Ajar matematik dengan Google Lens..| Kalau dulu masa sekolah menengah, subjek addmath adalaglh subjek paling susah dalam banyak banyak subjek.
Cuba korang bayangkan, dulu masa form 5 Min dapat markah 30++ untuk addmath tapi markah Min lah yang paling tinggi. Kebanyakan classmate yang lain dapat markah 10 kebawah.
Bayangkan susahnya subjek addmath ni kat sekolah. Dulu mana ada Google Lens ni nak tolong solvekan masalah addmath Min, dulu nak tahu jawapan kene banyak fokus dalam kelas.
Tapi sekarang tak perlu risau lagi dengan adanya Google Lens ni, masalah homework korang pun boleh selesai tau.
Cara selesaikan masalah matematik dengan Google Lens
Cara nak selesaikan masalah matematik, korang boleh tengok video dibawah. Dia ada ajar caranya sekali dengan cara penyelesaian.
Sangat mudah dan senang difahami.
1. Macam biasa, korang buka sahaja Google Lens korang.
“Hey Google, open Google Lens”
haa, terus Google Assistant bukakan Google Lens tanpa perlu angkat jari pun.
2. Ambil gambar equation matematik yang perlu diselesaikan dan tekan pada option “homework”
3. Kemudian, Google Lens akan mengeluarkan jawapan dia. Untuk melihat cara solving math tersebut tekan pada option “solve”. (Rujuk dalam video diatas)
Pelbagai fungsi Google Lens
Ini dia macam-macam fungsi Google Lens yang mungkin korang baru nak tahu. Jangan lupa tengok semua tau. Korang pasti nak guna Google Lens je lepas ni sebab dia canggih sangat.
- Fungsi betul Google Lens ni! Ambil gambar je terus boleh tahu benda apa
- Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada
- Cara copy text dari gambar menggunakan Google Lens
- Translate dan travel semudah abc dengan adanya Google Lens
- Tangkap gambar terus boleh shopping dengan Google Lens
- Simpan contact, email, nombor telefon dan terus ke website dengan Google Lens
- Simpan event dalam calender dengan Google Lens
- Text-to-speech bahasa apa pun dengan Google lens
- Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens
Iklan corner
Iklan corner? Jangan risau, penulisan ini tiada kaitan dengan artikel diatas. Iklan corner hanya digunakan untuk admin promote sesuatu barang atau artikel yang lebih menarik. Kalau anda tak minat boleh terus skip ye. 🥰🥰🥰
Jika anda ada apa apa cadangan atau komen yang menarik, sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen dibawah.
Min pasti akan baca, approve dan balas dalam masa 24jam sahaja. Dan jika anda berminat untuk Min promosi apa apa atau review, korang boleh emailkan kepada motivasidaninformasi@gmail.com.
Sumber info : https://lens.google/, Ajar matematik dengan Google Lens.
Bava juga : 12 Tips supaya kekal sihat dan cergas ketika usia semakin meningkat
[…] Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada […]
[…] Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada […]
[…] Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada […]