Berinteraksi dengan teks daripada imej..| Selain gambar secara langsung, Google Lens juga boleh menarik keluar dan memproses teks daripada imej tersebut (termasuklah gambar sebenar yang telah diambil dan screenshoot yang korang dah tangkap)
Katakan, sebagai contoh, korang baru sahaja menerima e-mel dengan nombor tracking di dalamnya, tetapi nombor trackingg itu ialah jenis teks yang menjengkelkan dan tidak boleh dicopy. (Ini nampaknya terlalu kerap berlaku kepada Admin.) Atau mungkin korang sedang melihat halaman web atau pembentangan di mana teks atas sebab tertentu tidak boleh dicopy atau di pilih.
Cara berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens
1. Paling mudah adalah snap gambar atau screenshoot sahaja daripada telefon korang ( tekan bersama butang volume dan butang buka)
2. kemudian pergi ke apl Google Lens. Pilih pada gallery gambar yang korang dah screenshoot tadi. Kemudian pilih pada teks yang korang nak copy tadi.
Dari sana, korang boleh copy teks, copy to computer atau melakukan mana-mana option lain yang sudah tersedia dibawah tu.
Korang tengok jela contoh gambar dibawah :
Cari teks daripada mana-mana dokumen fizikal atau imej
Selepas korang dah pilih teks dari dalam Google Lens ni, leretkan jari korang ke arah kiri pada baris pilihan dalam panel bawah skrin itu — yang mempunyai “copy teks,” “copyto computer,” dan sebagainya. Nanti korang akan jumpa option untuk “search” pilihan teks. (Rujuk gambar diatas)
Dari situ, Google Lens akan mendapatkan maklumat yang paling relevant berkaitan dengan carian anda.
Baca sini kalau korang minat nak tahu produk atau barangan apa yang tengah viral kat tiktok : Produk viral / racun tiktok
Pelbagai fungsi Google Lens
Ini dia macam-macam fungsi Google Lens yang mungkin korang baru nak tahu. Jangan lupa tengok semua tau. Korang pasti nak guna Google Lens je lepas ni sebab dia canggih sangat.
- Fungsi betul Google Lens ni! Ambil gambar je terus boleh tahu benda apa
- Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada
- Cara copy text dari gambar menggunakan Google Lens
- Translate dan travel semudah abc dengan adanya Google Lens
- Tangkap gambar terus boleh shopping dengan Google Lens
- Simpan contact, email, nombor telefon dan terus ke website dengan Google Lens
- Simpan event dalam calender dengan Google Lens
- Text-to-speech bahasa apa pun dengan Google lens
- Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens
Sumber info : https://lens.google/, Berinteraksi dengan teks daripada imej
Baca juga lain-lain artikel berkaitan Google Lens disini : Google lens
[…] Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens […]
[…] Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens […]