Cara membentuk mood pagi yang baik : Anda sering mengalami mood yang menyakitkan pada waktu pagi?

Permulaan mood pagi yang positif adalah kunci kepada hari yang semangat dan produktiviti yang tinggi. Cara kita memulakan hari akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku sepanjang hari, dan semakin kita memberi perhatian kepada mood pagi yang lebihbaik, semakin mudah untuk kita menghadapinya.

Berikut adalah beberapa cara yang akan berkesan untuk membentuk mood pagi yang baik agar hari anda bermula dengan rasa positif dan penuh tenaga

membentuk mood pagi

Sumber : google image | rahsia membentuk mood pagi yang positif

Membuat persediaan pada malam sebelum

Untuk berjaya pada waktu pagi sebenarnya bermula dengan persediaan anda pada hari sebelumnya. Anda akan dapat melihat perubahan yang besar jika anda dapat menyediakan kelengkapan diri waktu pagi sehingga sangat mudah untuk anda bangun dan melihat seumanya sudah tersedia.

Beberapa perkara untuk sepanjang minggu anda sebenarnya dapat disiapkan dengan lebih awal. Contohnya seperti menyediakan menu makan tengah hari dan sarapan pagi sehari sebelum minggu kerja anda bermula. Pakaian untuk seminggu anda berkerja juga boleh disediakan awal. Rancang apa yang anda mahu pakai, kasut dan perhiasan. Apabila anda sudah siapkan semuanya, pagi anda pasti lebih tenang dan teratur tanpa perlu terkejar-kejar.

Bagi anda penggemar senaman pagi, persediaan awal seperti menyiapkan pakaian kerja dan menyediakan beg gim anda pada satu tempat supaya senang dicapai dapat melancarkan perjalanan pagi anda. Pagi anda akan lebih ceria dengan senaman yang teratur. Malahan, senaman pada waktu pagi mampu memberi badan anda energi positif .

Waktu sebelum tidur

Anda boleh mencuba menjauh dari telefon anda selama 60 minit. Sebahagian masa ini anda boleh gunakan untuk menyiapkan apa-apa keperluan untuk pagi esok anda. Sesetangah individu lebih minat untuk mengemas rumah, memastikan pinggan mangkuk selesai diuruskan dan menyediakan keperluan untuk hari esoknya.

Sebelum anda bersiap tidur, anda juga boleh menyenaraikan tugasan atau permasalahan yang masih membelenggu minda. Waktu inilah sesuai untuk anda ‘brain storm’ bagaimana cara anda boleh membuang permasalahan tersebut dari otak anda. Selain itu persediaan sebelum tidur seperti membaca dari buku (bukan dari skrin) juga dapat membantu anda mendapat rehat yang baik, sekaligus tidak membiarkan otak anda terus memikirkan masaalah.

Letakkan telefon anda mengikut jadual pada mood ‘jangan menganggu’. Anda boleh menggunakan mood ini bermula jam 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Persediaan untuk apa-apa panggilan kecemasan anda boleh setkan untuk mereka terus menelefon tanpa penggunaan facebook, whatsapp atau email.

Jadual masa tidur anda

Adakan jadual rutin dan simpan jadual ini sepanjang minggu. Walaupun anda tidak perlu bekerja pada hari tersebut. Pastikan anda mendapat tidur yang anda perlukan, ini mungkin berbeza bagi setiap indivivdu tetapi waktu tidur yang disyorkan adalah 7-8 jam sehari.

Hari minggu anda pasti sangat menggoda untuk anda tidur sepuasnya, tetapi cuba anda elakkan daripada tidur yang berlebihan. Anda pasti merasakan perbezaannya kelak.

Tidak menekan butang ‘snooze’

Adalah lebih baik jika anda setkan alarm anda pada waktu yang betul-betul anda perlu bangun. Anda tidak perlu set alarm terlalu awal jika anda tahu anda tidak akan dapat bangun. Kerana tidur yang kerap terjaga tidak akan memberi anda kualiti rehat yang baik.

Bangun lebih awal

Bangun sedikit awal dari kebiasaan waktu bangun anda jika anda mendapati anda selalu bergegas pada setiap pagi. Penulis tahu memang sukar untuk memikirkan bangun lebih awal. Terutama, jika anda sudah bangun awal. Walau bagaimanapun, walaupun anda masih berjuang dengan perkara ini, anda akan mendapati bahawa ketika anda dapat bangun walaupun hanya 30 minit lebih awal. Banyak perkara dapat diselesaikan tanpa perlu terburu-buru. Dalam 30 minit tambahan itu, anda dapat menyiapkan pinggan mangkuk, mencuci pakaian, membersihkan rumah, tanpa ada gangguan.

Mendapatkan sarapan pagi yang baik

Sarapan pagi yang baik sangat membantu anda untuk memulakan hari dengan bersemangat. Sarapan pagi akan membantu anda memberi tenaga dan mencerdaskan badan anda. Tambahan pula, anda akan lebih fokus pada sesuatu jika perut anda dalam keadaan yang selesa.

Membuat senaman pagi

Senaman pagi boleh membuatkan sepanjang hari anda terasa luar biasa. Anda akan lebih produktif setelah bersenam dan memberi kesegaran pada minda untuk membuat keputusan yang bijak. Terpulang kepada masing-masing, sesetengah individu merasakan, senaman pada waktu pagi memberikan lebih aura positif serta bersemangat untuk berkerja keras.

Sekiranya anda cenderung untuk kehilangan tumpuan dan tenaga dengan cepat sepanjang hari, senaman pagi yang baik dapat membantu mengatasi masalah ini. Sekiranya anda cenderung terlalu letih ketika pulang dari kerja atau akhirnya tidak mempunyai masa kerana kesibukan hari, anda perlu cuba senaman ringan setelalh anda bangun dari tidur. Anda pasti akan berasa lebih baik!

Kesimpulannya, sama seperti tugasan di rumah, anda akan sangat mudah terjebak untuk melakukan hidangan keluarga, waktu keluarga, waktu TV, seterusnya benar-benar membuatkan anda kehilangan motivasi untuk melakukan perkara yang anda harap untuk disiapkan. Oleh itu, selesaikan 1/3 perkara teratas di waktu pagi dan pagi anda pasti lebih tenang dan ceria.

Kongsi apa-apa petua yang anda rasakan berjaya untuk diri anda dihalaman komen!

Kesimpulan

Membentuk mood pagi yang baik adalah salah satu langkah penting untuk memulakan hari yang positif dan bersemangat.

Dengan rutin yang sihat dan sikap yang optimis, anda mampu menguruskan tekanan dan cabaran harian dengan lebih mudah.

Ingat, hari yang baik bermula dengan mindset yang positif. Jadi, mulakan pagi anda dengan rasa syukur, senyum, dan keyakinan untuk menjalani hari dengan lebih baik!

Rujukan : tiffanymeiter.com

Anda juga berminat :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like