Tips menghilangkan bibir hitam secara alami..| Memiliki bibir yang mugil dan gebu kemerah-merahan adalah impian dan setiap wanita. Tetapi terdapat banyak punca bibir boleh menjadi gelap dan kusam berbeza mengikut kondisi seseorang.
Dengan teknologi yang semakin berkembang terdapat satu cara yang paling cepat untuk anda mengakis tanda hitam yang ada pada bibir.
Baca juga : Bibir atas lebih gelap dari bibir bawah?ini puncanya.
Iaitu rawatan laser pada bibir.
Rawatan ini boleh dilakukan di klinik estetik oleh juru-juru yang bertauliah. Apa yang akan berlaku dalam prosedur menggunakan laser ini adalah dengan menggunakan pacaran gelombang 1,046 nm pada bibir dalam lingkungan 3 hingga 5 minit. Haba daripada laser itu akan diserap ke dalam tisu bibir, dan akan menggalakkan pengeluaran kolagen serta tisu elastik. Hasilnya yang dapat dilihat adalah seperti bibir yang lebih mulus, kekurangan garis halus dan warna lebih kemerah-merahan.
cosderm.com.my

Petua pencegahan bibir gelap
Berikut merupakan 6 petua yang perlu anda amalkan untuk mengelakkan bibir anda menjadi lebih teruk.
- Exfoliate sel mati pada bibir anda dengan lebih kerap.
- Banyakkan minum air kosong setiap hari untuk kekal terhidrat.
- Gunakan pelembap bibir dengan SPF 40 atau ke atas.
- Elakkan daripada menggunakan produk bibir yang berkualiti rendah.
- Elakkan menggunakan produk yang memberi alergi kepda diri anda.
- Elakkan daipada menghisap bibir anda secara berterusan kerana ia menyebabkan bibir menjadi lebih kering.
6 Tips menghilangkan bibir hitam secara alami
Lihat 6 bahan semulajadi yang anda boleh gunakan untuk mencerahkan bibir yang gelap.
1. Buah delima
Ekstrak delima dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran melanin. Melanin adalah penyebab utama bibir menjadi gelap.
Cara yang boleh dilakukan ialah : Campurkan 1 sudu serbuk delima bersama air untu k dijadikan pes. Kemudian oleskan pada bibir dan biarkan sehingga ia kering. Untuk hasil yang terbaik, amalkan 1-2 kali sehari sehingga anda mendapat hasil yang anda inginkan.
2. Minyak bijan
Minyak bijan dikatakan mengandungi lignan aktif yang dipanggil sesamol. Bahan ini mampu menghalang biosintesis melanin dalam satu kajian yang dilakukan oleh haiwan. Hasilnya, minyak bijan boleh membantu mencerahkan bibir yang gelap.
Cara yang boleh dilakukan ialah : Sapukan minyak bijan pada bibir anda dan biarkan sehingga ia kering. Lakukan 2-3 kali sehari untuk hasil yang anda inginkan.
3. Kunyit
Curcumin merupakan konstituen utama kunyit. Bahan ini membantu menghalang proses melanogenesis (iaitu proses pembentukan melanin). Hasilnya pasti akan membuatkan bibir anda lebih cerah.
Cara yang boleh dilakukan ialah : Campurkan satu sudu serbuk kunyit bersama air untuk dijadikan pes yang pekat. Kemudian oleskan pada bibir anda dan biarkan ia kering. Amalkan sehari sekali sudah memadai untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
4. Aloe Vera
Gel Aloe Vera mengandungi aloin, iaitu sebatian dengan sifat depigmentasi. Bahan ini membantu memudarkan pigmentasi pada bibir anda.
Cara yang boleh dilakukan ialah : Ambilkan gel dari daun Aloe Vera atau beli gel 100% original yang ada dipasaran. Sapukan pada bibir anda dan biarkan sehingga ia meresap kedalam bibir. Amalkan 1-2 kali sehari untuk hasil yang lebih baik.
5. Jus timun
Didalam timun terkandung antioksidan dan sebatian yang kaya dengan silika. Sebatian ini dapat membantu memudarkan pigmentasi dan mencerahkan warna kulit yang gelap.
Cara yang boleh dilakukan ialah : Buatkan pes timun dengan blend sedikit timun bersama sedikit air. Kemudian oleskan pes pada bibir dan biarkan rehat selama 15-20 minit. Lakukan 1-2 kali sehari untuku mendapatkan hasil yang anda inginkan.
6. Campuran lemon dan madu
Buah sitrus seperti lemon terkenal dengan sifat pencerahan kulit mereka. Apabila digabungkan dengan madu, lemon bukan sahaja dapat mencerahkan bibir anda tetapi juga membantu melembutkannya.
Cara yang boleh dilakukan ialah : Campurka satu sudu air perahan lemon bersama satu sudu madu. Kemudian oleskan pada bibir anda dan biarkan selama 15-20 minit. Sekali sehari suah memadai untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
Baca juga :
sumber info : stylecraze.com/get-rid-of-dark-lips, cosderm.com.mycara-hilangkan-bibir-hitam, sehatq.com/penyebab-bibir-hitam-dan-cara-membuatnya-cerah
- Info Review Wardah Crystal Secret: Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi
- Apa motivasi anda untuk sentiasa menjaga kesihatan?
- 8 Tips untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik sepanjang tahun
- 8 Jenis diet dan penerangannya yang mungkin sesuai untuk anda cuba
- 4 Tips pemilihan snek sihat untuk simanja anda