Review : produk yang menghilangkan jerawat dan parut muka cara saya

Review : produk yang menghilangkan jerawat dan parut muka cara saya

5. Review Cetaphil gentle skincare cleanser
Bio-Snail Repair Cleanser + Cetaphil gentle skincare cleanser

Sehingga suatu hari kawan memperkenalkan produk ini untuk dicuba. Penulis memang suka cuba-cuba walaupun kulit wajah masa tu dah teruk sangat dengan berjerawat, berminyak dan pori-pori besar gajah.

Selepas beberapa bulan mencuba, hasilnya memang terbaik. Jerawat-jerawat semua kecut dan hilang. Jerawat yang baru nak naik atau jerawat batu gajah semuanya akan mati selepas beberapa kali cuci dengan pencuci Cetaphil gentle skincare cleanser.

Serius untuk mereka yang mempunyai masaalah jerawat yang teruk boleh cuba produk ini.

Ok. Nak dijadikan cerita, selepas hampir setahun bersungguh-sungguh menggunakan produk ini, penulis perasan kulit wajah semakin kering dan merekah.

5.1 Fungsi dan bahan Cetaphil gentle skincare cleanser

Mengikut daripada laman rasmi cetaphil. Produk cleanser ini boleh membantu untuk kulit wajah seperti berikut :

  • Sangat sesuai untuk kulit kering hingga normal
  • Teknologi Micellar bertindak sebagai magnet lembut untuk menarik, menangkap dan menghilangkan kotoran, minyak, dan solek tanpa kerengsaan
  • Pembersih yang tidak berbuih boleh digunakan dengan atau tanpa air
  • Bebas wangian, hypoallergenic dan non-comedogenic, jadi ia tidak akan merengsakan kulit atau menyumbat liang
  • Mempertahankan lima tanda kepekaan kulit termasuk penghalang kulit yang lemah, kerengsaan, kekasaran, sesak, dan kekeringan
  • Ahli dermatologi diuji dan terbukti secara klinikal lembut pada kulit sensitif

Manakal bahannya terbuat daripada berikut.

Water, Cetyl Alcohol, Propylene Glycol, Sodium Lauryl Sulfate, Stearyl Alcohol, Methylparaben, Propylparaben, Butylparaben

6. Review Cetaphil oily skincare cleanser
Bio-Snail Repair Cleanser + Cetaphil gentle skincare cleanser

Oleh kerana berjaya buat pertama kalinya membuang jerawat pada wajah dengan menggunakan cetaphil gentle skincare, penulis mencuba pula Cetaphil oily skin cleanser.

Oily skincare dicuba kerana merasakan wajah penulis seperti kuali yang penuh minyak. Tetapi bagi penulis, skin care langsung tidak membantu membuang minyak diwajah. Mungkin minyak dan jerawat penulis terlalu kuat dan kebal untuk berperang.

Jadi penulis totally buang produk ini kerana merasakan ia tidak bersesuaian dengan wajah.

7. Mencuba dan review Bio-Snail Repair Cleanser daripada Bio-essence
Bio-Snail Repair Cleanser + Cetaphil gentle skincare cleanser

Sebelum membeli dan mencuba produk ini, penulis banyak baca mengenai produk yang berasakan lendiran siput. Rupanya lendiran siput ini banyak kebaikan dia. Salah satu nya merawat kulit wajah yang berparut.

Anda boleh baca mengenai kebaikan lendiran siput ini disini : Kebaikan Lendiran Siput.., Lendiran Siput..

Sebelum ini penulis menggunakan Produk lendiran siput daripada jenama Beyna’s legacy. Tetapi penulis beralih kepada produk Bio-Snail Repair Cleanser daripada Bio-essence.

Hasilnya kesan parut pada kulit wajah semakin memudar. Tetapi produk ini tidak berkesan untuk melawan jerawat dan minyak. Penghasilan pada wajah juga tidak menjadi teruk.

Ini menunjukkan produk ini sangat bersesuai dengan kulit wajah seperti penulis.

7. Penerangan Bio-Snail Repair Cleanser daripada Bio-essence

Bio-Energy Snail Repair Foamy Cleanser mengosongkan gangguan yang terperangkap dalam liang dan minyak berlebihan di permukaan kulit. Ia mengaburkan parut jerawat dan pemeriksaan semasa membersihkan. Ia memperbaiki liang dan melicinkan kulit untuk penampilan yang lebih halus.

8. Berexperiment Bio-Snail Repair Cleanser + Cetaphil gentle skincare cleanser
Bio-Snail Repair Cleanser + Cetaphil gentle skincare cleanser

Selepas setengah tahun hanya menggunakan Bio-snail repair cleanser, penulis memang berpuas hati dengan produk ini. Kebiasaannya kulit wajah penulis sangat sensitif dengan produk-produk, tetapi dengan Bio-snail repair cleanser kulit wajah penulis semakin baik. Tetapi ia tidak mengecutkan jerawat.

Disini penulis mencuba satu lagi cara iaitu menggabungkan dua produk yang yang paling sesuai untuk kulit wajah penulis.

review poduk muka
Gabungan dua produk dari cetaphil dan bio essense

Gambar diatas menunjukkan portion yang penulis gunakan untuk dua produk ini. Dua-dua portion diambil sedikir sahaja. Kuantiti dia agak-agak denga Bio-snail repair secalit dan Cetaphil gentle skin care 3 titik. Ini sudah memadai.

Cara penggunaan produk ini, penulis sudah amalkan hampir setahun dan sehingga sekarang. Hasilnya ia mengurang kesan parut jerawat. Liang pori-pori yang sebesar kawah ini juga semakin mengecil ye semenjak mengamalkan produk ini.

Untuk masaalah berminyak, kulit wajah penulis tetap tidak dapat diatasi. Tetapi masaalah minyak tidak seteruk yang ada sebelum ini.

9. Amaran kepada pengguna

Penulis bukanlah seorang pakar dalam bidang kecantikan. Apa yang dikongsikan hanyalah review dan pengelaman penulis dari journey untuk melawan jerawat yang tidak berkesudahan.

Hasil yang dinyatakan adalah pendapat jujur daripada penulis sendiri. Jika anda mencuba produk yang disaran kan tetapi menyebabkan masalah lain, anda disarankan berhenti serta merta dan rujuk kepada pakar kulit yang lebih arif.

Sampai sini sahaja penulisan penulis. Terima kasih sudi membaca. Semoga bermanfaat kepada anda. Dan semoga berjaya untuk memiliki kulit wajah yang sihat.

Baca juga :

Rujukan : tryandreview.com, cetaphil.com, alodokter.com, hellodoktor.com, Produk yang menghilangkan jerawat parut muka.

Pages:Previous

Berjaya

Related Posts

Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap

Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap

Ulasan eosika SIPL 1000C Hair Removal: Teknologi Laser Korea untuk Kulit Licin Tanpa Bulu

Ulasan eosika SIPL 1000C Hair Removal: Teknologi Laser Korea untuk Kulit Licin Tanpa Bulu

Wardah Colorfit Cream Blush: Pigmented & Cantik Sangat, Anda Wajib Ada!

Wardah Colorfit Cream Blush: Pigmented & Cantik Sangat, Anda Wajib Ada!

Review Wardah flawless cover cushion: coverage dan touchup tanpa perlu foundation!

Review Wardah flawless cover cushion: coverage dan touchup tanpa perlu foundation!

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *