Produk yang menghilangkan jerawat parut muka : Helo, helo, helo guys, how u doin today? penulis harap semua dalam keadaan selamat, tenang dan sihat sejahtera. Disini penulis akan kongsikan pengalaman dan review untuk produk yang boleh menghilangkan jerawat dan mengurangkan parut muka.

muka berjerawat
Gambar sebagai rujukan : sumber : insider.com

Isi kandungan :-

1. Faktor jerawat

Jerawat merupakan masaalah kulit di mana folikel rambut tersumbat disebabkan oleh minyak atau sel-sel kulit mati. Ia sering menyerang bahagian muka, tetapi boleh juga tumbuh di mana-mana bahagian badan yang mempunyai folikel rambut seperti bahu, belakang badan dan bahagian depan badan.

Antara punca ketumbuhan jerawat ialah :

  • penghasilan dan pengeluaran minyak yang berlebihan pada liang pori
  • folikel rambut yang tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati didalam liang pori
  • kuman diwajah yang masuk kedalam pori wajah anda
  • aktiviti hormon androgen yang tinggi. Ini boleh juga disebabkan oleh faktor umur

Faktor pertumbuhan jerawat boleh juga terjadi atas faktor pemakanan yang tidak sihat, keadaan sekeliling yang berhabuk, tekanan stress dan kekurangan jam tidur.

Bagi penulis, faktor genetik sangat menyumbang kepada ketumbuhan jerawat yang teruk. Lihat sahaja abang-abang, kakak-kakak penulis termasuk mak ayah semua mempunyai masaalah jerawat yang teruk pada zaman remaja mereka. Maka zaman remaja penulis juga mengalami breakout yang sama.

2. Kenali jenis kulit wajah anda

Sebelum anda mencari cara rawatan untuk kulit wajah anda, perlu anda pasti dan spesifikkan dahulu bagaimana keadaan masaalah wajah anda. Terdapat 5 kondisi wajah yang bermasalah. Jom semak.

2.1 kulit wajah normal

Kulit wajah normal biasanya tidak memiliki masalah jerawat yang teruk. Pori-pori wajah juga tidak besar dan tidak kelihatan. Kulit wajah normal sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

Kulit wajah ini selalunya mempunyai kandungan air dan minyak pada wajah yang seimbang. Justeru kulit akan lebih bersinar dengan kesan minyak yang sedikit.

Perawatan untuk kulit wajah seperti ini sememangnya sangat mudah. Kerana kulit wajah seperti ini tidak sensitif dan lebih mudah dijaga.

2.2 Kulit wajah kering

Kulit wajah kering selalunya terjadi disebabkan oleh tahap kelembapan pada lapisan kulit wajah sedikit. Kekurangan kelembapan menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah.

Wajah yang kering biasanya memiliki pori-pori kulit yang hampir tak terlihat, permukaan luar kulit terlihat kasar dan kusam, serta kulit kurang elastis. Kulit yang kering juga sering mengakibatkan kegatalan dan kemerahan.

2.3 Kulit wajah berminyak

Kulit wajah berminyak selalunya berpunca daripada penghasilan minyak yaang berlebihan daripada kelenjar minyak yang terdapat dalam pori-pori. Minyak ini akan mengakibatkan kulit menjadi licin dan berkilau.

Jenis kulit wajah berminyak cenderung memiliki pori-pori yang besar, terlihat sangat berminyak dan berkilau tetapi kusam, dan biasanya disertai dengan jerawat dan bintik hitam.

2.4 Kulit wajah sensitif

Kulit wajah sensitif umumnya mempunyai masaalah alergik dan mudah terkena iritasi dari penggunaan produk yang berkimia.

Kulit wajah sensitif paling susah untuk dijaga kerana langsung tidak boleh tersalah produk. Jika tersalah akan menyebabkan kegatalan, keradangan mengelupas dan berjerawat.

2.5 Kulit wajah kombinasi

Jenis kulit wajah berkombinasi adalah gabungan antara masaalah kulit berminyak dan kulit kering. Biasanya masaalah kulit wajah ini memiliki kulit berminyak di zona T, iaitu area hidung dahi dan dagu, serta kulit kering di area pipi.

Jenis kulit wajah ini sering dipengaruhi oleh faktor genetik dan peningkatan hormon ketika masa remaja.

3. Penulis memiliki kulit wajah kombinasi

Sejak dibangku sekolah lagi, penulis sudah perasan yang kulit wajah penulis memiliki masalah minyak yang teruk. Sekali gus jerawat yang tumbuh tanpa henti.

Dulu-dulu tidak tahu penjagaan kulit yang betul. Jadi penulis selalu mengopek jerawat tapi tidak picit sampai dia keluar nanah. Akibatnya, wajah penulis jadi seperti bulan purnama berlopak-lopak dengan bekas jerawat.

penggunaan produk yang tidak bersesuai juga menyebabkan kulit wajah sentiasa berjerawat dan tidak dirawat.

Selepas berkerja dan memiliki pendapatan sendiri, barulah penulis mula berexperiment untuk mencari produk yang paling sesuai dengan wajah yang bermasaalah seperti ini.

4. Mula berxepriment dengan pelbagai produk

Produk yang masih penulis engat yang penulis pernah cuba dulu ialah PONDS, Aiken, Safi gamat, Himalaya, produk penjagaan wajah dari Alif Syukri dan lain-lain yang dah lupa.

review pencuci muka pond
sumber : watermartdelivery.com

Rasanya dulu beli packaging dia lain. Mungkin sudah tukar packaging. Untuk produk pond dengan muka penulis sangat tidak sesuai. Produk ini menyebabkan jerawat diwajah penulis tumbuh dengan lebih bahagia dan segar. Jadi dengan serta merta produk ini tolak sepenuhnya.

review produk aiken
sumber : shopee.com.my

Untuk produk aiken pon sama. Sangat tidak bersesuaian dengan muka penulis. Jika dibaca pada riview orang lain, banyak yang memberikan komentar dan result yang positif.

Tetapi tidak bagi penulis. Produk penjagaan kulit wajah daripada Aiken menyebabkan kulit wajah penulis lebih berminyak dan berjerawat. Anda boleh juga lihat review pengguna lain yang berpuas hati menggunakan produk ini.

Termasuklah lain-lain yang penulis sebutkan. Semuanya membuatkan kulit wajah penulis semakin berjerawat. Mungkin kulit wajah penulis terlalu sensitif.

Baca halaman seterusnya :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like