Blogging

Setahun Berjuang: Bagaimana Blog Ini Berjaya Mencapai 1000 Pageview Sehari

Berjaya mencapai 1000 pageview sehari | Hari ini 1 November 2022 mencatat sejarah pertama bagi blog ini dapat mencapai 1000 pageviews dalam masa sehari!

Bukan senang hendak mencakap 1k pageview sehari ni. Kebiasaannya purata pageview sehari hanyalah 300 hingga 600 sahaja.

Setahun yang lalu, kami memulakan blog ini dengan harapan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan idea-idea yang kami rasakan berharga dan bermanfaat.

Pada ketika itu, kami tidak terlalu memikirkan tentang trafik atau statistik. Namun, apabila melihat jumlah pengunjung yang datang perlahan-lahan, kami sedar bahawa untuk blog ini berkembang, kami perlu merancang dan bekerja lebih keras. Kini, selepas setahun berusaha, kami akhirnya berjaya mencapai satu pencapaian yang cukup membanggakan – 1000 pageview sehari!

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan perjalanan kami sepanjang setahun lalu, apa yang telah kami lakukan, dan bagaimana kami berjaya mendapatkan 1000 pageview dalam masa sehari sahaja.

Mungkin anda yang masih berjuang untuk memajukan blog anda juga boleh mengambil beberapa langkah yang sama untuk mencapai matlamat anda.

Data daripada Google analisis

Nah, anda boleh lihat sendiri gambar di bawah ini. Memang sangat teruja bila blog yang dah setahun lebih ni mampu untuk menjana 1000 pageview sehari. Bukan senang ye untuk mencapai ketahap ini.

Berjaya mendapat 1000 pageview sehari

Serius seronok sangat apabila blog mula naik ke angka 1k pageview sehari. Mana tidaknya, sungguh mengujakan untuk melihat peningkatan ini dengan sentiasa refresh Google Analysis.

artikel yang paling banyak membantu 1000 pageview blog

Kalau anda lihat gambar diatas, post yang paling banyak mendapat view daripada Google ialah yang ni 👉🏻 9 bau pilihan pelanggan bath and body work.

Anda boleh lihat sendiri artikel ini sebenarnya sangat simple dan ditulis pon untuk diri sendiri ketika itu sedang membandingkan untuk doro sendiri nak beli perfume bath and body works.

Usia artikel 9 bau pilihan pelanggan bath and body work ini rasanya dah hampir setahun lebih. Tapi sehingga hari ini, pageview harian boleh mencapai 500. Banyak bukan?

Jadi, anda bolehlah kaitkan yang usia artikel juga boleh mempengaruhi pageview harian. Sebab itu la kena selalu rajin update blog sebab kita tak tahu mana satu artikel yang akan viral dan menaikkan view blog.

Baca juga :

pendapatan google adsense jika mendapat 1000 pageview sehari

Total pendapatan sehingga 31 oktober 2022 ialah $0.85 sen. Pecahannyanya anda boleh lihat dibawah.

CPC (cost per click)$0.29
CPM (cost per million)$0.54
Active view CPM$0.03

Jika dilihat daripara jadual diatas, kami mempunyai click yang sangat rendah iaitu hanya 29 sen sahaja.

Tetapi cost per view dikira agaktinggi berbanding sebelum ini. Jika sebelum ni total cost daripada view hanya purata 30-40 sen, sekarang selepas dapat 1000 pageview, ia boleh mencapai 50-60 sen sehari.

road to blogger sepenuh masa

Menjadi impian sebenarnya untuk menjadi blogger sepenuh masa. Yela, kalau dah berblogging ni seronok macam kite kerja sendiri je tanpa perlu terikat dengan mana-mana company.

Yang penting teruskan buat dan teruskan berjalan walau penghujung masih tiada bayang sekali pon. Mana tahu satu hari nanti Allah izinkan ke kan. InshaAllah.

Seronok je tengok blogger-blogger yang dah berjaya dapat sebulan $100 tu. Kami pon teringin juga sebenarnya. InshaAllah, kene banyak lagi membaca dan mencuba perkara baru 💪🏻💪🏻💪🏻.

niat baru

Seronok sebenarnya bila blog dah start dapat 1000 pageview sehari.

Kalau sebelum menulis artikel semata-mata untuk kejar adsense dan pageview, lepas ni kami kene ubah niat yang menulis supaya kami dapat belajar sesuatu dan membei manfaat kepada orang lain supaya turut berjaya seperti kita. InshaAllah.

Kesimpulannya: Konsistensi Adalah Kunci

Mencapai 1000 pageview sehari selepas setahun berjuang adalah pencapaian yang sangat menakjubkan. Namun, kami sedar bahawa ini hanyalahpermulaan. Kejayaan ini tidak datang dalam sekelip mata, tetapi melalui usaha yang konsisten, kesabaran, dan penyesuaian strategi.

Untuk anda yang sedang berusaha mencapai trafik tinggi, ingatlah bahawa konsistensi adalah kunci. Teruskan menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti, belajar tentang SEO, dan memanfaatkan media sosial dengan baik. Dengan usaha yang berterusan, anda juga boleh mencapai pencapaian yang sama, atau bahkan lebih baik!

Munkin korang juga minat baca : 👉🏻 Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!

*Untuk sebarang pertanyaan dan pendapat lain, korang boleh tinggalkan diruangan komen dibawah. Terima kasihh.

Masuk sini untuk permohonan pertama Google Adsense anda : https://www.google.com/adsense/start/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like