Tips memastikan kulit anda sentiasa cantik..| Kulit yang sentiasa cantik dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Bagaimana ciri-ciri kulit yang sihat itu?

Berikut merupakan 5 ciri-ciri kulit yang sihat semulajadi :

1. Kulit kelihatan lebih segar, lembab dan bersinar.

2. Kulit yang sihat memiliki keanjalan yang baik.

3. Kulit sihat bersih daripada indikasi kepada kulit yang bermasaalah.

4. Mempunyai warna kulit yang lebih sekata.

5. Permukaan kulit lebih halus.

Alangkah bagus jika kulit kita adalah seperti ciri-ciri diatas bukan? Tetapi tidak semua orang mempunyai kelebihan ini. Kebanyakan kulit pasti adalah masaalah semulajadi seperti berminyak dan berjerawat.

Walaupun begitu, anda masih boleh memelihara kulit anda dengan baik supaya ia sentiasa sihat dan bersih.

Tips memastikan kulit anda sentiasa cantik
Gambar sekadar hiasan.Sumber : google image

8 Petua untuk Kulit Sihat

  1. Kekerapan membasuh muka. Basuh dan cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika anda orang yang berkerja ditempat yang panas dan senang berpeluh, sebaiknya dicuci muka selepas muka berpeluh dan berminyak.
  2. Mandi dengan air suam. Elakkan daripada mencuci muka anda dengan air panas.
  3. Pilih pembersih muka yang lebih ringan bersesuai dengan jenis kulit anda. Ketika mencuci muka, elakkan daripada menggosok muka terlalu kuat sehingga menyebabkan kerosakan.
  4. Sekat kerosakan kulit daripada UV matahari. Elakkan pendedahan matahari yang teruk. Sentiasa menggunakan krim pelindung matahari, dan pakaian yang boleh melindungi daripada cahaya matahari.
  5. Elakkan kulit menjadi kering. Pastikan anda mendapatkkan air masak secukupnya untuk tubuh dan kulit anda. Gunakan krim pelembap atau losyen untuk kulit yang kering.
  6. Kurangkan tekanan. Tahukah anda, stress yang terlampau boleh merosakkan kulit dan anggota tubuh yang lain. Belajarlah cara untuk tenangkan diri, berfikiran positif dan mengawal stress untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,
  7. Dapatkan tidur yang secukupnya. Pakar mengesyorkan waktu tidur yang sesuai untuk remaja ialah kira-kira 9 jam manakala untuk orang dewasa diperlukan 7 jam waktu tidur.
  8. Berkongsi masaalah. Bercakap dengan doktor jika melihat sebarang perubahan ganjil pada kulit anda. Contohnya seperti ruam atau tahi lalat yang berubah saiz atau warna.

Kredit : newsinhealth.nih.gov, realfood.co.id, Tips memastikan kulit anda sentiasa cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like