Kebaikan dan cara guna air beras untuk rambut, muka dan badan..| Air beras menjadi resepi dan ramuan turun temurun untuk kecantikan.
Air beras juga sudah menjadi bahan utama didalam produk-produk kecantikan. Samaada ianya untuk wajah, tubuh badan mahupun rambut anda.
6 Kebaikan air beras untuk kecantikan
Air beras selain digunakan untuk kecantikan tubuh manusia, ia juga boleh memberi manfaat kepada tumbuhan.
Kandungannya yang tidak mempunyai sebarang bahan yang berbahaya, jom lihat 6 kebaikan menggunakan air beras untuk memberi kecantikan kepada diri kita :
- Membantu memutihkan kulit – Beras membantu memperbaiki kulit yang rosak dan juga mengandungi ciri-ciri yang boleh melindungi kulit. Ia membersihkan kulit secara semula jadi dan juga mencerahkannya menjadikannya bahan yang sangat baik dalam penjagaan kulit.
- Perapi rambut – Air beras sangat terkenal dengan manfaatnya kepada rambut. Ia membuatkan rambut anda menjadi lebih licin dan berkilat.
- Pembersih dan pelembap muka – Air beras dikatakan boleh menghilangkan kekotoran dari kulit, membersihkan dalam pori-pori dan menjadikannya lembut seperti kulit baby. Penggunaan air ini akhirnya menjadikan kulit muka anda lebih glowing dan lembut.
- Melebatkan rambut – Air beras mengandungi inositol iaitu karbohidrat yang meningkatkan keanjalan, menjadikan rambut lebih kuat dan membuatkan rambut lebih bersinar. Ia juga menggalakkan pertumbuhn rambut dengan memberi keseimbangan kepada kulit kepala.
- Masker rambut – Beras membantu mengimbangi pH kulit kepala dan rambut. Selain membantu melawan masaalah kelelmumur, ia juga menyuburkan folikel rambut sekaligus membuatkan rambut anda lebih tebal dan bersinar.
- Mengecilkan pori muka – Air beras membantu membersihkan liang pori yang tersumbat, memudarkan tona yang tidak sekata dan mengurangkan masaalah jerawat.
6 Cara penggunaan air beras untuk 6 kecantikan
1. Krim daripada tepung beras untuk memutihkan ketiak
Caranya ambil 2 sudu tepung beras. Kemudian campurkan cuka apple 2 sudu. Gaul rata sehingga menjadi paste yang lembut.
Sapukan pada ketiak anda sambil urutkan dalam gerakan bulatan dengan menggunakan tangan anda selama 30 minit.
Akhir sekali bilas seperti biasa. Untuk menggelak daripada paste yang bersepah, lakukan ia sebelum anda mandi.
2. Ais kiub perapi rambut
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :
- 2-3 sudu nasi yang sudah dimasak
- 1/4 sudu minyak argan / minyak baby
- 1/2 cawan air basuhan beras
Cara-caranya ialah, blendkan nasi yang sudah dimasak bersama minyak dan air beras.
Kemudian tapiskan untuk mendapatkan hasil kepekatan dan kehalusan bahan tadi. Akhir sekali bekukan didalam bekas ais yang berbentuk kiub kecil supaya mudah untuk anda gun.
Cara penggunaannya, selepas syampu rambut, gunaan ais kiub perapi rambut ini. Urut perlahan pada rambut dan kepala. Kemudian bilas seperti biasa.
3. Air beras untuk mengecilkan pori dan mencegah kulit wajah
Cara membuatnya ialah :
- Sediakan botol spray dan sediakan beras dengan kuantiti 1/2 daripada saiz botol anda.
- Basuh beras untuk membuang bendasing yang ada.
- Kemudian rendamkan selama 4 jam untuk mendapatkan air beras.
- Selepas 4 jam, toskan beras dan ambilkan airnya sahaja.
Gunakan air beras ini untuk muka anda yang sudah dibersihkan pada bila-bila masa terutamanya sebelum tidur.
Boleh juga anda gunakan air ini untuk disembur pada keseluruhan tubuh anda untuk mendapatkan kebaikan yang maksimum.
4. Air beras untuk melebatkan rambut
Sama juga seperti teknik diatas, untuk kegunaan rambut, tambahkan 1 sudu minyak kelapa atau baby untuk memberi kebaikan tambahan kepada rambut.
Gunakan ramuan ini 30 minit sebelum anda mandi atau sebelum tidur.
Untuk mengelakkan daripada bersepah, gunakan shower cap.
5. Ais beras kiub untuk menyegarkan dan kecantikan muka
Membuat air beras kiub adalah lebih. Hanya perlu masukkan air rendaman beras kedalam tray air kiub kecil untuk dibekukan.
Gunakan ais kiub beras ini pada muka pada waktu pagi dan malam. Amalkan sehingga anda dapat melihat perubahan yang diinginkan.
Baca juga :
- 5 Tips penggunaan scrub muka yang betul
- Tips penjagaan kulit wajah sentiasa segar dan bersih
- Review : produk yang menghilangkan jerawat dan parut muka cara saya
Sumber info : thelittleshine.com/rice-hair-growth-brighten-skin, medicalnewstoday.com, bharian.com.my/manfaat-air-cucian-beras-untuk-kecantikan, Kebaikan dan cara guna air beras.