Cara Download video facebook..| Adakah anda selama ini anda tercari-cari cara download video Facebook? Secara purata, lebih daripada 2 billion individu telah menggunakan platform Facebook dalam kehidupan seharian mereka. Facebook adalah salah satu rangkaian sosial media dan laman web di Internet yang telah dilancarkan pertama kali pada Februari 2004, dikendalikan dan milik persendirian Facebook, Inc. Sehinga kini, Facebook mempunyai lebih daripada 800 juta pengguna yang aktif. Pengguna perlu mendaftar masuk sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.

fakta menarik tentang facebook

Seperti yang anda jangkakan daripada platform media sosial yang paling popular di dunia, iaitu Facebook, dia mempunyai cerita yang menarik – dan lebih daripada beberapa berita remeh yang mungkin akan memberi kejutan kepada anda.

Jom lihay dulu, beberapa fakta yang ‘woww’ untuk anda rasa keliru dan gembira :

Sumber : worstream.com

1. Al Pacino merupakan “muka” pertama yang keluar di dalam Facebook. Pada keluaran awal tapak ini, ia memaparkan imej pengepala yang memaparkan wajah seorang lelaki yang dikaburkan di sebalik kod binari. Identiti lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas, tetapi kemudian diketahui bahawa wajah itu adalah wajah pelakon terkenal Al Pacino.

2. Peter Thiel, pengasas aplikasi PayPal, merupakan pelabur utama pertama yang menyokong Facebook. Thiel, yang merupakan seorang tokoh dalam dunia permulaan dan modal teroka, melihat potensi tapak tersebut dan melabur $500,000 ke dalam syarikat muda itu pada tahun 2004. Thiel kemudiannya menjual kepentingannya dalam syarikat itu untuk lebih daripada $1 bilion. (sumber)

3. Sean Parker, pengasas bersama aplikasi muzik Napster yang kini tidak wujud lagi, pada asalnya memperoleh nama domain facebook.com untuk $200,000. Parker adalah penggerak dalam penamaan semula facebook, dan sangat berpengaruh dalam menaikkan populariti tapak ini. (sumber)

4. Idea Pertama Mark Zuckerberg merupakan Tapak Yang Dipanggil “Facemash” Semasa Zuckerberg masih menuntut di Harvard, dia mempunyai idea untuk mencipta tapak yang membolehkan pengguna membandingkan wajah pengguna antara satu sama lain. Dengan platform ini, pengguna boleh memilih antara pengguna yang lebih menarik. Tetapi, pemtadbiran Harzard menolak idea ini kerana tidak bersesuaian untuk pembelajaran pelajar disekolah.

5. Idea Kedua Zuckerberg ialah Direktori Pelajar Dalam Talian. Dia memanggil direktori itu sebagai “Thefacebook.” Antara fungsinya ialah :

– Mengetahui pelajar lain yang mengikuti kelas yang sama

– Pelajar Harvard dapat mencari antara satu sama lain

– Mencari kawan baru

– Rangkaian sosial untuk pelajar

6. Walaupun “Thefacebook” bermula sebagai direktori eksklusif untuk pelajar Harvard, kemudiannya berkembang sehingga sesiapa sahaja boleh berdaftar dengan tapak ini (habya 13 tahun keatas)

7. Tahukah anda? Facebook Merupakan Laman Ketiga Paling Popular di dunia. Yang pertama dan kedua jatuh kepada google dan Youtube.

8. 71% rakyat Amerika Menggunakan Facebook
Peratusan ini adalah tinggi, memandangkan hanya 38% bagi pengguna Instagram, manakala 23% adalah pengguna Twitter.

9. Menariknye, wanita akan menggunakan Facebook Lebih lama daripada Lelaki
Tinjauan Pusat Penyelidikan Pew mendapati bahawa 75% wanita menggunakan Facebook, berbanding dengan hanya 63% lelaki.

10. Tahukah anda sehingga kini Pengguna Facebook Telah Memuat naik sebanyak 250 Bilion Gambar. Ini bermaksud 350 juta foto dimuat naik ke Facebook setiap hari!

11. Generasi Lama Semakin Berminat dengan Facebook.

12. Pada 2015, 71% remaja Amerika telah menggunakan Facebook untuk pelbagai tujuan. Sehingga hari ini pula, jumlah tersebut telah menurun kepada 51%. Sebaliknya, warga emas adalah sebahagian daripada kumpulan yang semakin meningkat di Facebook.

13. Pada tahun 2019, 60% pengguna Baby Boomer telah direkodkan.

14. Facebook adalah Sangat Popular di Kawasan Luar Bandar

15. 3/4 daripada pengguna Facebook Amerika adalah tinggal di kawasan bandar. Tetapi ini tidak bermaksud Facebook tidak popular di kawasan luar bandar.

16. Pengguna daripada Asia Pasifik telah menyumbang kepada 38% daripada Pengguna Aktif Facebook. Indonesia, India dan Filipina merupakan negara yang paling banyak mengalami pertumbuhan terbesar dalam peningkatan pengguna Facebook.

17. Tahukah anda? India mempunyai bilangan pengguna Facebook tertinggi iaitu 260 juta.

18. Purata waktu Harian Orang meluangkan masa di Facebook ialah 58 Minit. 58 minit bukanlah waktu yang singkat, tetapi ini tidak bermakna pengguna akan menghabiskan lima minit hany untuk menganalisis setiap postingan pada suapan mereka. Malah, rata-rata pengguna hanya akan menghabiskan 1.7 saat pada setiap satu kandungan.

19. Sebagai peniaga, ini bermakna anda akan mempunyai masa yang lama untuk menarik perhatian seseorang untuk melihat postingan anda.

20. Facebook merupakan Platform yang sangat popular untuk Pemasar. 86.3% pemasar telah menggunakan Facebook untuk mempromosikan jenama mereka.

21. Pengguna Facebook biasanya akan Mengikuti laman Jenama kesukaan merema untuk Mendapat Tawaran harga yang lebih rendah.

22. Anda Boleh Mengetahui Seberapa Banyak Masa yang Anda Luangkan di Facebook. Caranya Klik pada menu anda, kemudian pergi ke Tetapan dan Privasi. Dari sana, anda akan menemui “Your Time” di Facebook.

    Cara untuk download video dari facebook

    1. Copy link video anda daripada laman Fb

    Anda juga boleh menekan pada butang 3 dots di kanan atas video facebook anda untuk mengcopy link address.

    2. Masuk ke laman web https://fbdown.net/

    Seterusnya, anda hanya perlu paste URL anda dan tekan butang download.

    Setelah penulis mengkaji di Google, fbdodwn adalah laman terbaik untuk mendownload video daripada facebook. Anda juga boleh mencari laman web lain, hanya perlu taip di papan carian ‘Video Facebook Downloader’.

    cara download video Facebook

    3. Tekan pada butang ‘more option’

    Seterusnya, paparan halaman berikut akan keluar. Anda hanya perlu tekan pada paparan bulatan dibawah

    cara download video Facebook

    Paparan ini akan keluar.

    4. Anda hanya perlu tekan pada Force Download HD, video akan automatik download dalam bentuk MP4.

    Kebiasan dalam Windows atau Mac, video anda akan automatic masuk ke dalam folder Download.

    cara download video Facebook

    Penulis harap, cara ini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah anda. Anda boleh komen dibawah untuk memberi sebarang cadangan atau kritikan untuk penambahbaikan. Terima kasih.

    Anda juga berminat : Bagaimana hendak download video dari pinterest?

    Anda juga berminat : Begini cara saya memulakan Blog tahun 2020

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may also like