Kebaikan penciptaan lipas kepada bumi : Manusia merupakan penciptaan Allah yang paling unik dan terbaik. Tetapi setiap haiwan yang menghuni dibumi ini juga diciptakan Allah adalah terbaik untuk fungsi dan kebaikannya yang tersendiri.

Ini termasuklah haiwan yang bernama lipas. Lipas ini sering dikaitkan dengan haiwan yang pengotor, yang menakutkan dan menjijikkan. Jom lihat apa kebaikan lipas ini diciptakan untuk menghuni bumi ini.

Kebaikan penciptaan lipas kepada bumi
Sumber : google image
1. Membantu ekosistem dalam mempercepatkan proses penguraian sampah

Lipas merupakan haiwan dalam kategori omnivor. Mereka memakan apa sahaja daripada daging dan tumbuhan. Mereka sangat menggemari kawasan sampah sarap kerana disitulah sumber makanan utama mereka.

Proses pemakanan mereka inilah yang membantu bumi menjadi lebih sihat dengan mempercepatkan proses penguraian sampah.

Lipas sangat gemarkan sisa makanan sampah. Didalam perut mereka mempunyai enzyme protozoa yang membantu lipas menghadam makanan seperti kayu reput dan asas tumbuhan.

Jika lipas dirumah dianggap sebagai perosak, lipas yang hidup dihutan pula dianggap sebagai penyelamat. Hal ini kerana, mereka akan memakan bangkai, daun-daun kering dan ranting mati.

Hasil daripada memakan bahan semulajadi yang mereput ini membuatkan najis mereka terkandung dengan bahan nitrogen yang tinggi. Nitrogen ini sangat penting untuk tumbesaran tumbuhan yang lain.

hutan subur
Contoh pokok hutan yag hidup segar. sumber gambar : forestry.johor.gov.my
2. Menjadi sumber makanan kepada haiwan lain

Lipas mereka sumber makanan utama kepada kebanyakan haiwan lain seperti, ikan, cicak, katak, burung dan banyak lagi pemakan serangga yang lain. Pemakan serangga ini mendapatkan sumber protein dan nutrient-nutrient penting daripada lipas.

Di China, perusahaan lipas menjadi semakin pesat. Lipas bukan sahaja dijadikan sumber makanan untuk haiwan peliharaan mereka, malah, netizennya turut menjadikan ia sebagai salah satu menu makanan.

Kebaikan penciptaan lipas kepada bumi
perusahaan penternakan lipas di China. Sumber gambar : vitdaily.com

Kemusnahan lipas secara besar-besaran atau kepupusan terus boleh merosakkan rantaian makanan kepada pemangsa lipas.

Jadinya, jika anda lihat lipas di hutan tu anda boleh lepaskan jela. Kecuali ia mengganggu anda. Kalau lipas rumah tu, anda boleh hapuskan semua terus. Sebab rumah mana ada pemangsa lipas kan?

3. Digunakan sebagai bahan perubatan

Terdapat sebuah kajian yang dijalan keatas otak lipas mendapati disitu terdapat sembilan molekul antibiotik yang membantu mereka menghapuskan bakteria yang berbahaya.

Sehingga kini, para saintis masih mengkaji tentang keberkesanan antibodi lipas ini kepada manusia. Sesetengah hasil kajian ada yang menunjukkan bahawa molekul antibodi dalam lipas ini berkesan melawan bakteria E. coli dan MRSA.

Jadi, mungkinkah lipas boleh dijadikan bahan untuk membuat vaksin terhadap virus yang sedang melanda dunia sekarang (covid 19). Kajian terperinci perlu dilakukan untuk perkara ini.

Kesimpulannya, banyak jugak ya kebaikan lipas ini walaupun ia sentiasa dipanggil haiwan yang kotor dan perosak kepada manusia. Jadi, sapa-sapa yang nak try ternak lipas tu boleh la cuba. Mana tahu boleh boleh besarkan pasaran seperti di negara China tu kan?

Pengguna turut membaca :

Rujukan : https://aliffchannel.com/sains/tak-usah-dibenci-ada-4-fungsi-kehadiran-lipas-di-muka-bumi/, https://ms-my.facebook.com/thepatriotsasia/posts/kenapa-allah-ciptakan-lipasoleh-ammar-akmalaku-tak-faham-kenapa-ramai-sangat-min/1257685387758817/, https://www.hmetro.com.my/ekstra/2019/04/447801/gila-ternak-lipas, Kebaikan penciptaan lipas kepada bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like