Sehingga kini, netizen Malaysia sentiasa mengaitkan lipas terbang dengan haiwan yang bernama babi. Apa perkaitan antara dua binatang ini? Hari ini, cikna akan bercerita kenapa lipas terbang boleh bertukar jadi babi secara santai.

Sedikit fakta tentang lipas, dimana nama asal lipas sebenarnya membawa maksud ‘serangga gila’. Jika dilihat maksud lipas dalam bahasa inggeris iaitu ‘coachroach’ ialah asal perkataan dari bahasa sepanyol iaitu ‘cucaracha’. Cucaracha ini yang bermaksud serangga gila.

Babi pula merupakan haiwan yang diharamkan bagi muslim. Bagi orang melayu, perkataan babi sering dijadikan sebagai bahan untuk menunjukkan sesuatu itu adalah extrim atau ‘sangat-sangat’.

Thats why la orang biasa panggil lipas yang sudah mengembangkan sayapnya akan ditukar panggilan menjadi babi. Kerana lipas terbang itu memang sangat-sangat menakutkan tidak kira siapa pun orang dihadapannya.

lipas gila
lipas terbang boleh bertukar jadi babi
lipas terbang boleh bertukar jadi babi
lipas terbang boleh bertukar jadi babi
Video lawak lipas terbang bertukar jadi babi tanpa ekor.
Kenapa lipas sekejap jalan sekejap terbang

Kalau korang nak tahu, lipas memang ada sayap tetapi dia tidak terbang macam lebah atau semut terbang tu.

Biasanya sayap lipas ni akan digunakan jika lipas terasa seperti diancam oleh manusia. Sebab tu dia akan terbang untuk lari daripada ancaman.

Sedangkan sebenarnya manusia yang ketakutan dan berasa diancam oleh lipas terbang. Tetapi manusia tidak macam lipas jika ketakutan boleh terbang atau lari laju. Sedangkan manusia? nak menyorok dari dia pun susah.

Maka, akan keluarlah senjata-senjata yang unik seperti senapang penyapu, bom selipar tangan dan sebagainya.

penyapu lipas
sumber gambar : pngtree.com
selipar lipas
sumber gambar : iproperty.com.my
Fobia manusia kepada lipas

Fobia manusia kepada lipas dipanggil katsaridaphobia. Tetapi sebenarnya lipaslah yang lagi fobia kepada manusia. Sebab itu dia terbang ketakutan tanpa arah tuju.

Pertukaran nama lipas terbang kepada babi bukanlah kerana mencarut tetapi manusia terlalu atau sangat-sangat takut kepada mereka. Sehingga ia dipanggil dengan panggilan tersebut.

Jadi bagaimana dengan anda? Komen dibawah tahap ketakutan anda kepada lipas. Kalau cikna, memang ada berani sikit nak tangkap lipas dengan tangan. Dengan syarat tangan berbalut la. Tapi kalau lipas tu dah start terbang.. Mintak maaf laa.. cikna jadi macam lipas kudung. Lari macam tak cukup tanah.

Pengguna turut membaca :

rujukan : https://www.facebook.com/PembunuhSeranggaPerosak/photos/lipas-kalau-terbang-dia-akan-jadi-babi-betul-ke-cuba-mention-rakan-rakan-anda-ya/645390646054895, lipas terbang boleh bertukar jadi babi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like