Withdraw Komisyen Involve Asia | Involve Asia merupakan platform affiliate yang sedang popular di kalangan blogger, influencer, dan pemasar dalam talian di Malaysia dan Asia Tenggara.
Salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan oleh pengguna Involve Asia ialah proses pengeluaran (withdraw) komisyen mereka. Jika anda baru sahaja mula menggunakan platform ini atau ingin tahu lebih lanjut mengenai cara mengeluarkan komisyen anda, artikel ini akan memberikan panduan langkah demi langkah dan beberapa tips berguna untuk memastikan proses withdraw berjalan lancar.
Wajib capai minimum cashout dulu!
Involve asia pon ada minimum cashout kalau nak withdrawal. Sebelum mencapai minimum cashout, anda memang tidak boleh buat withdrawal langsung.
So berapa minimum cashout dia?? Untuk withdrawal korang kena dapat dulu sejumlah current earnings RM80.
contoh gambar jumlah earning yang diterima melalui involve asia | Withdraw Komisyen Involve Asia
Contoh seperti gambar diatas ni, current earning blog ini setakat ini ialah RM52.91 sahaja. Jadi tidak boleh lagi nak membuat pengeluaran duit ni.
Baca juga : pertama kali berjaya keluar duit daripada involve asia!
Lagi pula, walaupun current earning anda masih belum cukup RM80, tetapi kalau jumlah pending validation atau pending approve validation anda sudab capai RM80, anda masih boleh untuk membuat permohonan pengeluaran wang anda!
Yang ni kami tidak pernah cuba lagi. Sebab ia memerlukan banyak syarat-syarat yang lain selain perlu ada minimum withdrawal tersebut.
isi dulu payment details
Payment details ni mungkin awal-awal masa anda mencipta akaun involve asia dah wajip kene isi. Tetapi, incase anda mahu tukar bank ke atau nak cek balik ke, anda boleh ikuti step di bawah :
1. Selepas dah login masuk, dekat dashboard utama tu anda perlu tekan pada kotak yang ada tulis withdraw tu.
2. scroll ke bawah sikit akan ada link untuk “fill up payment details“.
Rujuk seperti gambar dibawah.
Tekan pada link “Fill up payment details” macam dalam petak merah diatas
3. Seperti dalam gambar petak merah dibawah, anda perlua scroll ketepi sampai jumpa option untuk payment. Bawah dia ada tulis “payment setting”.
Anda boleh masukkan bank akaun baru atau update yang baru di dalam ni. Yang semua bertanda * adalah wajib diisi.
Untuk code swift bank anda wajib isi. Untuk dapatkan code ni, anda boleh Google sahaja ataw direct call kat customer servise bank masing-masing untuk nak dapatkan code ni.
Macam yang kami guna ialah public bank code dia ialah PBBEMYKL
Swift code untuk Public Bank Sdn Bhd : PBBEMYKL
4. Last sekali anda perlu save changespada bahagian bawah sekali sebelah kanan tu.
* untuk peringatan, nak withdrawal ni anda ada 2 pilihan yang anda boleh pilih. Sama ada :
- wire transfer
- paypal
Dua pilihan ini terdapat pada payment setting tadi. korang boleh select kat situ. Tapi yang defult dan paling mudahnya guna jela wire transfer.
Cara withdraw duit daripada involve asia 2025
Selepas anda selesai mendaftar dah dan tak ada apa-apa masaalah dengan payment details tadi, anda dah boleh proceed untuk cashout komisyen. Ikut langlah demi langkah berikut :
- Dalam dashboard utama bawah current earning tu, tekan pada butang withdraw.
- Kemudian, tekan pada butang request withdrawal.
- Setkan amount yang mahi di keluarkan. Wajib minimum RM80. Nak keluarkan 100% pon boleh, kerana had pengeluaran toada limit.
- selepas itu tekan pada butang submit bahagian bawah.
- Last sekali ia akan suruh confirm untuk submit.
Untuk lebih memahami langkah ini, anda boleh rujuk pada video di bawah :
Tanda permohonan anda berjaya diterima oleh involve asia
Untuk tengok sama ada anda berjaya atau tidak permohonan tersebut, selepas anda submit permohonan, anda akan menerima satu email daripada involve asia sendiri.
Rujuk pada gambar dibawah👇🏻👇🏻👇🏻
Daripada email ni, involve asia akan memberitahu ansa bahawa permohonan withdrawal akan diproses. Dan seterusnya kena tunggu 3 hari berkerja untuk duit masuk.
Berapa lama duit akan masuk kedalam akaun?
Berapa lama duit masuk dalam akaun tu depends kepada bank masing-masing.
Macam kami pengguna Public Bank, dia akan ambil masa 7 hari berkerja untuk duit daripada involve asia berjaya masuk dalam bank sendiri.
Untuk dapatkan kepastian jika duit komisyen anda sudah masuk atau belum, anda dinasihatkan untuk menelefon bank masing-masing untuk dapatkan kepastian.
Kesimpulan
Proses pengeluaran komisyen Involve Asia pada 2025 adalah mudah dan cepat jika anda mengikuti langkah-langkah diatas dengan betul.
Dengan memahami proses ini dan menggunakan tips yang diberikan, anda mungkin dapat memastikan pengalaman pengeluaran yang lancar dan tanpa masalah.
Pastikan anda tidak lupa untuk selalu menyemak status komisyen anda dan pastikan maklumat akaun anda terkini untuk mengelakkan masalah semasa proses pengeluaran nanti.
Selamat berjaya dengan pendapatan affiliate anda!
Masuk sini untuk permohonan pertama Involve asia anda : https://involve.asia/