Copy text dari gambar..| Didalam artikel ini, admin akan tunjukkan kepada korang cara nak copy text terus daripada gambar.

Cara macam ni akan sangat sangat memudahkan kerja kerja office girl / boy yang perlu mereka cepat copy text daripada gambar terus.

Kalau sebelum nih Min pernah kerja sebagai admin assistant di syarikat construction membuat planning piping, kadang kadang surat contract tu boss suruh type balik masuk dalam komputer. Jenuh woiii… 😤😤😤 Untung korang kalau dah tahu fungsi Google Lens nih!

Kalau sebelum ni, kebiasaan mereka perlu type satu-satu word kedalam microsoft word, sekarang tak perlu lagi dengan adanya Google Lens ni. Mudah kan? ❤️❤️❤️

Step-by-step cara copy text dari gambar terus ke note atau microsoft word

1. Buka Google Lens anda, sama ada daripada carian google, aplikasi yang sudah didownload atau Google Photo.

Terdapat satu cara yang paling mudah nak buka Google Lens tanpa perlu guna jari langsung. Pada telefon anda sebutkan :

“Hey Google, open Google Lens”

2. Snap gambar atau anda boleh terus pilih gambar daripada gallery. (Dia automatik pada bahagian bawah ada tunjuk gambar daripada gallery taw)

3. Tekan pada option text seperti gambar di bawah.

4. Jika perlu tekan pada option “select all“. Atau secara manual pilih text yang anda mahu copy

Copy text dari gambar
Ambil gambar/pilih gambar yang korang nak ambil textnya

5. Tekan pada option text seperti dalam gambar di atas. Kemudian pada option dalam kotak korang boleh pilih sama ada “copy to computer / copy text

Copy text dari gambar
Jika anda lihat dalam kotak merah, terdapat juga option lain yang anda boleh guna seperti copy to computer / copy text / search google / translate dan sebagainya.

6. Tengok contoh gambar dibawah, bahasa arab pon dia boleh copy dari gambar. Power kan?!

Baca sini untuk lihat bahasa apa yang available dalam Google Lens (salah satunya Malaysia tau) :

Copy text dari gambar
contoh copy text dari gambar bahasa arab

Sumber info : https://lens.google/

Pembaca juga berminat membaca : racun-tiktok-confirm-putih-dengan-safi-lotion-scrub-sumber-ayu-safi-zaitun/

Pelbagai fungsi Google Lens

Ini dia macam-macam fungsi Google Lens yang mungkin korang baru nak tahu. Jangan lupa tengok semua tau. Korang pasti nak guna Google Lens je lepas ni sebab dia canggih sangat.

  1. Fungsi betul Google Lens ni! Ambil gambar je terus boleh tahu benda apa
  2. Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada
  3. Cara copy text dari gambar menggunakan Google Lens
  4. Translate dan travel semudah abc dengan adanya Google Lens
  5. Tangkap gambar terus boleh shopping dengan Google Lens
  6. Simpan contact, email, nombor telefon dan terus ke website dengan Google Lens
  7. Simpan event dalam calender dengan Google Lens
  8. Text-to-speech bahasa apa pun dengan Google lens
  9. Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens

trends.google.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like