Cara cek pulse oximeter asli atau palsu : Pulse oximeter merupakan alat yang sangat penting pada musim pandemik covid virus pada masa kini. Mereka yang sudah dijangkiti dengan virus covid 19 dan perlu dikuarantin dirumah, doktor pasti akan menasihati supaya mempunyai satu pulse oximeter. Tetapi awas, pastikan sampai anda tidak membeli pulse oximeter yang palsu.

Dalam artikel kali ini, cikna akan kongsikan bagaimana cara mahu cek device pulse oximeter anda adalah asli atau palsu. Umum mengetahui kebanyakan device elektrik adalah terbuat daripada negara China. Bahkan sama ada yang asli atau palsu juga terbuat daripada negara tersebut.

Cara cek pulse oximeter asli atau palsu

Salah satu fungsi utama pulse oximeter ialah mengukur kadar oxigen yang terlarut didalam darah. Fungsi ini sangat penting kerana darah yang kekurangan oxigen akan menyebabkan kandungan asid dalam darah tinggi. Sekaligus menyebabkan kerosakan pada organ lain selain paru-paru.

Jom lihat cara berikut untuk memastikan pulse oximeter anda adalah yang asli :

1. Cek sertifikasi (certificate) pada pulse oximeter
cara cek certificate oximeter asli
Cek certifikasi pada kotak atau belakang badan pulse oximeter

Antara sertifikasi pulse oximeter yang boleh dipercayai ialah

  • FDA ( US Food and Drug Administration )
  • RoHs (Restriction of Hazardous Substance Directive 2002/95/EC)
  • CE (Confirmite Europeene)

Jika dilihat pada belakang badan device pulse oximeter diatas, anda boleh lihat perkataan CE 0123 yang bermaksud ia mempunyai certificate daripada CE (Confirmite Europeene). Singkatan ini juga membawa maksud bahawa alat ini telah mendapat persetujuan daripada Uni-Eropa untuk mengedarkan alat ini dibenua tersebut.

2. Teliti alat anda sebelum membeli

Jika anda membeli alat ini dikedai farmasi, perlu untuk anda cek keadaan barangan anda. Contoh seperti, cek kan skrinnya cerah atau kabur. Pastikan badan alat itu terbuat daripada bahan yang bersesuaian. Biasanya plastiklah.

Selain itu, anda perlu pastikan alat tersebut tiada kesan jatuh. Kerana alat pulse oximeter sangat sensitif dan tidak boleh jatuh. Jika jatuh boleh mengakibatkan kerosakan pada pembacaannya.

Untuk yang membeli secara atas talian, anda boleh cek dengan membaca komen dan review orang ramai yang sudah membeli barangan tersebut. Review ini sangat penting untuk anda lihat keberkesanan alat tersebut.

3. Uji dengan jari anda

Salah satu bentuk pulse oximeter yang palsu ialah paparannya tidak menunjukkan sebarang grafik. Yang tertera hanyalah angka bacaan. Jadi untuk memastikan alat ini mengeluarkan grafik dan bacaan yang betul, uji dahulu dengan jari anda.

cara guna pulse oximeter
Grafik didalam pulse oximeter diatas ialah tanda bar yang bergerak sebelah angka bacaan
4. Uji pulse oximeter dengan alat yang tidak bernadi

Salah satu cara untuk cek pulse oximeter palsu atau asli ialah dengan meletakkan alat yang tidak bernadi seperti pensil atau pen atau mana-mana kayu yang kecil.

Cara ini sedang hangat diperdebatkan didalam laman facebook. Lihat perkongsian video daripada facebook.com ini yang menguji dua alat pulse oximeter dan mengeluarkan result yang memeranjatkan.

cara cek oximeter asli
Klik pada gambar untuk melihat video yang asal

Pengguna turut baca :

Sumber rujukan : http://toodia.my/2016/03/23/pernah-terfikir-tak-apakah-maksud-simbol-di-belakang-iphone/, https://www.facebook.com/FranciskoXaverioLoho.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

You may also like