Sebelum anda membaca lanjut bagaimana lipas boleh memberi kesan kepada makanan anda dan membuatkan anda keracunan, jom baca dulu fakta tentang lipas berikut.
- Kebaikan penciptaan lipas kepada bumi
- Kenapa lipas terbang boleh bertukar jadi babi
- Fakta lipas yang kelakar dan menggerunkan
- Tips cara perangkap lipas dalam kereta dalam rumah
Lipas sebenarnya haiwan yang pembersih?
Lipas sering dikategorikan sebagai haiwan yang kotor, bahaya dan menggerunkan. Tetapi, sama seperti kucing yang sentiasa menjilat bulunya untuk bersihkan diri, lipas juga sentiasa membersihkan diri.
Cara lipas membersihkan diri sama seperti semut membersihkan diri mereka. Lipas akan sentiasa mengusap antena dan kakinya kedalam mulut mereka untuk mencuci dan memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik.
Antara fungsi utama antena lipas ialah untuk mengesan makanan, mengesan kehadiran bahaya dan mencari pasangan mereka. Sebab itulah kaki dan antena mereka perlu sentiasa dalam keadaan bersih.
Kesan makanan yang terdedah kepada lipas
Lipas merupakan salah satu haiwan yang menyebabkan keracunan makanan kepada manusia. Antara tanda-tanda anda keracunan makanan ialah disenteri, cirit-birit, hipatitis, kudis, penyakit taun dan kadang-kadang berlaku pembekakan pada mata.
Jadi bagaimana lipas boleh mencemarkan makanan kita? Lipas merupakan haiwan omnivor yang memakan apa sahaja termasuklah tumbuhan dan daging. Tetapi sikap omnivor yang ada pada lipas terlalu extrim sehingga ia boleh memakan apa sahaja yang dihidangkan didepan matanya.
Sikap inilah yang membuatkan tubuh mereka membawa kuman dan bakteria yang tidak baik. Lipas akan menyebarkan bakteria ini melalui air liur dan najis mereka.
Apabila lipas singgah pada makanan anda, makanan tersebut akan terkena najis dan air liur mereka. Sekaligus menyebabkan anda keracunan makanan.
Satu kajian yang mendedahkan kelakuan lipas, mereka sering dilihat dengan satu tabiat yang menjengkelkan. Para pengkaji memanggil tabiat ini sebagai ‘regurgitasi’ bermaksud mrmuntahkan kembali makanan yang sudah di makan di tempat makan nya.
Rumusan
Jadi lepas ni, kena la selalu pastikan lipas rumah ini dihapuskan ye. Terdapat banyak cara untuk anda hapuskan lipas ini. Yang paling penting sekali ialah menjaga kebersihan rumah.
https://www.sciencefriday.com/videos/how-dirty-roaches-get-clean-2/, Bagaimana lipas membuatkan anda keracunan makanan