Cara sabarkan diri..| Panas baran, cepat melenting, emosi tidak terkawal dan berfikiran negatif semua itu ada dalam diri saya sendiri. Kadang-kadang selalu terfikir kenapa diri ini jadi macam ni?
Mengikut pembacaan, mungkin terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab seseorang mempunyai panas baran.
- Keturunan : Boleh jadi ibu bapa yang panas baran akan mendapat anak-anak yang panas baran. Sebab itulah pentingnya ibu bapa memberikan contoh yang baik kepada anak mereka.
- Masaalah kesihatan : Masaalah kesihatan dalaman yang kita tidak nampak mungkin telah mengganggu hormon sehingga menyebabkan emosi diri sukar dikawal.
- Gangguan makhluk lain : Boleh jadi seseorang menjadi bermasaalah kerana adanya gangguan daripada makhluk Allah yang lain seperti jin. Walaupun sekarang adalah zaman moden serba canggih, masih ramai lagi masyarakat diluar sana yang melakukan sihir dan sebagainya.
Cara sabar dalam islam
Sifat sabar sebenarnya boleh dididik dan ditanamkan dalam hati kita. Cuma kita perlukan element ‘force’ (paksaan) dan tindakan.
Orang putih cakap ‘practise make perfect’. Practise kan sifat sabar tu dan jangan berputus asa. Kalau korang dah cuba tapi jadi lagi, lagi dan lagi. Maka korang kena praktis sabar lagi, lagi dan lagi. InshaAllah moga satu hari nanti sifat sabar tu menjadi sebatian dengan hati kita.
Didalam islam sendiri ada mengajarkan tatacara bagaimana kita boleh melatih hati dan diri menjadi orang yang sabar.
1. Lakukan sesuatu dengan niat kerana Allah
Cuba amalkan sebelum melakukan apa-apa perkerjaan sekalipun, sebutkan dalam hati “lillahitaala” yang bermaksud kerana Allah taala.
Niat sangat penting dalam membentuk hati yang ikhlas membuat sesuatu kerana Allah sahaja. Maka bila kita berniat kerana Allah, hati akan menjadi lebih sabar dan redha dengan apa jua keputusan hasil daripada pekerjaan yang kita lakukan.
2. Belajar mengawal emosi dan pernafasan
Emosi yang berserabut dan tidak terkawal ini yang membentuk diri yang cepat marah, cepat sakit hati dan sebagainya.
Mengawal pernafasan dan mengawal emosi adalah dua element yang saling bergantungan antara satu sama lain. Kalau korang perasan, masa korang sedang terlalu marah, pernafasan akan menjadi laju dan pendek.
Secara saintifiknya, pernafasan yang terlalu laju dan pendek menyebabkan oxygen tidak dapat larut sepenuhnya dalam salur darah.
Cara mengawal pernafasan yang tenang dan baik membantu otak menerima oxygen yang banyak sekaligus memberi ketenangan dan kesempatan untuk kita berfikir sejenak.
3. Membaca al-quran
Al-quran merupakan panduan kehidupan yang Allah kurniakan kepada manusia.
Tahukah korang dengan membaca satu huruf daripada al-Quran bersamaan satu pahala. Dan jika membaca bersama terjemahannya, korang akan dapat extra pahala kerana memahami isi kandungannya.
Membaca al-Quran bukan sahaja dapat membantu kita di alam kubur esok, tetapi ia juga membantu memberi ketenangan semasa dalam kehidupan.
4. Selalu berfikiran posititf
Berfikiran positif juga sama seperti sabar yang korang perlu semai dan praktikkan.
Latihkan minda untuk selalu mencari hikmah disebalik setiap perkara yang terjadi.
Sebagai contoh, jika hari ini ada orang yang membaling batu di kepala korang, fikirkan sejenak. “setiap perbuatan yang jahat pasti ada pembalasan daripada Allah. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa saya dan memberi ganjaran pahala daripada perbuatan orang jahat tersebut”
5. Berpuasa
Bagaimana berpuasa boleh mengajar dan melatih diri untuk bersabar?
Berpuasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam fajar. Contohnya seperti makan, minum, merokok dan berkata yang tidak baik.
Contoh puasa sunat yang boleh dilakukan selain puasa wajib Ramadhan ialah puasa isnin khamis, puasa Arafah, puasa sunat syawal dan sebagainya.
6. Sentiasa bersyukur
Terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri dengan apa yang Allah beri dalam hidup ini. Walaupun hidup terasa terlalul berat, terlalu sukar untuk di tempuhi.
Diberikan ujian dan kesusahan juga adalah suatu perkara yang boleh di syukuri. Macam mana tu? Dengan ujian sebenarnya, Allah sedang mengangkat darjat kita, Allah sedang menghapuskan dosa kita, Allah sedang menggandakan pahala kita. Dengan syarat berjaya menghadapi ujian tersebut dengan sabar dan redha.
Nota kaki :
Semestinya menyuruh orang sabar itu sangat mudah. Sedangkan untuk mengamalkannya tidaklah mudah. Terus belajar menyemai sifat sabar dalam diri ibarat “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. InshaAllah.
Baca juga :
- Kenapa ujian Allah kepada manusia itu berbeza-beza – U. Ebit Liew
- Covid 19 sebagai ujian kepada manusia – ujian tanda Allah sayang
- Ujian tanda Allah cintakan hambanya
- Kisah teladan : hikmah disebalik syukur ketika diuji
Sumber info : harapanrakyat.com, Cara sabarkan diri sabar dalam islam, Cara sabarkan diri sabar dalam islam