Jenis rumput untuk kucing..| Kucing merupakan haiwan karnivor (pemakan daging sahaja). Antara makanan kesukaan mereka ialah tikus, ikan, burung kecil dan serangga kecil. Tetapi tahukah korang sebenarnya kucing juga sangat suka makan pokok atau rumput.
Sebelum kita lihat 5 jenis rumput yang sesuai untuk kucing kesayangan, jom lihat dulu sebab mengapa kucing sangat suka makan rumput atau tumbuhan lain.
Kenapa kucing suka makan rumput?
Secara teorinya, antara sebab kucing kesayangan korang suka makan rumput ialah :
- Membantu mengeluarkan bahagian mangsa yang dimakan yang tidak boleh dihadam.
- Selain itu, rumput juga membantu mengeluarkan ‘hairball’ yang masuk kedalam usus dengan cara memuntahkan ia kembali. ‘Hairball’ ini kebiasaannya masuk kedalam perut kucing ketika mereka sedang membersihkan diri atau memakan haiwan kecil lain yang berbulu.
- Kandungan serat yang terdapat didalam rumput membantu proses penghadaamn sibulus.
- Kandungan klorofil didalam rumput memberi banyak manfaat kepada kucing seperti mengurangkan kesakitan, mengurangkan jangkitan penyakit lain, anemia dan penyakit kulit.
- Rumput juga mengandungi asid folic yang membantu peredaran darah yang baik kepada kucing.
Jadi mengapa korang perlu risau kucing korang makan rumput? Jika rumput itu adalah tumbuhan yang tiada bahan kimia lain yang boleh membahayakan kesihatan.
Baca dulu : Kebaikan rumput pendul kepada kucing kesayangan anda.
Rumput pendul atau biasa dikenali dengan nama rumput helikopter antara rumput semulajadi yang boleh didapati dimana-mana dan menjadi kesukaan sibulus. Tetapi bagaimana jika kawasan rumah korang sukar untuk mendapatkan rumput ini?
5 jenis rumput yang boleh ditanam sendiri sesuai untuk kucing kesayangan
Walaupun kucing secara asasnya pandai menilai jensi rumput yang sesuai untuk mereka, kadang-kadang terdapat juga jenis rumput yang boleh memberi bahaya kepada mereka. Terutamanya rumput yang sudah tercemar dengan pelbagai jenis racun kimia.
Jom lihat jenis-jenis rumput berikut yang senang tumbuh dan selamat untuk kucing.
1. Rumput oat
Rumput bijiran oat dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis berbanding rumput lain. Ciri ini sesuai untuk haiwan kecil ini yang jenis terlalu memilih makan.
Korang disarankan untuk menguji dengan memberi sedikit rumput oat kepada kucing sebelum menanamnya dengan lebih banyak.
Bagaimana cara untuk menanam bijiran oat ini? Cari bijiran oat yang ada dipasaran untuk kegunaan masakan.
Kemudian rendamkan dengan air biasa selama dua jam. Didalam bekas sederhana, letakkan tisu kemudian basahkan tisu tersebut. Seterusnya taburkan bijiran oat korang.
Jika oat sudah menunjukkan pengeluaran akar, pindahkan didalam pasu atau bekas yang bertanah.
2. Rumput gandum
Rumput gandum adalah yang paling popular yang orang tanam untuk diberikan kepada kucing. Bahkan terdapat pelbagai kit dijual khas untuk menanam rumput ini.
Istimewanya rumput gandum ini, ia mempunyai kandungan mineral dan mengandungi 70% klorofil. Ia merupakan tambahan makanan yang bagus untuk diet kucing korang kerana mampu membantu melawan keradangan serta meningkatkan kesihatan keseluruhan badan mereka.
Menurut sumber daripada harianmetro.com.my, terdapat 20 kebaikan rumput gandum yang bukan sahaja baik untuk kucing peliharaan, bahkan kepada diri anda sendiri. Antaranya ialah :
1. Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.
2. Tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna.
3. Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan.
4. Klorofil membantu menguruskan, juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan.
5. Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah.
6. Dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral, dan unsur surih yang diperlukan oleh badan kita.
Baca sepenuhnya disini : harianmetro.com.my
3. Rumput rai
Rumput rai atau lebih dikenali dengan rumput karpet dicirikan dengan rumputnya yanv tumbuh pendek-pendek dan berdaun halus. Rumput ini biasanha dijumpai di taman-taman, halaman rumah dan hiasan kepada balkoni. Kucing korang pasti suka berguling-guling diatas rumput ini.
Untuk menanam rumput rai ia biasa dijual dalam bentuk biji benih atau bentuk karpet kecil. Korang boleh cari dikedai nursery pokok.
Rumput rai merupakan tumbuhan yang mempunyai ketahan yang tinggi kepada suhu yanh rendah. Kadi tidak hairanlah jika ia serong dijumpai dikawasan yang dingin. Ia bukan sahaja mampu mencantikkan taman-taman, kucing juga suka kepada rumput ini.
Sumber daripada wikihow/cirimemanamrumputrai, berikut ialah cara yang sesuai untuk membiakkan rumput rai.
- Pilih tempat yang redup dan tidak terkena langsung kepada cahaya matahari.
- Pilih wwktu pagi ketika suhu masih rendah untuk menyemai benih rumput.
- Kambuskan benih dengan tanah untuk mengelakkan benih daripada dimakan burung atau serangga lain.
- Akhir sekali gunakan baja yanh sesuai untuk memastikan rumput hidup lebih segar dan gemok.
4. Rumput barli
Rumput barli merupakan rumput yang digunakan untuk menghasilkan makanan kepada haiwan herbivor seperti kambing, lembu dan biri-biri.
Dilaporkan selain mempunyai kadar protein dan tenaga yang tinggi, ia juga mempunyai kandungan vitamin, garam galian dan enzim untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain.
Kredit info : animhosnan.blogspot.com
Barli dikenali juga sebagai beras belanda (Hordeum vulgare) merupakan suatu spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Biji-bijinya dimanfaatkan sebagai bijirin sumber makanan penting untuk manusia dan sumber makanan haiwan ternakan.
Jadi tidak hairanlah jika kucing juga menyukai rumput ini. Kini penggunaan rumput barli yang meluas membuatkan anda sangat mudah untuk mendapatkan benihnya. Hanya tinggal menyemai bijinya sahaja untuk mendapatkan rumputnya.
5. Rumput Dactylis glomerate
Rumput kucing yang satu ini juga sangat popular dalam kalangan kucing. Dikenali juga sebagai rumput kaki ayam atau rumput dusun, rumput ini sering dijumpai di padang bola, tepi jalanan dan padang rumput.
Percaya atau tidak, menurut sumber daripada petcarerx.com, rumput kaki ini sebenarnya mempunyai rasa yang jauh lebih manis daripada rumput oat.
Jadinya, kucing akan menjadikan tumbuhan ini sebagai salah satu menu suapannya untuk membantu mereka menjaga kesihatan perut yang lebih baik.
Bagaimana jika anda mahu menanamnya? Cara yang paling senang ialah anda perlu cari indukannya dengan memerhati sekeliling anda. Rumput ini mungkin tidak dijual dikedai online, jadi anda perlu uasaha untuk mencari benihnya sendiri dia tepian jalan mahupun padang rumput.
Baca juga :