Cara ikan talapia mengawan dan membiak…| Ikan talapia atau juga dikenali sebagai ikan nila, ikan tilapia dan sebagainya merupakan ikan yang sangat mudah untuk mengembang biak.
Dalam artikel ini, korang akan belajar bagaimana cara atau proses ikan talapia ini nak membiak.
Ciri-ciri induk yang bersedia untuk mengawan
Ikan talapia di cirikan dengan kitaran hidupnya yanh pesat. Mana tidaknya, ia mampu membesar setapak tangan dalam masa kurang daripada setahun atau enam bulan.
Begitu pula dengan tempoh kematangannya. Kedua-dua induk jantan dan betina akan matang dalam masa 4 bulan dan keatas.
Lihat dibawah ciri-ciri induk betina yang sesuai untuk mengawan :
- Mempunyai berat antara 250 – 500 gram
- Mempunyai saiz perut dan abdomen yang besar
- Abdomennya sangat lembut apabila diurut
- Mengeluarkan butiran telur yang terpisah dari abdomennya.
Lihat dibawah ciri-ciri induk jantan yang sesuai untuk mengawan :
- Mempunyai saiz yang lebih besar daripada indukan betina dengan berat kira-kira 300-600 gram
- Mempunyai bintik pembiakan yang panjang darn merah
- Keluar cecair putih jika diurut perlahan pada bahagian andomennya
Proses ikan talapia mengawan
Pernah tak korang melihat ada seekor dua ikan talapia yang sangat garang duduk disatu sudut menjaga kawasannya? Itu adalah salah satu tanda yang ikan tersebut mahu bertelur.
Seekor induk betina mampu bertelur selama 2 kali sebulan atau yang paling awal ialah 10 hari sekali. Manakala penghasilan telurnya diantara 300 hingga 500 butir mengikut saiz indukan.
- Pertama sekali induk jantan akan mencari induk betina yang sudah bersedia untuk bertelur.
- Induk jantan akan menyediakan sarang untuk induk netina bertelur. Dimana jika anda perhatikan, induk jantan akan membersihkan dasar kolam dan membentuk keluasan sarangnya mengikut saiznya.
- Kemudian induk jantan akan membawa induk betina kesarang yang dibuatnya dan menunggu induk betina mengeluarkan telurnya sedikit demi sedikit.
- Manakala induk jantan juga mengeluarkan spermanya sedikit demi sedikit untuk mensenyawakan keseluruhan telur.
- Seterusnya induk betina akan mengutip semua telurnya untuk diramkan didalam mulutnye.
Proses pengeraman telur didalam mulut induk betina
Kebiasaannya telur yang diramkan akan mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk telur menjadi matang mengikut suhu air.
Induk betina akan sentiasa menggerakkan mulutnya untuk memberi pergerakan pada telur dan memberi oksigen yang secukupnya. Jika tiada pergerakan telur akan menjadi mendap dan melekat.
Sekiranya terdapat ancaman, ibu ikan akan segera mengunci mulutnya untuk melindungi telur daripada tercicir atau diambil ikan lain.
Sehingga telur sudah membentuk anak ikan, ibu ikan akan melepaskan anaknya untuk mereka mencari makan sendiri. Tetapi jika terdapat ancaman, anak ikan akan disedup kembali kedalam mulutnya.
Proses ini akan berjalan sehingga anak ikan berusia 10 hari atau lebih.
Baca juga :
- Suhu air yang baik untuk ikan nila / tilapia
- Penyakit yang menyerang ikan tilapia belaan
- Bela ikan Tilapia : makanan semulajadi alternatif
- Review : Pallet makanan ikan talapia yang terbaik
sumber info : http://ikankluang.blogspot.com/2010/03/pembiakan-ikan-tilapia-merah.html?m=1