Hukum mewarna dan mencabut uban..| Lazimnya uban kebiasaannya keluar apabila seseorang sudah mencapai usia tua. Bagi pandangan sesetengah orang, uban rambut yang keluar kelihatan seperti mencacatkan warna keseluruhan rambut yang berwarna hitam.

Didalam artikel kali ini, saya kongsikan apa dia hukum warna dan cabut rambut uban.

hukum mewarna uban
Rambut yang sudah beruban.
Kredit foto : medicalnewstoday.com

Apakah hukum mencabut uban?

Kadang-kadang kita biasa dengar mak-mak kita macam nih :

Ahmadd.. tolong cabutkan uban mak ni sekejap. Dah gatal-gatal rasa kepala mak ni.”

Hadis daripada Amru bin Shu’aib, Rasullullah SAW bersabda :

" Janganlah kalian mencabut uban, tidak ada seorang muslim dimana tumbuh sehelai ubann di dalam islam, melainkan uban tersebut tersebut menjadi cahaya pada hari kiamat"

Lihat pula hadis daripada Saidatina Anas bin Malik berkata :

"Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih diatas kepalanya dan juga janggutnya"

Jadi dapat kita simpulkan disini hukum mencabut rambut ini adalah makruh. Apa yang dimaksudkan dengan makruh itu?

Makruh tu bermaksud jika kita buat perkara makruh tersebut kita tidak akan dapat dosa. Tetapi jika kita tidak melakukanya akan mendapat pahala pula. Lebih-lebih Allah menyukai jika kita meninggalkan perkara yang makhruh itu.

Jadi yang terbaik itu cuba jangan cabut uban tersebut. Walau gatal macam mana pun kepala tu, cubalah tahan dan bersabar.

Apakah hukum mewarna uban?

Jadi bagaimana pula jika anda mahu mewarnakan rambut uban? Apa hukumnya?

Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW, ketika peristiwa pembukaan kota Mekkah, terdapat seorang lelaki yang bernama Abu Quhafah datang dalam keadaan rambutnya yang penuh dengan uban.

Kemudian baginda SAW terlihat lelaki tersebut dan menegurnya :

Sabda baginda ;

“Ubahlah rambut ubannya ini dengan sesuatu dan elakkan daripada menggunakan warna hitam”

Hadis riwayat muslim (2102)

Jadi dapat kita simpulkan disini bahawa mewarna rambut itu adalah harus tetapi tidak dibenarkan menggunakan warna hitam.

Kenapa pula warna hitam ini dilarang oleh Rasulullah SAW?? Mewarnakan uban dengan warna hitam seolah-olah kita cuba meniru ciptaan Allah dimana warna asal rambut ialah warna hitam.

Pelbagai warna lain yang kita boleh gunakan untuk mewarna rambut uban dengan syarat, pewarna tersebut tidak menghalang air wuduk. Contohnya pewarna rambut yang berasaskan bahan semulajadi seperti inai, kopi dan lain-lain.

Hukum mewarna uban mengikut situasi

Walaupun mewarna uban merupakan perkara yang sunat dan harus, terdapat juga beberapa situasi dimana ia akan menjadi haram dan makhruh.

Berikut merupakan contoh situasi ketika mana hukumnya jatuh kepada sunat, harus, makhruh dan haram :

Rujukan daripada : muftins.gov.my

1. Sunat  : Mewarnakan rambut sebab uban dengan apa-apa warna selain daripada warna hitam.

2. Harus

(a) Mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk mengelirukan musuh ketika berjihad.

(b) Berhias untuk suami dengan mewarnakan rambut bagi kaum isteri.

3. Makruh

(a) Mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang yang soleh.

(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram

(a)  Sengaja mewarna rambut dengan warna hitam kecuali dengan asbab nombor 2.

(b)  Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

Baca juga :

Sumber info : Youtube/mlstudio, Hukum mewarna dan mencabut uban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like