Simpan event dalam calender dengan Google Lens..| Pada bila-bila masa korang perlu mendapat sesuatu dengan tarikh yang terlibat; contohnya seperti risalah, papan iklan, kad janji temu, atau jemputan fizikal ke majlis perkahwinan mingguan Mak Cik Bunga yang disayangi, korang boleh jimatkan masa daripada masalah menaip maklumat ke dalam kalendar digital korang.

Sebaliknya, gunakan Google Lens sahaja untuk menyimpan tarikh tersebut terus kedalam kalender korang. Best ke best? Memang best kan.

Cara simpan tarikh kad jemputan dengan Google Lens

Pertama sekali ofcos la kena buka Google Lens kan. Apa lagi, sebut dulu kata magic ni :

“Hey Google, open Google Lens”

Halakan kamera telefon korang pada kertas atau kad jemputan yang korang terima, kemudian hanya perlu klik pada tarikh yang tertera.

Korang tengok la sendiri dalam contoh kat bawah ni.

Simpan event dalam calender dengan Google Lens
Contoh gambar kad jemputan perka byhwinan yang diambil dengan google lens

Pertama sekali korang copylah dulu tajuk kalendar seperti “majlis perkahwinan”

Kemudian tekan pada tarikh, dia akan keluar warna biru. Secara automatik, Google Lens akan mengeluarkan option seperti arrow merah dalam gambar diatas.

Korang hanya perlu klik pada “create calender event“, kemudian masukkan tajuk event yang korang dah copy tu. Setting lain lain dalam kalender korang pandai pandaila adjust ye. Mengikut pilihan sendiri.

Baca sini kalau korang minat nak tahu produk atau barangan apa yang tengah viral kat tiktok : Produk viral / racun tiktok

Pelbagai fungsi Google Lens

Ini dia macam-macam fungsi Google Lens yang mungkin korang baru nak tahu. Jangan lupa tengok semua tau. Korang pasti nak guna Google Lens je lepas ni sebab dia canggih sangat.

  1. Fungsi betul Google Lens ni! Ambil gambar je terus boleh tahu benda apa
  2. Guru takda nak ajar Matematik? Google Lens kan ada
  3. Cara copy text dari gambar menggunakan Google Lens
  4. Translate dan travel semudah abc dengan adanya Google Lens
  5. Tangkap gambar terus boleh shopping dengan Google Lens
  6. Simpan contact, email, nombor telefon dan terus ke website dengan Google Lens
  7. Simpan event dalam calender dengan Google Lens
  8. Text-to-speech bahasa apa pun dengan Google lens
  9. Berinteraksi dengan teks daripada imej dengan Google Lens
Iklan corner

Iklan corner? Jangan risau, penulisan ini tiada kaitan dengan artikel diatas. Iklan corner hanya digunakan untuk admin promote sesuatu barang atau artikel yang lebih menarik. Kalau anda tak minat boleh terus skip ye. 🥰🥰🥰

Jika anda ada apa apa cadangan atau komen yang menarik, sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen dibawah.

Min pasti akan baca, approve dan balas dalam masa 24jam sahaja. Dan jika anda berminat untuk Min promosi apa apa atau review, korang boleh emailkan kepada motivasidaninformasi@gmail.com.

Sumber info : https://lens.google/, Simpan event dalam calender dengan Google Lens.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like