankan skin radiance dari dalam sambil meningkatkan ketahanan kulit.
- Kandungan antioxidant-nya mampu melindungi kulit dari faktor penyebab kulit kusam seperti cuaca panas, polusi, dan oxidative stress.
- Wardah Crystal Secret juga menggunakan Edelweiss Extract kerana adanya kemampuan untuk pencerahan kulit yang membantu proses pencerahan kulit wajah.
3/ Alpha Arbutin
Kandungan Alpha Arbutin yang terdapat dalam Wardah Crystal Secret mampu bekerja lebih baik dibandingkan Beta Arbutin.
Alpha Arbutin dapat membantu menyamarkan noda hitam bekas jerawat, meratakan warna kulit, dan mencerahkan kulit secara spesifik dengan menghambat pembentukan enzim tirosinase.
4/ Tranexamic Acid
Kandungan utama lain yang ada dalam Wardah Crystal Secret adalah Tranexamic Acid.
Kandungan ini akan mempengaruhi kadar kelembapan dan produksi sebum pada kulit. Dengan adanya Tranexamic Acid, rangkaian skincare Wardah Crystal Secret pun mampu meredakan peradangan pada kulit hingga mampu melindungi kulit wajah anda daripada sinar UV.
7 set lengkap daripada Wardah Crystal Secrete!!

7 set lengkap daripada Wardah Crystal Secrete | Fungsi dan kebaikan |
---|---|
Foaming Cleanser with Natural AHA PHA 100ml | Foaming Cleanser dengan kandungan Natural AHA + PHA dan Moistbeads yang mampan, dapat membantu membuang sel kulit mati, minyak, kotoran, dan sisa make-up dengan lembut. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan ekstrak Edelweiss mampu memberikan kecerahan kepada kulit anda dengan lebih sempurna |
Brightening Day Cream 15ml | Dengan SPF 35, Brightening Day Cream, berfungi dengan baik untuk mencerahkan, melembapkan dan melindungi kulit daripada UV. Krim Siang ini lebih sesuai untuk kulit yang normal-kering. 3 kandungan utama didalam krim ini iaitu Alpha Arbutin, Niacinamide dan Edelweiss Extract mampu menyempurnakan kecerahan kulit di setiap lapisan. |
Bright Activating Night Cream 15ml | Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream, lebih kepada pelembap krim malam yang diformulasikan dengan ekstrak Edelweiss (menghalang kulit kusam) Gabungan dengan Alpha Arbutin, Niacinamide, dan Brightening Peptide yang secara khususnya dpapat menyuburkan, mencerahkan dan meratakan tona wajah dengan lebih sempurna. |
Pure Treatment Essence 50ml | Mencerahkan, meningkatkan kecerahan kulit dan menghidrasi. Membantu kulit untuk menyerap nutrisi dari produk skincare dengan lebih optimal. Mengandungi Alpha Arbutin, Silvervine (meningkatkan skin translucency), Niacinamide, Edelweiss Extract. |
Dark Spot & Brightening Serum 20ml | Memberikan kecerahan bak kristal kepada wajah anda dengan bantuan 2X ekstrak Edelwies dan Alpha Arbutin. Ia juga mampu menghilangkan bintik hitam yang degil. |
CRYSTAL SECRET MICELLAR CLEANSING GEL | Micellar gel dapat membersihkan dan menyegarkan kulit wajah dengan baik. Ia paling sesuai untuk kulit yang normal-berminyak. Diperkaya dengan Natural AHA + PHA untuk mengangkat sel kulit mati, kulit akan akan terasa lebih bersih, halus, dan tampak cerah sebening kristal. |
Exfoliating Toner with Natural AHA PHA 150ml | Toner dengan Natural AHA + PHA yang mengeksfoliasi sel kulit mati dengan lembut sekaligus mampu mencerahkan dan meratakan warna kulit wajah. Ianya diperkaya dengan Allantoin yang berfungsi untuk menenangkan dan menghaluskan tekstur kulit. |
Baca juga :
- 6 tempat menarik di Kuala Lumpur 2022 untuk percutian kanak2 dan keluarga
- Review racun tiktok serum safi perfect white
- Review Nurfella Beauty serum skin treatment – viral melicinkan parut kulit
- Kebaikan dan cara guna air beras untuk rambut, muka dan badan
Review pengguna wardah crystal secrete

/arip_q/terbaikk🥺baru pakai sehari dah rasa glowing.Kulit pon rasa bersih lepaps guna scrub/
/liyana_rapi/Serum dia menjadi dengan i. Merah dan kesan jerawat dah hilang. Dah dua kali repeat beli dengan seller ni/
/a*****b/Membersih makeup dengan sempurna. Wangi, lembut, effect cera..habis elok semua. 😍 Next time nak beli lagi./
/m****t/i have combination skin and this clenaser make my skin dryer. It contain SLS and strong fragrance too a u can see from the ingredient. i wouldnt recomend this to those who have sensitive skin./
/i*****j*/Crystal secrete ni sesuai dengan saya. Dah pakai3x termasuk yang beli baru ni./
Kesimpulan: Adakah Wardah Crystal Secret Berbaloi?
Wardah Crystal Secret ialah pilihan yang baik bagi sesiapa yang menginginkan kulit lebih cerah secara sihat dan selamat tanpa penggunaan bahan pemutih yang berbahaya.
Dengan kombinasi bahan semula jadi dan teknologi pencerahan kulit yang lembut, ia membantu meratakan tona kulit, mengurangkan bintik hitam, dan memberikan kesan glowing yang natural.
Jika anda sedang mencari produk yang mampu mencerahkan tanpa memutihkan secara drastik, Wardah Crystal Secret adalah pilihan yang berbaloi untuk dicuba!