Personaliti diri manusia | Keperibadian atau personaliti seseorang sering dianggap sangat sukar atau tidak boleh untuk diubah. Tetapi terdapat kajian yang membuktikan bahawa keperibadian boleh berubah mengikut peredaran masa mencapai dewasa.
Dalam kajian pada tahun 2011, orang yang mengambil cendawan psilocybin, atau atau dikenali juga sebagai “cendawan ajaib” halusinogenik menjadi lebih terbuka setelah mencubabta. Baru-baru ini, hallucinogen MDMA didapati meningkatkan keterbukaan ketika digunakan untuk tujuan baik pulih dan terapi, yang dapat merawat tekanan pasca-trauma.

Cendawan psilocybin | sumber : medicalnewstoday.com
Terapi minda menjadi alternatif daripada penggunaan cendawan halusinasi ajaib
Anda tidak semestinya harus melakukan rawatan halusinasi untuk membuat perubahan yang nyata.

sumber : psyciatryadvisor.com
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Bulletin Januari 2017 mendapati personaliti seseorang dapat diubah melalui rawatab terapi.
“Kepada orang-orang yang ingin menukar pasangan mereka pada kemudian harinya, yang banyak orang mahu lakukan, saya tidak akan fokus kepada orang yang sebegini,” kata penyelidik kajian Brent Roberts, seorang psikologi sosial dan keperibadian di University of Illinois.
Namun, dia melanjutkan, “jika anda ingin memusatkan perhatian pada salah satu aspek diri anda, dan anda ingin menggunakannya secara sistematik, kini ada peningkatan optimisme bahawa anda dapat mempengaruhi perubahan dalam domain tersebut.”
Gangguan nerotisme boleh diubah memngikut peredaran masa

sumber : dreamstime.com
Oleh kerana neurotisme dikaitkan dengan cabaran kesihatan mental, para penyelidik baru-baru ini berminat untuk berusaha mengurangkan neurotisme melalui terapi. Harapannya adalah bahawa menargetkan neurotikisme akan mencegah perkembangan gangguan seperti kemurungan.
Dengan merawat masaalah nuerotisme, personaliti dan keperibadian seseorang juga boleh berubah dengan perlahan dan secara semula jadi tanpa bantuan objek kuar. Sepanjang perjalanan hidup seseorang, seiring bertambahnya usia, mereka akan menjadi lebih tegas, kurang neurotik, lebih gembira dan lebih berhati-hati.
Kesimpulannya, anda yang sedang mengalamani gangguan personaliti supaya tidak berputus asa. Sentiasalah berusaha untuk mengubah personaliti anda menjadi lebih baik
Baca juga :
- Cara nak kenal personaliti diri orang introvert, extrovert, ambievert
- 5 Jenis sifat personaliti dalam diri manusia
- Tanda orang yang ada personaliti psychopath
- 3 punca utama yang menyebabkan psychopath
sumber : Bolehkah personaliti diri manusia berubah, livescience.com, engagedpeople.com.