Withdraw duit dari involve asia | Affiliate marketing merupakan salah satu cara untuk menjana income daripada berblogging. Siapa sangka, selepas setahun lebih blog ini dibentuk, akhirnya kami berjaya juga menghasilkan duit daripada affiliate marketing.

Bagi ramai yang baru bermula dalam dunia affiliate marketing, salah satu pencapaian terbesar adalah berjaya menghasilkan komisyen pertama dan akhirnya dapat mengeluarkannya. Begitu juga dengan kami, yang baru-baru ini berjaya menarik duit komisyen pertama melalui platform Involve Asia.

Melalui artikel ini, kami ingin berkongsi pengalaman pertama kami, bagaimana kami bermula dari kosong, cara kami memperoleh komisyen, dan proses withdraw yang kami lalui. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda yang baru berminat atau sedang berusaha dalam affiliate marketing!

Baca juga : Cara buat duit dengan Affiliate Marketing

Apa itu involve asia?

Sebelum tu, anda tahu ke involve asia tu apa?? Mana yang dah tahu tu ok lah, kalau yang belum tahu tu baca dulu disini.

Involve asia merupakan orang tengah antara penjual (contoh shopee, lazada dll), dan publisher seperti blogger.

Biasa anda tengokkan orang promosi barang shopee dalam facebook? kalau ada pengguna yang klik dan beli mereja akan beroleh komisyen macam tu. Involve asia inilah yang akan menguruskan komisyen anda.

Apa yang penting apabila anda promote barang dan ada orang beli daripada link yang anda promosikan tu, dari situlah anda akan menerima komisyen.

Berjaya mencapai minimum amount untuk withdraw daripada involve asia

Involve asia ni tidah susah sangat berbanding Google adsense. Jika Google adsense memerlukan minimum withdrawal mencapai $100. Tapi dengan involve asia, anda hanya perlu mencapai RM80 je.

Involve asia ni pakai Dollar jugak ye. Cumanya mereka dah siap-siap convert jadi Ringgit Malaysia dalam sistem dia juga.

Berjaya withdraw dengan involve asia

Amount yang ditunjukkan ialah amount yang pertama kali berjaya dikeluarkan | cara withdraw duit dari involve asia

Jika anda lihat dqripada gambar diatas ini, terdapat amount yang kami berjaya withdraw buat pertama kalinya iaitu MYR 164.39.

Seronokkan? selepas hampir 2 tahun bersusah payah dengan berblogging, akhirnya nampak juga hasil dia. Yelah walaupon permulaannya kecil, inshaAllah lepas ni kita target sebulan RM500 pulak.

Baca juga : Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!

purata pendapatan bulanan daripada involve asia
Berjaya withdraw dengan involve asia

Withdraw dari involve asia

Sehingga tahun 2022, purata pendapatan bulanan daripada involve asia ni cuma 4-5 dollar sahaja. Kalau dalam duit Malaysia cuma RM16-20 sahaja macam tu.

Agak perlahan dan sedikit bulanan yang kami mampu capai. Yela, pertama kalau dapat amount miniman cash withdrawal tu ialah selepas kira-kira setahun setengah daripada masa blog ini ditubuhkan.

Jadi, anda yang masih belum berjaya dapat withdraw daripada involve asia tu jangan giveup dulu kerana kejayaan memerlukan masa yang pebih panjang untuk dilihat hasilnya.

Tips Untuk Anda yang Ingin Berjaya dalam Affiliate Marketing:
1. Memilih Produk yang Relevan :

Promosikan produk yang sesuai dengan niche dan audiens anda. Ini dapat membantu meningkatkan peluang conversion dan membantu anda membina kepercayaan dengan pembaca.

2. Bina Kandungan Berkualiti :

Kandungan yang berkualiti dan jujur adalah kunci utama dalam affiliate marketing. Jangan sekadar mengejar jualan, tetapi berikan maklumat yang bermanfaat untuk penonton anda.

3. Fokus pada SEO :

Dengan mengoptimumkan artikel dan kandungan anda untuk SEO, anda mampu menarik lebih banyak trafik organik yang berpotensi untuk menghasilkan komisyen yang lebih banyak.

4. Konsisten :

Kejayaan dalam affiliate marketing memerlukan masa. Jangan berputus asa jika tidak mendapat hasil yang segera. Teruskan menghasilkan kandungan dan meningkatkan strategi pemasaran anda.

harapan bersama

Akhir kata, kami berharap artikal dan postingan ini boleh memberi serba sedikit inspirasi dan manfaat kepada anda yang masih struggle dengan blogging atau yang masih mencuba untuk mencari side income yang lebih baik.

Nothing is impossible“. Apa yang penting buat tanpa henti, kerapkan membaca pengalaman orang lain dan jangan give up terlalu lama.Semoga anda juga berjaya withdraw pertama kali daripada involve asia ni.

Berjaya mengeluarkan duit komisyen pertama daripada Involve Asia adalah satu pengalaman yang sangat memuaskan dan memberi motivasi untuk terus maju. Bagi sesiapa yang baru memulakan perjalanan dengan affiliate marketing, ingatlah bahawa usaha dan kesabaran adalah kunci kejayaan yang sebenar. Dengan strategi yang betul dan konsistensi, anda juga boleh mencapai matlamat yang sama. Selamat berjaya!

*Untuk sebarang pertanyaan dan pendapat lain, anda boleh tinggalkan diruangan komen dibawah.

Masuk sini untuk permohonan pertama Involve asia anda : https://involve.asia/, Berjaya withdraw dengan involve asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like