Text to speech dengan Google lens..| Dalam artikel kali ini, admin akan ajar korang salah satu cara yang simple untuk buat text to speech Malay atau bahasa-bahasa lain. ( Nak cuba dalam bahasa Arab pon boleh taw )

Kalau ekot pengalaman Min, Min pernah cari di Google website yang boleh translate speech dari text. Tapi serius tak jumpaaa.. Kalau ada pun, website yang perlu registerlah, perlu bayarlah. And lagi satu, kebanyakannya translate speech kebahasa indonesia je banyak.

Cara mendengar ( text-to-speech ) dengan Google Lens

Mungkin korang baru sahaja diberikan memo yang panjang, ringkas yang dicetak atau surat daripada Mak Cik Bawang yang korang sayangi. Walauapapun, rileks kan ja mata korang dan biarkan Google Lens melakukan kerjanya.

1. Buka Google Lens anda, sama ada daripada carian google, aplikasi yang sudah didownload atau Google Photo.

Terdapat satu cara yang paling mudah nak buka Google Lens tanpa perlu guna jari langsung. Pada telefon anda sebutkan :

“Hey Google, open Google Lens”

“Hey Google, open Google Lens”

2. Macam biasa, korang boleh snap gambar baru atau pilih terus dari gallery.

3. Tekan pada option “text” seperti gambar di bawah.

4. Kemudian tekan pula pada option “listen” ( rujuk pada gambar dibawah )

Text to speech dengan Google lens
Didalam gambar diatas, pilih pada option “text” kemudian tekan pada “listen”

Tekan je pada budak baik tu, dan apl Google Lens sebenarnya yang akan membacakan teks yang dipilih dengan kuat kat korang, dengan suara yang menenangkan. ( Yeke tenang?)

Rekod suara dari Google Lens

Macam korang yang membuat kerja yang memerlukan korang rekod suara speech malay tadi, Min cadangkan korang cari apps yang boleh merekod suara dari hp.

Atau lagi senang, korang buka volume kuat2 then korang screen record je la kan.

Yang lain-lain pandai pandai la korang edit.

Baca sini kalau korang minat nak tahu produk atau barangan apa yang tengah viral kat tiktok : Produk viral / racun tiktok

Pelbagai fungsi Google Lens

Ini dia macam-macam fungsi Google Lens yang mungkin korang baru nak tahu. Jangan lupa tengok semua tau. Korang pasti nak guna Google Lens je lepas ni sebab dia canggih sangat.

  1. Fungsi betul Google Lens ni! Ambil gambar je terus boleh tahu benda apa
  2. Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada
  3. Cara copy text dari gambar menggunakan Google Lens
  4. Translate dan travel semudah abc dengan adanya Google Lens
  5. Tangkap gambar terus boleh shopping dengan Google Lens
  6. Simpan contact, email, nombor telefon dan terus ke website dengan Google Lens
  7. Simpan event dalam calender dengan Google Lens
  8. Text-to-speech bahasa apa pun dengan Google lens
  9. Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens

Sumber info : https://lens.google/, Text to speech dengan Google lens

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like