Cara perangkap lipas dalam kereta rumah : Percaya tak? lipas ni biasanya dia akan buat rumah dalam kawasan yang tertutup dan mempunyai sumber makanan. Kalau didalam rumah itu semestinya beranak pinak lipas kan kalau ada tempat makanan yang bersepah.

Bagaimana pula kalau dalam kereta? Biasa kereta yang digunakan oleh pasangan suami isteri yang sudah mempunyai anak pasti akan ada binatang ini. Begitu juga buat kereta orang bujang yang rajin makan dalam kereta dan tanpa sengaja meninggalkan sisa makanan.

Ini dia rupa lipas yang paling korang benci tu. sumber : mrejoy.com

Korang tahu tak lipas lah punca ekonomi pembasmian serangga perosak berkembang dengan sangat cepat. Tetapi jumlah lipas dalam dunia ini tetap tidak berkurangan.

Rujukan lain mengatakan lipas ini walaupun diberi bum di bumi ini mereka tetap boleh ‘survive’.

Cara membuat perangkap lipas sama ada dalam kereta atau rumah

Teknologi sekarang sudah banyak pengeluaran produk untuk menghapuskan serangga perosak ini. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada orang ramai bagaimana untuk memerangkap lipas ini secara kendiri.

Jom lihat beberapa cara untuk membasmi serangga perosak ini.

1. Menggunakan bahan semulajadi
perangkap semulajadi lipas
sumber gambar : facebook.com

Mengikut perkongsian daripada laman facebook ellayrose.nordine, lipas boleh diperangkap dengan hanya menggunakan tiga bahan kesukaan lipas rumah. Iaitu majerin, susu dan minyak masak yang terpakai.

Campuran tiga bahan ini boleh menarik lipas untuk makan seterusnya memerangkap lipas.

Letakkan didalam bekas plastik yang sedikit besar dan tinggi supaya lipas yang sudah masuk tidak dapat panjat. Minyak pula berfungsi supaya kaki lipas menjadi licin dan tidak boleh untuk memanjat bekas tersebut.

Cara perangkap lipas dalam kereta rumah
Hasil perangkap lipas semulajadi

Inilah dia hasil daripada perangkap ini selepas dibiar semalaman didalam kereta yang tertutup. Anda boleh juga cuba untuk membiarkan ia sehingga dua malam untuk melihat hasil yang lebih banyak?

2. Guna ridsect biasa untuk membunuh lipas
ridsect lipas
sumber gambar : shutterstock.com

Kalau lihat dalam gambar, ada tiga jenis ridsect untuk membunuh serangga. Untuk warna hijau, cikna pernah guna untuk bunuh lipas, tetapi lipas tidak mati dan akan hidup semula.

Mungkin fungsi dia melambatkan kematian lipas tuh, then biar dia bawak balik racun untuk family yang lain. Macam iklan racun lipas dari thailand tu.

Ini iklan dia. Iklan dari thailand tak pernah tak lawak.

Ridsect warna merah memang power bunuh lipas. Dengan syarat anda kena sembur dengan penuh kesungguhan. Jom lihat cikna berperang dengan lipas terbang dengan menggunakan ridsect untuk menghapuskan nyamuk. Lihat video youtube dibawah.

The power of ridsect yang warna merah

Selain spray ridsect nih, korang juga boleh cuba spray “Kill it”. Dari sumber review pengguna lain, caranya hanya buka penyembur dan tutup kereta selama setengah jam. Lepas tu korang akan nampak hasil dia anak cucu cicit akan keluar dari semua celah kereta.

Cara perangkap lipas dalam kereta rumah
Anda boleh cuba dapatkan produk ini di shopee.com.my

Antara kelebihan spray lipas Kill-it ini ialah :

  • Membunuh lipas dan serangga yang tersembunyi.
  • 2. Tidak perlu pergi cari sarang serangga tersebut
  • 3. Hanya satu semburan padu dapat mematikan lebih 50 ekor lipas dan serangga
  • 4. Satu semburan boleh tahan sehingga 1-3 bulan
  • 5. Senang digunakan dan semburan automatik
  • 6. Mengeluarkan wangian fresh lemon tidak seperti dengan semburan lain..
Jom tengok hasil daripada pengguna spray kill-it
3. Perangkap jenis pelekat dan ubat

Perangkap jenis pelekat dan ubat racun lipas ini pun banyak ada dipasaran. Tapi mungkin keberkesanannya berbanding yang jenis spray agak kurang.

Contoh salah satu perangkap pelekat adalah seperti berikut.

Cara perangkap lipas dalam kereta rumah
Dapatkan produk ini di shopee.com.my/perangkaplipas

Selain lipas, perangkap pelekat gam ini juga boleh memerangkap lipas ye. Untuk keberkesanan yang lebih baik, cikna cadangkan untuk menambah sedikit makanan campuran susu dan majerin pada tengah pelekat. Ini untuk menarik minat lipas ke pelekat.

Antara kebaikan lain menggunakan perangkap jenis ini ialah, lipas tidak akan lari kemana-mana jika sudah terkena gam. Selain anda tidak perlu mengutip lipas itu sendiri.

Untuk perangkap jenis racun lipas, berikut adalah salah satu produk untuk menghapuskan lipas dengan menggunakan ubat lipas.

racun lipas
Lihat produk di shopee.com.my/perangkaplipas

Kebaikan lain produk ini ialah ia berbentuk gel yang tidak akan menyebabkan ia bersepah. Manakala reka bentuk produk ini disetai dengan pelekat gam pada belakang bekas memudahkan untuk ia ditampal ditempat yang lebih sempit.

Ubat lipas ini dikatakan akan menghapuskan 30% lipas dalam masa 12 jam. Manakala 80% akan terhapus dalam masa 48 jam.

Penutup..

Kesimpulannya, lipas memang sangat sukar untuk dikawal. Ini adalah beberapa inisiatif untuk anda. Yang paling penting ialah, elakkan sisa makanan terbiar terlalu lama. Kerana benda itu yang menjadikan ia tempat favorite si lipas.

Pengguna turut membaca :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like